Perang melawan terorisme (war on terrorism) mahupun perang melawan radikalisme (war on radicalism) merupakan propaganda Barat untuk menyerang Islam. Barat di bawah pimpinan Amerika Syarikat (AS) kini lebih sering menggunakan istilah perang melawan radikalisme berbanding perang melawan terorisme. Mungkin kerana projek perang melawan radikalisme itu mempunyai objek sasaran yang lebih luas.
Projek perang melawan radikalisme tersebut dapat digunakan untuk menyasar siapapun yang anti Barat, baik dalam aspek pemikiran mahupun politik. Misalnya, umat Islam yang ingin menerapkan syariah Islam secara kaffah dan menegakkan kembali Khilafah dapat mereka tuding sebagai kelompok radikal. Tentu ini merupakan langkah Barat untuk melanjutkan ideologi Kapitalismenya dan imperialismenya di dunia, khususnya di negeri-negeri Islam.
Melalui propaganda perang melawan radikalisme, Barat dapat melakukan framing negatif dengan memberikan stigma radikal tersebut kepada Muslim yang menentang ideologi Kapitalisme. Sebaliknya, mereka memuji Muslim yang pro ideologi Kapitalisme sebagai moderat.
Para penganut Islam moderat biasanya menolak formalisasi syariah oleh negara dalam format sistem Khilafah. Padahal Khilafah merupakan ajaran Islam, sebagaimana akidah, akhlak, ibadah dan muamalah.
Istilah radikalisme oleh Barat telah dijadikan sebagai alat untuk menyerang dan menghambat kebangkitan Islam. Barat melakukan monsterisasi* bahawa Islam adalah fahaman radikal yang membahayakan. Monsterisasi inilah yang kemudian melahirkan Islamofobia di Barat dan seluruh dunia. Kerana itu kemunculan Islamofobia tidak boleh dilepaskan dari perang peradaban Islam dengan Kapitalisme.
Islamofobia yang terus dipam melalui projek perang melawan radikalisme itu kini semakin meluas secara besar-besaran. Berdasarkan “European Islamophobia Report 2020” dilaporkan bahawa Islamofobia di Eropah terus memburuk atau bahkan telah mencapai titik kritisnya. Menurut laporan tersebut, Jerman secara keseluruhan telah mendokumentasikan lebih dari 31,000 kes jenayah kebencian (hate crimes), termasuk 901 jenayah kebencian anti-Muslim. Perancis mencatat total 1,142 kes jenayah kebencian termasuk 235 kes terhadap Muslim (Islamophobia in Europe has Worsened in 2020, https://www.aa.com.tr, 29/12/2021).
Agenda Global Memerangi Islam
Pasca Blok Timur (Komunisme) pimpinan Soviet Union runtuh, kekuasaan dunia secara politik ada di tangan Blok Barat (Kapitalisme) pimpinan AS. Untuk menjaga dominasinya di dunia, AS perlu membuat projek politik global. Projek ini boleh digunakan untuk menekan dan menghukum suatu negara yang tidak tunduk pada AS. Projek tersebut tidak lain adalah global war on terrorism (GWOT) yang kini bermetamorfosis menjadi global war on radicalism (GWOR).
Robert Gilpin, penganalisis politik dari Princeton University AS, pernah menyoroti GWOT tersebut dalam kaitannya dengan usaha AS untuk mendominasi dunia. Dia menerbitkan hasil analisisnya itu dalam International Relations Journal Tahun 2005 Vol 19(1) dengan judul, “War is Too Important to Be Left to Ideological Amateurs”.
Menurut Gilpin, `arkitek’ projek GWOT itu didalangi oleh kelompok ultra–nationalists atau imperialist-elite yang mendominasi pemerintahan Bush pada saat itu. Di antaranya adalah Wapres Richard Cheney, Menhan Donald Rumsfeld dan seorang pegawai tinggi dalam Kementrian Dalam Negeri, John Bolton. Tujuan utama mereka adalah mempertahankan dominasi AS di dunia dan mencegah munculnya kekuatan lain yang membahayakan supremasi AS.
Gilpin menambahkan bahawa rencana mencapai dominasi global tersebut sebenarnya telah dirancang AS sejak masa Ronald Reagan. Kemudian pada masa Bush kembali ditegaskan dalam draft ”Cheney–Wolfowitz Doctrine”. Salah satu isi dokrin tersebut adalah pemakaian kekuatan militer AS untuk mencegah bangkitnya kekuatan lain di dunia. Faktanya kemudian memang mudah dilihat. Di bawah payung GWOT tersebut, AS bertindak seakan polisi dunia. AS boleh menghukum negara manapun di dunia melalui invasi militer dengan alasan negara tersebut mendukung atau menjadi poros terorisme.
Ketika menjadi presiden, Donald Trump memperjelaskan lagi bahawa target GWOT tersebut adalah gerakan Islam. Misalnya dia pernah mengatakan, “The threat from radical Islamic terrorism is very real, just look at what is happening in Europe and the Middle-East. Courts must act fast!” (Washingtonpost.com, 22/05/2017).
Trump telah secara tegas menyatakan tentang adanya ancaman jelas dari ‘radical Islamic terrorism’. Kerana itu, menurut dia, perlu tindakan cepat untuk menghadapinya.
Jelas, di dalam GWOT mahupun GWOR hingga saat ini terdapat agenda kepentingan AS di dalamnya. Beberapa di antaranya adalah untuk menjaga dominasi AS sebagai pimpinan kapitalisme di dunia, legitimasi imperialisme dan mencegah kebangkitan Islam. Imperialisme atau penjajahan merupakan metod dasar penyebaran ideologi Kapitalisme. Seperti disebutkan di atas, AS telah menjadikan GWOT/R sebagai alat untuk mendominasi dunia di bawah ideologi kapitalismenya. Itu juga bererti AS akan mencengkam dunia dalam imperialismenya yang dilegitimasi oleh GWOT/R.
Perang peradaban antara Islam dan Kapitalisme merupakan sebuah kenescayaan yang mesti terjadi. Ini sebagaimana diramalkan oleh Huntington dalam bukunya, The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order (1996). Pasca runtuhnya ideologi Komunisme Soviet Union, Islam menjadi satu-satunya ancaman bagi AS dan sekutunya dalam mewujudkan ideologi Kapitalismenya. Huntington menyatakan, “The rhetoric of America’s ideological war with militant communism has been transferred to its religious and cultural war with militant Islam.”
Dengan demikian isu terorisme mahupun radikalisme dalam wadah GWOT/R tersebut sejatinya digunakan oleh AS untuk menghadang kebangkitan Islam. Kebangkitan ini akan ditandai dengan tegaknya Kekhilafahan Islam. Kebimbangan Barat terhadap Khilafah inilah yang melatarbelakangi serangkaian konspirasi, strategi dan kebijakan politik luar negeri mereka untuk mencegah Khilafah berdiri kembali. Tentu Barat sedar, jika Khilafah berdiri dan mempersatukan umat Islam sedunia dengan segenap potensi dan kekuatan yang dimiliki, maka hegemoni dan kepentingan Barat di dunia akan runtuh.
Jadi GWOT/R itu bukanlah untuk kepentingan negeri Muslim, tetapi untuk kepentingan negara-negara Barat penjajah. Memang mereka berdalih bahawa GWOT/R itu demi melindungi keamanan negeri Muslim dari bahaya aksi terorisme dan radikalisme. Padahal sejatinya hal tersebut hanyalah strategi mereka demi menghindari konflik terbuka dengan umat Islam melalui dua pendekatan.
Pertama: Mereka tidak melakukan serangan langsung terhadap Islam. Mereka menyamarkannya dengan perang melawan terorisme, radikalisme, fundamentalisme, atau berbagai ungkapan camouflage lainnya. Ini kerana, kalau mereka menyatakan secara terbuka perang melawan Islam tentu akan memunculkan reaksi dari seluruh umat Islam di dunia. Hal seperti itu sangat tidak diinginkan oleh mereka untuk terjadi.
Kedua: Mereka meminjam tangan orang Islam untuk berperang melawan orang Islam lainnya. Apa yang terjadi di Iraq dan Afganistan membuktikan kepada mereka bahawa berperang secara langsung dengan umat Islam sangatlah berat. Sebab, perlawanan umat Islam di negeri tersebut tidak mudah ditundukkan.
Mereka kemudian membentuk pemerintahan boneka di Iraq dan Afganistan untuk memerangi rakyatnya sendiri. Hal seperti itu pulalah yang mereka terapkan pada negeri-negeri Muslim lainnya. Penguasa negeri tersebut diarahkan untuk memerangi rakyatnya sendiri yang Muslim dengan dalih perang melawan terorisme, radikalisme dan fundametalisme. Usaha itu sekaligus untuk menutupi fakta terorisme yang telah dilakukan AS di berbagai negeri Muslim.
Penyesatan opini yang telah mereka lakukan di sebalik perang melawan radikalisme itu mestilah selalu disingkap oleh umat Islam seraya menjelaskan ajaran Islam yang sesungguhnya. Dengan begitu masyarakat menjadi faham bahawa semua ajaran Islam, termasuk di dalamnya Khilafah, merupakan rahmat dari Allah SWT, bukan keburukan sebagaimana yang dipropagandakan oleh Barat. Dakwah Islam bersifat fikriyah (pemikiran) dan ‘unfiyah (tanpa kekerasan) sehingga tidak mungkin melahirkan terorisme.
Perlu pula dijelaskan bahawa ancaman sesungguhnya bagi negeri-negeri Muslim adalah sistem Kapitalisme. Terbukti berbagai kerosakan dalam bidang ekonomi, perundangan, sosial dan politik yang terjadi di negeri-negeri Muslim justeru bersumber pada penerapan sistem kapitalisme ini. Projek GWOT/R adalah sarana bagi AS untuk mempropagandakan kapitalisme-sekularisme di negeri-negeri Muslim. Itu merupakan sebahagian dari strategi AS untuk semakin memperkuat cengkaman imperialismenya.
Pada sisi lain, saat ini ada peningkatan kesedaran umat Islam di berbagai negeri Muslim, yakni kesedaran untuk menegakkan kembali syariah Islam secara kaffah dalam naungan Khilafah. Apabila kesedaran tersebut makin menguat dan meluas maka tentu hal tersebut akan menjadi mimpi buruk bagi AS. Sebabnya, Khilafah bukan hanya menjadi petanda berakhirnya imperialisme AS di negeri Muslim, namun juga menjadi petanda runtuhnya peradaban Kapitalisme di dunia.
Masa Depan di Tangan Islam
Sebagaimana dipaparkan di atas bahawa ideologi Kapitalisme kini sedang berada di tepi jurang keruntuhannya. Sejalan dengan itu, AS sebagai pusat Kapitalisme dunia juga sedang dilanda berbagai keburukan. Berbagai gejolak politik, ekonomi, dan sosial serta keadaan buruk akibat pandemik dijangka akan mempercepat rangkaian fasa kejatuhan ideologi Kapitalisme tersebut.
Pada konteks perang peradaban (clash civilization), keadaan ini sangat menguntungkan bagi umat Islam yang sedang berjuang mengembalikan ideologi Islam ke pentas kehidupan melalui berdirinya kembali negara Khilafah. Apalagi secara internal kesedaran umat Islam untuk membangun kembali institusi Khilafah kini semakin menguat. Hal tersebut tentu terkait dengan semakin meningkatnya pemahaman umat terhadap idea Khilafah sebagai ajaran Islam. Diperkuat pula oleh kenyataan bahawa keadaan keterjajahan dan situasi memburuk umat Islam pada saat ini memang memerlukan institusi Khilafah sebagai kekuatan global untuk menyelesaikannya. Pada sisi lain, rejim lokal di negeri-negeri Islam kini semakin tidak dipercaya oleh umat.
Hal ini menunjukkan fakta kelemahan dan situasi memburuk umat Islam akibat terpecah-belah ke dalam nation-state. Keadaan makin parah kerana rejim di negeri-negeri Islam justru bersahabat dengan negara penjajah dan represif kepada umat Islam. Berbagai fakta empirik ini tentu akan semakin memperkuatkan keinginan umat Islam untuk segera menegakkan kembali Khilafah sebagai satu kekuatan global dan pelindung umat di dunia internasional.
Berbagai potensi sumber daya manusia dan sumber alam yang dimiliki umat Islam, baik secara kuantiti mahupun kualiti, ditambah dengan kekuatan i’tiqaadi akan semakin memperkukuhkan perjuangan umat untuk segera menegakkan kembali negara Khilafah ar-Raasyidah tersebut. Sebuah negara yang akan mengatur dunia berdasarkan hukum syariah yang penuh rahmat. [Muhammad K. Shadiq]
Sumber: Media Al-Waie (Jun 2022)
*monsterisasi – usaha menakutkan orang ramai terhadap Islam dengan menggambar Islam dengan stigma yang buruk, jahat dan kejam serta menakutkan.

