Penulis: Irfan Abu Naveed
Islam hadir untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran. Namun malangnya, di tengah terangnya jalan kebenaran, ada segelintir manusia yang memilih jalan kesesatan malah aktif menyebarkan kesesatan mereka. Padahal petunjuk Allah SWT adalah sebenar-benar petunjuk,
قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِي جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ ١٢٠
“Katakanlah, “Sungguh petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” Sungguh jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi Pelindung dan Penolongmu.” [TMQ Al-Baqarah (2): 120]
Kalimat qul inna hudalLâhi huwa al-hudâ dalam bentuk al-uslûb al-khabari al-thalabî, dengan disisipkan satu tawkîd (penegasan), menegaskan bahawa sebenar-benar jalan petunjuk adalah petunjuk Allah, yakni Islam itu sendiri. Maklumat ini Allah tegaskan setelah Allah mengisyaratkan tingkah laku mereka yang berada di atas millah yang menyimpang (al-yahûd wa al-nashârâ) dalam firman-Nya,
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ ١٢٠
“Tidak akan pernah redha kepadamu (Muhammad) kaum Yahudi dan Nasrani sehingga engkau mengikuti agama mereka.” [TMQ Al-Baqarah (2): 120]
Penyair bertutur
عَجِبْتُ لِقوْمٍ أَضَلُّوْا السَّبِيْلَ *
وَقَدْ بَيَّنَ الله سبل الْهُدَى
فَمَا عَرَفُوْا الْحَقَّ لماَ اسْتَبَانَ *
وَلا أَبْصَرُوْا الْفَجْرَ لما بَدا
Aku hairan kepada kaum yang tersesat jalan
Sungguh Allah telah menjelaskan jalan petunjuk
Mereka tidak mengenal kebenaran yang terang-benderang
Tidak juga melihat fajar yang terbit
Apa motifnya? Salah satu yang paling jelas adalah demi memungut kotoran dunia,
أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا بِٱلۡأٓخِرَةِۖ فَلَا يُخَفَّفُ عَنۡهُمُ ٱلۡعَذَابُ وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ ٨٦
“Itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat. Tidak akan diringankan seksa mereka dan mereka tidak akan ditolong.” [TMQ Al-Baqarah (2): 86]
Allah SWT mengibaratkan perbuatan mereka dengan kiasan yang dipinjam (al-isti’ârah al-tamtsîliyyah); membeli kesesatan dengan petunjuk. Merugilah perniagaan mereka. Ini untuk menunjukkan betapa menghairankan keadaan mereka. Sebabnya, kebiasaan manusia berniaga untuk mendapatkan keuntungan,
أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلضَّلَٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَٰرَتُهُمۡ وَمَا كَانُواْ مُهۡتَدِينَ ١٦
“Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.” [TMQ Al-Baqarah (2): 16]
Tidak kurang juga yang membimbangkan adalah mereka yang menyokong kesesatan demi dunia yang dirasai oleh orang lain, Imam Abu Hamid al-Ghazali (w. 505 H) dalam Ihyâ’ ‘Ulûm as-Dîn (I/53) menyebut keadaan mereka,
عجبت لمبتاع الضلالة بالهدى*
ومن يشتري دنياه بالدين أعجب
وأعجب من هذين من باع دينه*
بدنيا سواه فهو من ذين أعجب
Aku hairan kepada orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk
dan kepada sesiapa saja yang membeli dunianya dengan agama, aku lebih hairan
Lebih menghairankan lagi daripada dua perkara ini, sesiapa saja yang menjual agamanya untuk dunia orang lain
Ini yang lebih menghairankan daripada keduanya
Al-Quran dan Hadis Nabawi juga mendedahkan watak mereka di sebalik predikat as-safîh (tunggal) dan as-sufahâ’ (jamak) untuk menyelamatkan umat daripada penyesatan mereka. Oleh itu, umat wajib mempunyai kesedaran untuk mengenal pasti mereka,
1. Berada di Atas Kesesatan dan Kebatilan
Ar-Raghib al-Ashfahani (w. 502 H) dalam Al-Mufradât fî Gharîb al-Qurân (hlm. 234) menggambarkan watak mereka, “Perbuatan as-safah (kebodohan) digunakan untuk menggambarkan rendahnya diri seseorang kerana kurang akal (baca: rendahnya pemikiran) dalam urusan dunia mahupun akhirat.
Ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam al-Quran yang menggambarkan mereka sebagai kaum yang sesat, tidak memahami jalan kebenaran (syariat Allah) dan hikmah di sebaliknya, sebagaimana firman-Nya,
أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَٰكِن لَّا يَعۡلَمُونَ ١٣
“Ingatlah, sungguh merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahuinya.” [TMQ Al-Baqarah (2): 13]
۞سَيَقُولُ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمۡ عَن قِبۡلَتِهِمُ ٱلَّتِي كَانُواْ عَلَيۡهَاۚ قُل لِّلَّهِ ٱلۡمَشۡرِقُ وَٱلۡمَغۡرِبُۚ يَهۡدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ ١٤٢
“Orang-orang yang kurang akalnya di antara manusia akan berkata, “Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?” Katakanlah, “Kepunyaan Allah-lah Timur dan Barat. Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus.” [TMQ Al-Baqarah (2): 142]
Dalam ayat ini, Allah SWT menggambarkan kewujudan kaum sufahâ’ yang tidak memahami syariat-Nya. Allah SWT mengisyaratkan bahwa kaum sufahâ’ hakikatnya menyimpang dari jalan yang lurus (Islam), mencakup penyimpangan dari aspek keyakinan, perbuatan dan perkataan. Al-Jurjani dalam At-Ta’rîfât (hlm. 119) lebih spesifik menerangkan,
فتحمله على العمل بخلاف طور العقل، وموجب الشَّرع
(As-Safah) mendorong seseorang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan akal dan tuntutan syariat.
Al-Hasan ra., dinukil oleh Imam al-Ghazali dalam Ihyâ’ ‘Ulûm al-Dîn (I/59), memperingatkan,
لا تكن ممن يجمع علم العلماء وطرائف الحكماء ويجري في العمل مجرى السفهاء
“Janganlah engkau menjadi golongan orang yang suka mengumpulkan ilmu para ahli ilmu, kebaikan orang-orang bijak (baca: ahli hadis wal atsar), tetapi dia beramal seperti amalan orang bodoh.”
2. Aktif Memutarbelitkan Fakta, Menstigmatisasi Pengemban Kebenaran
Golongan sufahâ’ juga terbukti mempunyai sifat memutarbelitkan fakta (kebenaran). Mereka sering menstigma negatif para pengemban kebenaran itu sendiri, sebagaimana firman-Nya,
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُۗ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَٰكِن لَّا يَعۡلَمُونَ ١٣
“Jika dikatakan kepada mereka, “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman.” Mereka menjawab, “Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sungguh merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu..”
[QS Al-Baqarah (2): 13]
Kalimat a nu’minu kamâ âmana al-sufahâ’ diungkapkan dalam bentuk kalimat tanya (istifhâm inkârî). Ini menunjukkan maksud pengingkaran orang kafir, menolak beriman sebagaimana keimanan orang-orang mukmin. Lalu diikuti dengan stigma âmana al-sufahâ’.
Ini menunjukkan bahawa golongan sufahâ’ memutarbelitkan fakta dengan menstigmatisasi secara negatif orang mukmin sebagai kaum sufahâ’. Dalam hal ini, seorang mukmin hendaklah membantah mereka secukupnya dan tidak berbantah berlarutan dengan mereka,
إِذَا نَطَقَ السَّفِيْهُ فَلاَ تُجِبْهُ * فَخير مِنْ إِجابَته السّكوت
Jika orang bodoh berbual maka jangan kamu membalas kerana sebaik-baik respon adalah diam. Wallahualam.
Sumber: https://al-waie.id/nafsiyah/menjauhi-karakter-sufaha/

