Penulis: K.H. Hafidz Abdurrahman
Tiada kehidupan yang percuma. Apa yang telah kita lakukan, apa yang kita berikan pasti akan dibayar. Itulah kehidupan.
Ketika kita masih hidup, diberi akal dan diberi segala anggota badan yang lengkap, kita gunakan untuk berbuat baik kepada diri sendiri ataupun orang lain, sudah pasti akan dibayar.
Kita disukai orang kerana kebaikan kita kepadanya. Kita disukai orang kerana penampilan dan sikap kita. Itu semua bayaran dari apa yang kita lakukan, baik kepada diri sendiri ataupun orang lain.
Sebaliknya, apabila kita melakukan keburukan sama ada kepada diri sendiri ataupun orang lain, kita juga akan menerima bayarannya. Kita tidak akan dihargai kerana kita tidak boleh menghargai diri kita sendiri.
Siapa yang akan menghargai kamu jika kamu tidak mengambil berat tentang penampilan kamu? Begitu juga, kita akan dimusuhi kerana perkataan, perbuatan, atau tingkah laku kita yang menyakiti orang lain. Semua itu bayaran yang kita terima.
Kedudukan seseorang di mata Allah atau di mata makhluk itu adalah bayaran dari perbuatannya kepada Allah dan makhluk. Kedudukan kita ditentukan oleh bagaimana kita meletakkan diri kita di mata Allah dan di mata makhluk bukan bagaimana orang lain meletakkan kita. Itu juga harga yang kita bayar.
Orang menghormati kita kerana ilmu, adab, dan amal soleh kita, itu merupakan balasan yang kita terima.
Oleh itu, apa sahaja yang kita lakukan hari ini sama ada malas, rajin, baik, buruk, mengambil berat, tidak acuh, atau apa sahaja pasti akan dibayar. Bukan sahaja di sini tetapi juga di sana nanti.
Allah berfirman,
وَأَن لَّیۡسَ لِلۡإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ وَأَنَّ سَعۡیَهُۥ سَوۡفَ یُرَىٰ ثُمَّ یُجۡزَىٰهُ ٱلۡجَزَاۤءَ ٱلۡأَوۡفَىٰ
“Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya, dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna.” [TQM An-Najm(53) : 39-41]
Jadi, berfikirlah sebelum bertindak. Kerana setiap perbuatan kita pasti ada harganya.

