Site icon MuslimahHTM News

[Fikrul Islam] Penyelewengan Pemikiran Dalam Penegakan Khilafah (Bahagian 2)

Penulis: Ahmad Mahmud

Perkara yang sama berlaku kepada Nabi Saleh AS ketika menyeru kaumnya, kaum Thamud. Ketika itu, yang mula-mula mengingkari dakwahnya juga adalah kelompok elit dari kalangan kaumnya. Allah SWT berfirman,

وَاِلٰى ثَمُوۡدَ اَخَاهُمۡ صٰلِحًا‌ ۘ قَالَ يٰقَوۡمِ اعۡبُدُوۡا اللّٰهَ مَا لَـكُمۡ مِّنۡ اِلٰهٍ غَيۡرُهٗ‌ ؕ قَدۡ جَآءَتۡكُمۡ بَيِّنَةٌ مِّنۡ رَّبِّكُمۡ‌ ؕ هٰذِهٖ نَاقَةُ اللّٰهِ لَـكُمۡ اٰيَةً‌ فَذَرُوۡهَا تَاۡكُلۡ فِىۡۤ اَرۡضِ اللّٰهِ‌ وَلَا تَمَسُّوۡهَا بِسُوۡٓءٍ فَيَاۡخُذَكُمۡ عَذَابٌ اَ لِيۡمٌ

Dan kepada kaum Thamud (Kami utus) saudara mereka Saleh. Dia berkata, ‘Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagi kamu selain Dia. Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti yang nyata dari Tuhan kamu. Ini (seekor) unta betina dari Allah sebagai tanda bagi kamu. Biarkanlah ia makan di bumi Allah, janganlah disakiti, nanti akibatnya kamu akan mendapat siksa yang pedih.‘“ [TMQ al–A’raaf (7): 73]

قَالَ ٱلْمَلَأُ ٱلَّذِينَ ٱسْتَكْبَرُوا۟ مِن قَوْمِهِۦ لِلَّذِينَ ٱسْتُضْعِفُوا۟ لِمَنْ ءَامَنَ مِنْهُمْ أَتَعْلَمُونَ أَنَّ صَٰلِحًا مُّرْسَلٌ مِّن رَّبِّهِۦ ۚ قَالُوٓا۟ إِنَّا بِمَآ أُرْسِلَ بِهِۦ مُؤْمِنُونَ

قَالَ ٱلَّذِينَ ٱسْتَكْبَرُوٓا۟ إِنَّا بِٱلَّذِىٓ ءَامَنتُم بِهِۦ كَٰفِرُونَ

Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka, ‘Tahukah kamu bahawa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?’ Mereka menjawab, ‘Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya.’ Orang-orang yang menyombongkan diri berkata, ‘Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu.’” [TMQ al–A’raaf (7): 75]

Perkara yang tidak jauh bezanya dialami oleh Nabi Syu’aib AS ketika menyeru kaumnya di Madyan. Ketika itu, beliau ditentang oleh kelompok elit dari kaumnya. Allah SWT berfirman,

وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا ۗ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥ ۖ قَدْ جَآءَتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ ۖ فَأَوْفُوا۟ ٱلْكَيْلَ وَٱلْمِيزَانَ وَلَا تَبْخَسُوا۟ ٱلنَّاسَ أَشْيَآءَهُمْ وَلَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَٰحِهَا ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Madyan saudara mereka, Syu’aib. Dia berkata, ‘Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagi kamu selain Dia. Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti yang nyata dari Tuhan kamu. Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu mengurangi bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu benar-benar orang yang beriman.’” [TMQ al-A’raaf (7): 85]

قَالَ ٱلْمَلَأُ ٱلَّذِينَ ٱسْتَكْبَرُوا۟ مِن قَوْمِهِۦ لَنُخْرِجَنَّكَ يَٰشُعَيْبُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مَعَكَ مِن قَرْيَتِنَآ أَوْ لَتَعُودُنَّ فِى مِلَّتِنَا ۚ قَالَ أَوَلَوْ كُنَّا كَٰرِهِينَ

Pemuka-pemuka kaum Syu’aib yang menyombongkan diri berkata, ‘Sesungguhnya kami akan mengusir kamu wahai Syu’aib dan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami, atau kamu kembali kepada agama kami.’ Berkata Syu’aib, ‘Dan adakah (kamu akan mengusir kami), walaupun kami tidak menyukainya?’” [TMQ al-A’raaf (7): 88]

Perkara yang sama berlaku kepada Nabi Musa AS ketika Allah mengutusnya kepada Firaun dan kroninya. Ketika itu, mereka mendustakannya malah menakutkan orang yang beriman kepadanya. Mereka membuat beberapa pembohongan tentang Musa dan memprovokasi Firaun untuk membunuhnya. Allah SWT berfirman,

ثُمَّ بَعَثْنَا مِنۢ بَعْدِهِم مُّوسَىٰ بِـَٔايَٰتِنَآ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَإِي۟هِۦ فَظَلَمُوا۟ بِهَا ۖ فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُفْسِدِينَ

Kemudian Kami utus Musa sesudah rasul-rasul itu dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya, lalu mereka mengingkari ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang membuat kerosakan.” [TMQ al-A‘raaf (7): 103]

وَقَالَ مُوسَىٰ يَٰفِرْعَوْنُ إِنِّى رَسُولٌ مِّن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Dan Musa berkata, ‘Wahai Firaun, sesungguhnya aku ini adalah seorang utusan dari Tuhan semesta alam.’” [TMQ al-A‘raaf (7): 104]

وَقَالَ ٱلْمَلَأُ مِن قَوْمِ فِرْعَوْنَ أَتَذَرُ مُوسَىٰ وَقَوْمَهُۥ لِيُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَيَذَرَكَ وَءَالِهَتَكَ ۚ قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبْنَآءَهُمْ وَنَسْتَحْىِۦ نِسَآءَهُمْ وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قَٰهِرُونَ

Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Firaun (kepada Firaun), ‘Adakah kamu membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di negeri ini (Mesir) dan meninggalkan engkau serta tuhan-tuhanmu?‘ Firaun menjawab, ‘Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup perempuan-perempuan mereka; dan sesungguhnya kita berkuasa penuh atas mereka.’” [TMQ al-A‘raaf (7): 127]

فَمَآ ءَامَنَ لِمُوسَىٰٓ إِلَّا ذُرِّيَّةٌ مِّن قَوْمِهِۦ عَلَىٰ خَوْفٍ مِّن فِرْعَوْنَ وَمَلَإِي۟هِمْ أَن يَفْتِنَهُمْ ۚ وَإِنَّ فِرْعَوْنَ لَعَالٍ فِى ٱلْأَرْضِ وَإِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلْمُسْرِفِينَ

Maka tidak ada yang beriman kepada Musa, melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya (Musa) dalam keadaan takut akan disiksa oleh Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya. Sesungguhnya Firaun berlaku sewenang-wenang di muka bumi. Dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang melampaui batas.[TMQ Yunus (10): 83]

Kita telah membincangkan sirah Rasulullah SAW yang tidak jauh bezanya dengan sejarah nabi-nabi terdahulu. Pada asasnya, faktor yang menyebabkan dakwah terbantut dan orang-orang terhalang untuk beriman dan mendengar dakwah ialah kerasnya gangguan dan penyeksaan terhadap orang beriman. Orang yang beriman akhirnya merasa takut diseksa oleh keluarga dan kaumnya kerana iman mereka.

Sedangkan orang yang ingin beriman juga merasa takut–jika mereka beriman–akan mendapat seksaan seperti yang dialami oleh orang yang telah beriman lebih dahulu. Permusuhan antara orang-orang yang beriman dan yang menentang mereka, terutamanya golongan elit pemerintah terus berlangsung. Rakyat jelata kemudiannya mula menarik diri dari kekuasaan tokoh-tokoh, manakala kepimpinan dipegang oleh para pengemban dakwah.

Dalam Sahih Al-Bukhari ada riwayat dari Ibnu Mas’ud, dia berkata bahawa ketika Nabi SAW sedang sujud dan orang-orang Quraisy berada di sekelilingnya, datanglah Uqbah bin Abi Mu’ith dengan membawa lemak unta, lalu melemparkannya ke arah punggung Nabi. Beliau belum mengangkat kepalanya ketika Fatimah datang. Fatimah kemudian mengambil lemak unta itu dari punggung beliau sambil memaki-maki orang yang melakukannya. Nabi kemudian berkata, “Ya Allah, kepada-Mu aku serahkan para pemuka Quraisy, Abu Jahal, ‘Utbah bin Rabi’ah, dan Umayyah bin Khalaf,…

Ibnu Mas’ud berkata, “Aku kemudian melihat mereka yang disebutkan tadi terbunuh dalam Perang Badar dan mereka dilemparkan ke dalam perigi.”

Sesungguhnya di Mekah bukan hanya ada seorang dua pemerintah dan kroninya. Kroni mereka sangat ramai. Mereka inilah yang bangkit menentang dakwah Rasulullah serta berusaha memalingkan manusia dari jalannya.

Para nabi, seperti yang kita ketahui, diutuskan kepada kaum mereka, sedangkan Muhammad SAW diutus untuk berdakwah kepada seluruh umat manusia. Adanya realiti elit pemerintah Quraisy yang menduduki penentang utama dan penghalang pertama dakwah Islam tidaklah bermakna dakwah hanya terhad kepada mereka. Sebab, Rasulullah SAW telah berdakwah kepada manusia dari segenap lapisan masyarakat tanpa sebarang diskriminasi. Dalam berdakwah, beliau tidak membeza-bezakan antara kaya dan miskin atau antara tuan dan hamba.

Beliau, bahkan pernah dicela oleh Allah ketika berwajah masam kepada Ibnu Ummi Maktum, padahal dia seorang yang telah beriman walaupun fakir dan buta. Beliau bersikap demikian semata-mata kerana ingin berdakwah kepada tokoh-tokoh yang berkumpul di sekelilingnya. Beliau begitu berhasrat akan keimanan mereka dan orang-orang yang ada di belakang mereka.

Celaan Allah kepada Rasul-Nya bukanlah merupakan larangan untuk menumpukan dakwah kepada pemimpin-pemimpin, tetapi merupakan larangan untuk membezakan antara keduanya. Maksudnya, tuntutan untuk berdakwah kepada pemimpin-pemimpin atau elit pemerintah adalah sama dengan tuntutan untuk berdakwah kepada rakyat biasa.

Beberapa buku sirah telah menyebutkan bahawa Rasulullah SAW ketika berdakwah kepada pemimpin atau elit pemerintah, bukan sahaja mengharapkan mereka beriman, malah mengharapkan keimanan orang-orang yang di belakang mereka, iaitu pengikut-pengikut mereka dari kalangan rakyat biasa. Walhasil, dakwah Rasulullah SAW meliputi seluruh manusia dari segenap lapisan masyarakat.

Dalam catatan sejarah, antara masyarakat yang menyambut dakwah nabi adalah mereka yang bukan dari kalangan pemimpin elit, seperti Bilal, Ammar, dan kedua orang tua Ammar. Begitu juga Shuhayb dan Salman. Sementara itu, Amir bin Fuhayrah dan Ummu Ubbays, Zunayrah, Nahdiyah dan anak perempuannya, serta seorang pembantu Bani Mu’mal–semuanya adalah hamba yang telah dimerdekakan oleh Abu Bakar RA–adalah antara orang-orang yang mula-mula beriman.

Dengan demikian, Rasulullah SAW di awal-awal dakwahnya telah mengajak orang-orang yang dekat dengan kebaikan, yang berkemungkinan untuk menerimanya, baru kemudian menyeru masyarakat umum. Pada masa itu, dakwahnya telah diterima oleh sebilangan orang dari yang tua mahupun yang muda, juga dari yang sederhana atau yang mulia.

Walhasil, tiada layanan istimewa atau diskriminasi dalam melaksanakan dakwah. Dakwah meliputi semuanya. Dengan metod yang ditempuh oleh Rasulullah ini barulah kita dapat merealisasikan apa yang telah dicapai oleh Baginda, Daulah, iaitu tertegaknya Dar al-Islam.

Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam

Exit mobile version