Site icon MuslimahHTM News

Di Antara Ilmu yang Mahal Adalah Sedar Diri

Penulis: Ustaz Yuana Ryan Tresna

Saya pernah menyemak guru saya mengutip nasihat Ibn Hajib al-Maliki yang berkata,

ﻣﻦ ﻛﺎﻥ ﻓﻲ ﻧﻔﺴﻪ ﺷﻲﺀ ﻓﻬﻮ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﻻ ﺷﻲﺀ

“Siapa yang merasa dirinya hebat, maka di sisi Allah dia tidak bernilai sama sekali.”

Nasihat Abdullah Ibnu Mas’ud berikut insyaallah sudah bias akita dengar,

لَيْسَ الْعِلْمُ بِكَثْرَةِ الرِّوَايَةِ وَلَكِنَّ الْعِلْمَ الْخَشْيَةُ

“Ilmu bukan berupa banyak riwayat. Tetapi ilmu adalah rasa takut (khasyah).”

Namun, kenapa sukar sekali tampak pada diri para pembelajar? Inilah intipati dari adab.

Benar, seorang ahli hikmah ada yang mengatakan,

إخفاء العلم هلكة وإخفاء العمل نجاة

“Menyembunyikan ilmu adalah kehancuran, sedangkan menyembunyikan amal adalah keselamatan.” (Ibn Abdil Barr, Jami’ Bayan al-Ilm wa Fadhlih)

Namun, jangan salah faham, kalam hikmah tersebut tentang menyebarkan ilmu, bukan kebencian, meski dibungkus rapi atas nama ilmu.

Belajarlah dari Salah Seorang Wali Allah, Dawud Al-Tha’i!

Beliau seorang imam ahli fikih yang zuhud dan menjadi panutan umat. Sufyan bin Uyainah mengatakan, “Dawud (al-Tha’i) termasuk orang yang memiliki ilmu dan pemahaman serta menguasai kalam.”

Imam al-Dzahabi mengatakan, “Beliau adalah salah seorang pembesar imam fikih dan pemikiran. Beliau mendalami fikih Abu Hanifah, kemudian fokus memperbaiki diri, banyak diam, bersembunyi, dan pergi menyendiri untuk menyelamatkan agamanya.”

Kesombongan Itu Tanda Kebodohan!

Guru saya pernah menyampaikan bahawa Syeikh Usamah ar-Rifa’i pernah bercerita tentang seorang lelaki yang mengaku sebagai Tuhan. Setelah belajar lebih banyak, akhirnya dia mengaku sebagai nabi. Setelah belajar lebih banyak lagi, akhirnya dia bertaubat dan mengaku sebagai seorang muslim yang soleh. Setelah belajar lebih banyak lagi, akhirnya dia mengaku sebagai orang yang banyak dosa. Setelah belajar lebih banyak lagi, akhirnya dia mengaku sebagai orang yang paling berdosa di dunia ini.

Begitulah, makin banyak belajar, kita akan tahu bahawa sebenarnya kita masih belum apa-apa dibandingkan dengan orang-orang soleh terdahulu.

Makin banyak belajar, kita akan makin tahu aib-aib kita, akan makin tersingkap cacat-cela kita yang selama ini tertutupi oleh kesombongan kita.

Kalau kita belum boleh melihat aib-aib itu, bererti mata hati kita masih dibutakan oleh sebuah dosa besar yang wajib kita taubati segera sebelum mati.

Di balik gegak gempita dan hiruk piruk manusia mengejar kemasyhuran dunia ini, masih ada kehidupan hening dan sunyi manusia-manusia mulia yang mengejar syurga dengan rintihan air mata dan darah perjuangan.

Di balik kebodohan dan ketidaksedaran diri kita, masih tersimpan segudang ilmu yang telah, sedang, dan terus digali oleh orang-orang yang tidak ingin menampakkan diri mereka ke permukaan.

Jangan Menjadi Penghujat!

Sahl bin Abdillah al-Tustari mengatakan bahawa penghujat biasanya orang yang miskin amal,

الدُّنْيَا كُلُّهَا جَهْلٌ مَوَاتٌ إِلَّا الْعِلْمَ مِنْهَا، وَالْعِلْمُ كُلُّهُ حُجَّةٌ عَلَى الْخَلْقِ إِلَّا الْعَمَلَ بِهِ، وَالْعَمَلُ كُلُّهُ هَبَاءٌ إِلَّا الْإِخْلَاصَ مِنْهُ، وَالْإِخْلَاصُ خَطْبٌ عَظِيمٌ لَا يَعْرِفُهُ إِلَّا اللهُ عَزَّ وَجَلَّ حَتَّى يَصِلَ الْإِخْلَاصُ بِالْمَوْتِ

“Dunia ini seluruhnya adalah kebodohan dan kematian, kecuali ilmu yang berada di dalamnya. Ilmu pun seluruhnya hanya akan menjadi penghujat kepada seluruh makhluk kecuali yang mengamalkannya. Amal pun seluruhnya hanya akan terhambur sia-sia, kecuali yang dilandasi keikhlasan, sedangkan keikhlasan adalah perkara besar yang tidak dapat diketahui, kecuali hanya oleh Allah, sehingga keikhlasan itu dibawa sampai mati.” (Imam al-Baihaqi, Syu’abul Iman)

Kualiti Ilmu dari Masa ke Masa Kian Menurun

Gambarannya adalah Imam Malik mengumpulkan hadis-hadis dalam kitabnya, al-Muwatha’ selama empat puluh tahun. Saat ada daurah empat puluh hari mengkhatamkan kitab al-Muwatha’, beliau berkomentar,

كتاب ألفته في أربعين سنة أخذتموه في أربعين يوماً ما أقلّ ما تفقهون فيه

“Kitab yang saya tulis selama 40 tahun, kalian mengambilnya hanya dalam tempo 40 hari. Sedikit sekali kalian memahami isinya.” Apalagi bagi mereka yang hanya baca sendiri dan tidak jelas gurunya siapa, tetapi bicaranya berjilid-jilid.

Hati-hati dengan Kesombongan!

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَتَعَلَّمُونَ الْقُرْآنَ وَيَقْرَءُونَهُ، ثُمَّ يَقُولُونَ: قَدْ قَرَأْنَا وَعَلِمْنَا، فَمَنْ هَذَا الَّذِي هُوَ خَيْرٌ مِنَّا، فَهَلْ فِي أُولَئِكَ مِنْ خَيْرٍ؟» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَمَنْ أُولَئِكَ؟ قَالَ «أُولَئِكَ مِنْكُمْ، وَأُولَئِكَ هُمْ وَقُودُ النَّارِ»

“Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang-orang belajar dan membaca Al-Quran kemudian mengatakan, ‘Kami telah membaca dan mengetahuinya, maka siapakah orang yang lebih baik daripada kami?’ Kebaikan apakah yang ada pada diri mereka?” Para sahabat menjawab, “Wahai Rasulullah, siapakah mereka?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Mereka berasal dari kalian dan mereka adalah bahan bakar api neraka.”

Hadis tersebut menekankan pentingnya ikhlas, rendah hati, dan selalu menjaga hati bagi kalangan ahli ilmu. Hadis tersebut juga mengisyaratkan adanya orang-orang yang mencela orang lain kerana sudah merasa jadi orang terbaik dengan keahliannya dalam bidang Al-Quran.

Takutlah dengan Ucapan yang Membinasakan!

Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis,

إن أخْوَف ما أخاف على أمتي كلُّ منافقٍ عليمِ اللسان

“Sesungguhnya yang paling aku takutkan dari umatku adalah setiap munafik yang pandai bersilat lidah.” (HR Ahmad)

Imam al-Munawi menjelaskan,

أي كثير علم اللسان جاهل القلب والعمل اتخذ العلم حرفة يتأكل بها ذا هيبة وأبهة يتعزز ويتعاظم بها يدعو الناس إلى الله ويفر هو منه ويستقبح عيب غيره ويفعل ما هو أقبح منه ويظهر للناس التنسك والتعبد ويسارر ربه بالعظائم إذا خلا به ذئب من الذئاب لكن عليه ثياب

“Maksudnya iaitu orang yang banyak ilmu di lidahnya, tetapi bodoh hati dan amalnya. Ia menjadikan ilmu sebagai profesion yang dengan itu ia mencari makan. Ia berpenampilan penuh wibawa untuk menarik perhatian orang. Ia mengajak orang lain kepada Allah, tetapi ia sendiri lari dari Allah. Ia mencela aib orang lain lalu melakukan perbuatan yang lebih buruk daripadanya. Ia menampakkan ibadah dan kekhusyukan di hadapan manusia tetapi melakukan dosa-dosa besar di hadapan Tuhannya saat sendirian bersama-Nya. Ia adalah seekor serigala yang memakai baju.” (Al-Munawi, Faidhul Qadir. 2/419).

Exit mobile version