Site icon MuslimahHTM News

TANGGUNGJAWAB NEGARA KHILAFAH MELAHIRKAN GENERASI ISLAMI

Oleh : KH. M. Shiddiq Al-Jawi

Pengantar

Setiap umat atau bangsa yang menganut ideologi tertentu, dapat dipastikan menaruh perhatian besar kepada generasi muda mereka. Sebab generasi muda itulah yang akan melestarikan ideologi yang mendasari seluruh cara hidup (the way of life) generasi masa sekarang. (Taufiq Al-Hakim, Tsaurah As Syabab, hlm. 17; Usus At-Ta’lim Al-Manhaji, hlm. 7-8).

Demikian pula umat Islam yang menganut ideologi Islam. Sudah pasti mereka mempunyai perhatian besar pada lahirnya generasi muda Islami, yakni generasi yang mempunyai keperibadian Islam (syakhshiyah Islamiyah), baik dalam pola fikirnya (aqliyah) mahupun dalam pola sikap dan perilakunya (nafsiyah). (Usus At-Ta’lim Al-Manhaji, hlm. 8)

Terdapat 3 pihak yang bertanggungjawab dalam melahirkan generasi islami tersebut. Pertama, keluarga, yang menjadi wadah pertama pembentukan generasi islami melalui ayah dan ibu. Kedua, masyarakat, yang menjadi lingkungan (al-bi`ah) tempat generasi Islami itu tumbuh dan hidup bersama anggota masyarakat lainnya. Ketiga, negara Khilafah, yang bertanggungjawab melahirkan generasi Islami sebagai sebahagian dari tugas negara untuk menjalankan sistem pendidikan serta sistem-sistem sosial lainnya yang terkait. (Najah As Sabatin, Asasiyat Tarbiyah Al-Athfal, hlm. 1; Fathi Salim, Bina` An-Nafsiyah Al-Islamiyah wa Tanmiyatuha, hlm. 22; Abdullah Nashih Ulwan, Tarbiyatul Aulad, Juz I hlm. 33; Usus At-Ta’lim Al-Manhaji, hlm. 9).

Tanggungjawab Khilafah

Negara Khilafah bertanggungjawab untuk melahirkan generasi Islami itu melalui penerapan Syariah Islam dalam segala aspek kehidupan, antara lain sebagai berikut:

1.Menerapkan Sistem Pendidikan Formal

Sistem pendidikan merupakan metod utama dan langsung (direct) untuk melahirkan generasi islami. Sebab tujuan sistem pendidikan adalah untuk menghasilkan generasi yang berkepribadian islami (syakhshiyah Islam), yang berbekal ilmu-ilmu yang diperlukan dalam kehidupan, baik ilmu keislaman (tsaqafah islam) mahupun ilmu dalam cakupan sains dan teknologi. Negara menerapkan sistem pendidikan ini melalui sekumpulan undang-undang syariah (qanun syar’i) mahupun undang-undang administrasi (qanun idari) yang terkait dengan pendidikan. (Usus At-Ta’lim Al-Manhaji, hlm. 9).

Sistem pendidikan dalam negara Khilafah ada 2 (dua) jenis. Pertama, sistem pendidikan formal (at-ta’lim al-manhaji), iaitu sistem pendidikan yang dilaksanakan berdasarkan peraturan negara, baik diselenggarakan oleh negara mahupun oleh swasta. Sistem pendidikan ini dilaksanakan secara bertahap (level) mulai dari pendidikan dasar hingga pendidikan tinggi (at-ta’lim al-’aaliy). Kedua, sistem pendidikan non formal (at-ta’lim ghair al-manhaji), iaitu sistem pendidikan yang tidak tunduk pada peraturan negara dalam hal pengaturan pendidikan, misalnya pendidikan yang dilaksanakan di rumah, mesjid, sekolah pondok/agama, dan juga berbagai forum seperti seminar, persidangan, pelatihan/training, dan sebagainya.

Meskipun sistem pendidikan non formal tidak tunduk pada peraturan negara, negara Khilafah tetap bertanggungjawab dan perlu mengawasi material pembelajaran yang diberikan, tidak berbeza dengan sistem pendidikan formal. Negara berkewajipan memantau agar material yang diberikan tetap berupa idea yang terlahir dari Akidah Islam, yakni mestilah lahir dari wahyu (Al Quran  dan As Sunnah), seperti material tauhid, fiqih, tafsir, dan sebagainya; atau berupa idea yang dibangun di atas Akidah Islam, yakni, walaupun tidak lahir dari wahyu tapi tetap tidak boleh bertentangan dengan Akidah, misalnya sains dan teknologi. Maka jika ada bahagian sains dan teknologi yang bertentangan dengan Akidah, seperti teori Evolusi Darwin, negara akan melarang pengajaran teori tersebut dalam berbagai institusi pendidikan sekalipun. (Usus At-Ta’lim Al-Manhaji, hlm. 9; Muqaddimah Ad Dustur, Juz II hlm. 120).

Dengan demikian, negara akan bertindak tegas terhadap sekolah atau institusi pendidikan yang mengajarkan idea-idea yang bertentangan dengan Islam, misalnya ilmu-ilmu sosial dari Barat, seperti ekonomi, sosiologi, psikologi; juga berbagai idea dan falsafah Barat seperti sekularisme, pluralisme, liberalisme, marxisme, eksistensialisme, utilitarianisme, pragmatisme, darwinisme, dan sebagainya. Kecuali jika material-material seperti itu diajarkan dalam level pendidikan tinggi dan bukan diajarkan untuk diyakini, melainkan sekadar untuk diketahui dan untuk dijelaskan kekeliruannya dan pertentangannya dengan Islam. (Muqaddimah Ad Dustur, Juz II hlm. 168).

  1. Menerapkan Syariah Islam Secara Umum

Negara bertanggungjawab menerapkan syariah Islam secara menyeluruh dalam segala aspek kehidupan, seperti dalam sistem pendidikan, sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem pergaulan (nizham ijtima’i), sistem hukuman (nizham uqubat), dan sebagainya.

Penerapan syariah ini secara tidak langsung juga menjadi cara untuk membentuk generasi yang Islami. Seperti, sistem pendidikan formal yang percuma kepada seluruh rakyat. Kebijakan negara ini akan memberikan kesempatan yang seluas-luasnya kepada seluruh rakyat, termasuk anak-anak dan remaja, untuk menikmati pendidikan secara percuma dan berkualiti dari negara. (Muqaddimah Ad Dustur, Juz II hlm. 173).

Contoh lain, sistem ekonomi yang diterapkan negara akan memberikan bantuan harta kepada kaum fakir dan miskin, baik melalui pembahagian harta zakat mahupun harta selain zakat. Maka para pemuda yang miskin yang tidak mampu menikah kerana tak memiliki harta untuk membayar mahar, akan mempunyai peluang untuk menikah. Jadi penerapan hukum zakat ini akan memberi sumbangan besar dalam menjaga moral generasi muda kerana mereka akan terhindar dari perbuatan tercela seperti zina akibat ketidakmampuan ekonomi. (Muqaddimah Ad Dustur, Juz II hlm. 7-8)

Contoh lain, dalam sistem pemerintahan, akan ada jabatan khusus yang menangani media massa, iaitu Jabatan Penerangan (jihaz al-i’lam). Tugasnya antara lain mengawasi segala bentuk media massa dalam negara Khilafah. Lembaga negara inilah nanti yang akan menjalankan fungsi pengawasan tersebut yang menjamin generasi Islami tetap selamat dari segala pengaruh media massa yang negatif dan destruktif, seperti laman sesawang porno, dan sebagainya. (Muqaddimah Ad Dustur, Juz II hlm. 291)

Contoh lain, dalam sistem pergaulan (nizham ijtima’i), negara akan menerapkan wajibnya infishal, iaitu terpisahnya komuniti lelaki dan perempuan, baik dalam kehidupan khusus seperti di rumah, mahupun dalam kehidupan umum seperti di sekolah dan jalan raya. Hanya keadaan-keadaan tertentu saja yang dibolehkan syarak untuk ikhtilath, seperti ketika bersilaturahim antara kerabat, berjual beli di pasar, beribadah haji (seperti tawaf), dan sebagainya. Peraturan ini tentu akan sangat kondusif untuk melahirkan generasi islami yang soleh dan solehah, kerana akan menghindarkan mereka dari pergaulan bebas dan liar ala Barat seperti sekarang ini. (Muqaddimah Ad Dustur, Juz I hlm. 321).

  1. Mewujudkan Persekitaran Islami

Negara Khilafah bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran atau lingkungan yang baik (al-bi`ah as-shalihah) bagi generasi muda umat Islam. Hal ini kerana lingkungan berpengaruh besar terhadap individu yang hidup di dalamnya. Lingkungan yang buruk dapat merosak individu-individu yang baik, sebaliknya lingkungan yang baik dapat memperbaiki individu-individu yang buruk. (Fathi Salim, Bina` An-Nafsiyah Al-Islamiyah wa Tanmiyatuha, hlm. 13).

Negara melakukan tanggungjawabnya untuk membentuk persekitaran yang Islami ini dengan mengawasi 2 (dua) perkara. Pertama, kebiasan atau adat istiadat yang berlaku di masyarakat (‘urf ‘aam). Kedua, pendapat umum yang berkembang dalam masyarakat (ra`yu ‘aam). (Fathi Salim, Bina` An-Nafsiyah Al-Islamiyah wa Tanmiyatuha, hlm. 22-23).

Maka dari itu, negara akan melarang berbagai kebiasaan yang bertentangan dengan Islam yang merosak proses pembentukan generasi islami. Misalnya adanya geng-geng dalam lingkungan kampung atau sekolah, termasuklah geng motor, mat rempit. Negara juga akan mengawasi dan mengambil tindakan terhadap komuniti dengan hobi tertentu, seperti perkumpulan muzik, perkumpulan olahraga, sekiranya aktiviti-aktiviti yang mereka laksanakan bertentangan dengan syariah islam.

Negara juga akan melarang berbagai kafe, bar, kelab, atau lokasi-lokasi pelancongan, seperti hotel, pantai, dan juga berbagai play station, cybercafe dan sebagainya yang umumnya menjadi tempat anak muda berkumpul, jika di tempat-tempat tersebut berlaku pelanggaran syariah. Seperti ponteng dari sekolah, beredarnya minuman keras, adanya transaksi dadah, aktiviti couple, dan semisalnya.

Negara juga akan melakukan pengaturan dan pengawasan media massa, seperti novel, majalah, buku, tabloid, televisyen, laman sesawang internet, termasuk juga sarana-sarana hiburan seperti filem dan pertunjukan, berbagai media jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, dan sebagainya. Tujuan pengawasan ini agar semua sarana itu tidak menjadi medium penyebarluasan dan pembentukan opini umum yang dapat merosakkan pola fikir dan pola sikap generasi muda Islam. (Ziyad Ghazal, Masyru’ Qanun Wasa`il al-I’lam fi Ad-Daulah Al-Islamiyah, hlm. 6-7).

  1. Menerapkan sistem hukuman

Negara Khilafah akan melaksanakan hukuman-hukuman perundangan berdasarkan syariah Islam  (al-‘uqubat) yang tegas sebagai usaha mencegah terhadap siapa saja yang melakukan pelanggaran syariah, baik hukuman itu berupa hudud, jinayat, mukhalafat, mahupun ta’zir. (Abdurrahman Al-Maliki, Nizhamul Uqubat, hlm. 17-21).

Penerapan hukuman perundangan oleh negara ini juga merupakan usaha merawat dalam dalam melahirkan generasi Islami. Sebab usaha preventif atau pencegahan boleh jadi masih dilanggar juga. Maka dari itu, hukum-hukum syarak yang bersifat curative ini akan memainkan peranannya yang efektif.

Sebagai contoh, Islam telah mengharamkan zina. Juga mengharamkan perbuatan-perbuatan yang dapat membawa kepada zina, seperti khalwat (berduaan dengan lain jenis). Ini hukum preventif (undang-undang/tindakan yang bersifat mencegah). Tapi jika hukum ini masih dilanggar juga, maka hukuman dari syariah sebagai hukuman curative mahu tak mahu akan diterapkan. Mereka yang berzina akan dijatuhkan hukuman cambuk 100 kali cambukan, jika yang berzina bukan muhshan (Suran An Nuur : 2). Khalifah boleh menambah hukuman ini dengan hukuman pengasingan (taghrib) selama satu tahun. Adapun jika yang berzina sudah muhshan, hukumnya direjam sampai mati, berdasar hadis-hadis Nabi SAW. (Abdurrahman Al-Maliki, Nizhamul Uqubat, hlm. 27-29).

Contoh lain, Islam telah mengharamkan homoseksual. Islam juga mengharamkan dua orang lelaki tidur di bawah satu selimut. Ini hukum preventif. Namun kalau ada lelaki yang tetap nekad melakukan perbuatan homoseksual, maka syariah memberikan hukuman tegas sebagai hukum curative, iaitu menjatuhkan hukuman mati. (Abdurrahman Al-Maliki, Nizhamul Uqubat, hlm. 40).

Demikianlah, negara Khilafah akan menerapkan hukuman-hukuman syariah (al-‘uqubat) ini bagi siapa saja yang melanggar syariah Islam. Maka penerapan hukuman ini diyakini akan dapat turut melahirkan generasi Islam yang bermoral. Kerana di sebalik hukuman-hukuman yang tegas itu sebenarnya tersembunyi suatu hikmah yang baik, iaitu menimbulkan kesan pencegahan (zawajir) di kalangan masyarakat secara meluas, sehingga individu masyarakat (termasuk kaum mudanya) tidak berani melakukan pelanggaran syariah, seperti berzina atau melakukan liwat (homoseksual).

Penutup

Demikianlah gambaran ringkas bagaimana tanggungjawab negara Khilafah dalam usahanya untuk melahirkan generasi Islam. Dengan memahaminya, kita akan menyedari pentingnya dakwah untuk menegakkan Khilafah. Sebab hanya dalam negara Khilafah sajalah, berbagai tanggungjawab tersebut akan dapat dilaksanakan. Tanpa Khilafah, tak akan ada pihak yang bertanggungjawab untuk melahirkan generasi Islam yang kita harapkan, kecuali institusi keluarga.

Memang dalam negara demokrasi yang sekular dan liberal ini masih boleh lahir generasi Islam. Tapi itu hanyalah anomali. Kebanyakan generasi muda umat Islam saat ini akan mudah sekali terjerumus menjadi generasi yang bejat dan tidak bermoral, akibat tiadanya Khilafah dan pengaruh destruktif negara demokrasi-sekular saat ini.

Walhasil, negara demokrasi-sekular ini wajib kita hancurkan dan kita ganti dengan Khilafah. Kalau tidak, generasi muda Islamlah yang sebaliknya akan hancur. Wallahu a’lam.

Exit mobile version