Site icon MuslimahHTM News

Mati Rasa dalam Jemaah Dakwah

Dalam berdakwah kita memerlukan jemaah. Memilih meninggalkan jemaah dakwah justeru memunculkan banyak masalah. Sementara Allah menyukai hamba-Nya yang berjuang dalam barisan rapi seraya berjemaah.

Kerap kali dalam jemaah kita temukan orang yang mati rasa. Beberapa indikatornya ialah tidak melakukan dakwah sama sekali, berdakwah jika lapang dan sempat saja, dakwah tak lagi sebagai poros hidup, melalaikan perkara syariat, serta melanggarnya.

Mati rasa pada individu manusia disebabkan hatinya mati. Hati yang mati terjadi kerana beberapa hal.

Pertama, dia mengetahui Allah sebagai pencipta tetapi tidak menunaikan hak-Nya, hingga didapati pada dirinya kadang-kadang melaksanakan perintah Allah, kadang-kadang melanggarnya.

Kedua, dia membaca kitab Allah, tetapi tidak mengamalkan isinya.

Ketiga, dia mengaku memusuhi syaitan, tetapi dia mengikuti langkah-langkah syaitan.

Keempat, dia mengaku mencintai Rasulullah ﷺ, tetapi meninggalkan sunahnya.

Kelima, dia mendambakan syurga, tetapi dia tidak mengerjakan hal-hal yang membawanya ke syurga.

Keenam, dia mengaku takut neraka, tetapi tidak menghindari perbuatan dosa atau maksiat.

Ketujuh, dia menyedari kematian itu nescaya datangnya, tetapi tidak bersiap-siap menghadapinya.

Kelapan, dia sibuk mempersoalkan cela, kekurangan, dan kesalahan orang lain sementara dia abai/cuai terhadap cela, kekurangan, dan kesalahan diri sendiri.

Kesembilan, dia mendapatkan rezeki dari Allah, tetapi lupa bersyukur pada-Nya.

Kesepuluh, dia mengebumikan jenazah saudaranya, tetapi tidak mengambil pelajaran darinya.

Jika individu yang memiliki hati mati berada dalam jemaah dakwah, maka dia tidak akan mampu bertahan lama, akan mengeluarkan dirinya atau bersama-sama dengan pemilik hati yang mati lainnya.

Kita juga boleh menemukan sikap dari seseorang yang telah mati rasa dalam jemaah dakwah,

1. Hilangnya sikap pemaaf darinya. Hal ini disebabkan dia sering menemukan kekeliruan atau kesalahan sesama saudara sejemaah. Sepatutnya, dia melakukan amar makruf nahi mungkar. Mengingatkan secara personal, lalu menyerahkan segala urusan kepada Allah.

Tercela jika menjadi seorang yang pendendam atas kesalahan seseorang kerana kelalaian atau pelanggaran yang dia lakukan. Jangan sampai membuat kita pergi meninggalkan jemaah dakwah. InsyaAllah, jemaah dakwah tak akan kehabisan orang-orang yang baik dan soleh, tetaplah membersamainya dengan mudah memaafkan saudara sejemaah.

2. Sukar untuk mengalah, padahal dakwah bukanlah acara pertandingan dengan tarikan hadiah. Jemaah dakwah ialah tempat untuk mengasah keikhlasan. Terkadang, tidak semua harapan kita diprasaranakan oleh pemilik kekuasaan (pihak yang memiliki kuasa atas sesuatu hal, pihak bertanggungjawab atau pemimpin). Hal yang wajar, kerana memang tidak mungkin melancarkan semua kepentingan setiap individu dalam jemaah.

Di sinilah letaknya seni dalam berjemaah. Kita diminta untuk bersabar jika belum menemukan keputusan yang kita harapkan. Namun, tak pula berkecil hati. Insyaallah, setiap keputusan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab telah dipertimbangkan baik buruknya bagi seluruh anggota jemaah.

3. Membangun kubu dalam jemaah. Jika membangun kelompok-kelompok kerja dakwah tak mengapa, malah justeru baik untuk dakwah. Namun, jika membangun kubu untuk mengumpulkan orang-orang yang kecewa atau pernah dikecewakan dalam dakwah, bukanlah tindakan terpuji.

Hal tersebut malah akan makin mengeruhkan hubungan sesama anggota jemaah. Hal tersebut mestilah dihentikan. Ingatlah kembali tujuan berdakwah. Bukan untuk kewujudan diri melainkan demi kewujudan Islam dan kemuliaan agama-Nya.

4. Menyendiri di tengah jemaah. Menganggap dengan kesendirian lebih baik daripada bersama dengan anggota jemaah lainnya. Ia merasa jemaah tak lagi memuaskannya, sering dikecewakan, dan dia pun telah sibuk dengan urusannya sendiri. Namun, dia lupa bahawa hidup berjemaah jauh lebih baik. Ada teman seperjuangan yang menyertai, siap menunjukkan dan meluruskan kesalahan, serta membantu dalam kebenaran.

Saudaraku, Ingatlah kembali sabda Rasulullah ﷺ, “Ada orang-orang dari berbagai suku dan kabilah, tidak ada hubungan kerabat dekat antara mereka, mereka saling mencintai kerana Allah dan tulus. Di hari kiamat Allah akan meletakkan bagi mereka mimbar-mimbar dari cahaya lantas Allah mendudukkan mereka pada mimbar-mimbar itu. Allah jadikan wajah-wajah dan baju-baju mereka dari cahaya. Saat manusia tersentak di Hari Kiamat, mereka tidak tersentak. Mereka itu wali-wali Allah yang tidak takut dan tidak bersedih hati.” (HR Ahmad).

Exit mobile version