Site icon MuslimahHTM News

[Fikrul Islam] Mencampuradukkan Antara Thariqah dan Uslub

[Fikrul Islam] Mencampuradukkan Antara Thariqah dan Uslub

 

Penulis: Ahmad Mahmud

 

Berat sebelah yang muncul dalam kalangan sebahagian kaum muslim acapkali disebabkan adanya beberapa keadaan yang sebelumnya tidak dijumpai pada masa Rasulullah. Zaman Rasulullah SAW masyarakat terbahagi kepada beberapa kabilah atau puak. Sebaliknya, pada masa ini perpecahan masyarakat sangat kompleks. Pada masa Rasulullah SAW sebilangan besar suku kaum mempunyai kedudukan peringkat negeri. Sebaliknya sekarang, satu negara terdiri dari jutaan, bahkan puluhan juta penduduk.

Pada zaman Rasulullah, dakwah dilakukan untuk menyuruh orang-orang kafir agar masuk Islam. Sebaliknya, sekarang, dakwah lebih ditujukan kepada kaum muslim agar mereka mahu melanjutkan kehidupan Islam.

Pada masa Rasulullah, negara-negara besar, seperti Parsi dan Rom, belum sampai melakukan campurtangan terhadap aktiviti dakwah Rasulullah di Mekah. Sebaliknya sekarang, para elit politik dan para penguasa sangat dipengaruhi oleh realiti politik negara-negara besar, bahkan diantara mereka banyak yang menjadi boneka negara-negara tersebut. Negara-negara besar yang ada saat ini telah melakukan banyak campurtangan terhadap Islam dan kaum muslim. Demikian seterusnya.

Mereka yang berat sebelah di dalam memahami thariqah dan uslub dakwah berkata demikian, “Bagaimana mungkin kita mengambil kaedah Rasulullah, sementara banyak perkara yang berlaku sentiasa mengalami perubahan? Tindakan demikian tentu merupakan salah satu bentuk kejumudan dan sikap membatu. Kita tidak boleh mengalami hal negatif hanya kerana terikat dengan perkara ini. Ini kerana yang terpenting ialah merealisasikan pelbagai tujuan besar dalam dakwah iaitu menerapkan Islam melalui Negara Islam dan merealisasikan ubudiyah kepada Allah.”

Dalam usaha memberikan penjelasan mengenai pemahaman yang benar tentang keadaan/realiti dakwah, kita ingin mengatakan bahawa hukum syariat sentiasa diturunkan untuk membalas fakta yang ada. Maknanya, disebalik fakta terdapatnya undang-undang. Oleh kerana itu, jika faktanya berubah, hukum yang berkaitan dengan fakta itu pun berubah. Sebaliknya, jika faktanya tidak berubah, hukum akan tetap demikian, sebagaimana adanya. Dengan demikian, hukum atas fakta ditentukan oleh sifat asasnya, bukan gejala zahirnya.

Masyarakat, sebagaimana kita ketahui, merupakan kumpulan manusia yang meyakini sejumlah pemikiran yang sama, yang kemudian melahirkan perasaan yang sama; mahupun perasaan menerima atau rela terhadap setiap hal yang dipandang sesuai dengan pemikirannya, ataupun perasaan marah dan benci terhadap setiap hal yang bertentangan dengan pemikirannya.

Dari sini muncullah sistem peraturan dalam usaha mengimplementasikan pemikiran-pemikiran tersebut di tengah-tengah masyarakat, sekaligus menjaganya agar jangan sampai dilanggar. Dengan begitu, masyarakat dapat menjalani kehidupannya yang membuat diri mereka merasa puas dan tenteram.

Di dalam realiti seperti ini, masyarakat acapkali mengambil pelbagai bentuk yang berbeza-beza, boleh jadi terdiri dari masyarakat yang primitif dan tradisional atau masyarakat yang moden dan kompleks. Kumpulan manusia yang disatukan oleh pemikiran dan perasaan yang sama, serta dihukum dengan sistem peraturan yang bersumber dari pemikiran tersebut–baik masyarakat tersebut mengambil bentuk kabilah ataupun negara; baik terdiri dari hanya ribuan orang ataupun jutaan orang–adalah disebut dengan masyarakat. Alasannya, sejumlah karakteristik yang merupakan prasyarat terbentuknya sebuah masyarakat telah ada dan tidak mengalami perubahan.

Rasulullah telah melakukan aktiviti untuk mewujudkan masyarakat Islam. Hal itu ditempuh dengan cara mewujudkan pemikiran, perasaan, dan sistem peraturan Islam. Rasulullah, dengan demikian, telah menempuh kaedah syar’ie di dalam mewujudkan syariat Islam. Seluruh aktiviti Rasulullah dijalankan dalam format seperti ini.

Rasulullah telah membentuk sejumlah individu mukmin di Madinah yang merupakan unsur dominan dari penduduknya, sekaligus menanamkan pelbagai pemikiran dan perasaan Islam yang mendasar pada diri mereka. Baginda berhijrah ke Madinah dan menegakkan sistem Islam di sana, maka terbentuklah sebuah masyarakat Islam. Pada masa-masa awal pemerintahan Rasulullah, masyarakat yang terbentuk masih sederhana, tetapi kemudian bertransformasi menjadi sebuah masyarakat yang memerlukan sistem sekaligus struktur pemerintahan.

Memang benar, dapat dikatakan bahawa negara-negara besar ketika itu (seperti Parsi dan Rom) belum sampai ke tahap campur tangan dakwah Rasulullah, terutamanya di Mekah, sementara ketika ini, negara-negara besar yang ada (seperti Amerika dan Eropah), banyak yang melibatkan campur tangan dan bahkan berusaha menghalang-halangi dakwah Islam.

Akan tetapi, kami berpendapat bahawa realiti seperti ini tidak boleh mengubah kaedah dakwah, meskipun sememangnya membuatkan jalan dakwah bertambah sulit. Realiti seperti ini memerlukan penguasaan tsaqafah dan aktiviti dakwah serta mengambil inti pelajaran dari realiti ini. Oleh kerana itu, sebuah gerakan dakwah hendaklah melibatkan diri dalam kancah politik internasional. Tujuannya adalah dalam rangka mengetahui realiti politik negara-negara besar dan memahami pelbagai langkah politik yang ditujukan keatas kita, yang diimplementasikan melalui para penyokong dan kaki tangan mereka di negeri-negeri kita. Jika kita memahami sifat dan langkah mereka, tentu kita akan mampu melakukan perlawanan terhadap mereka.

Sementara itu, pernyataan bahawa Rasulullah hanya memusatkan perhatian terhadap masalah keimanan dan tidak mengambil kecuali sedikit hukum-hukumnya, maka kita ingin menyatakan bahawa pengambilan baginda terhadap hukum-hukum syariat, meskipun sedikit, menunjukkan adanya kewajipan untuk memberikan perhatian terhadap hukum-hukum tersebut, terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti dakwah.

Hanya sahaja, memang ada perbezaan. Jika dahulu aktiviti dakwah di Mekah dilakukan dalam rangka menyeru masyarakat untuk memeluk agama Islam, maka ketika ini, aktiviti dakwah ditujukan dalam rangka menjelaskan akidah Islam di tengah-tengah kaum muslim, sementara hukum-hukum syariat seluruhnya telah turun kepada mereka. Dengan demikian, kaum muslim bertanggung jawab penuh di hadapan Allah terhadap Islam sepenuhnya, bukan semata-mata atas keimanannya semata.

Seorang muslim yang meninggal dunia di Mekah tidak akan ditanya, kecuali berkenaan dengan hukum-hukum yang telah diturunkan hingga dia meninggal dunia. Sebaliknya, sekarang, siapa sahaja yang meninggal dunia akan ditanya mengenai Islam seluruhnya. Oleh kerana itu, aktiviti dakwah juga wajib bersifat keseluruhan mencakup semuanya, dan ditujukan demi melangsungkan kehidupan Islam, kerana kita tidak membawa dakwah ataupun agama yang baru.

Siapa sahaja yang mencermati realiti kaum muslim saat ini akan melihat bahawa permasalahan mereka sebenarnya bukan pada hilangnya akidah Islam, tetapi lebih kepada terputusnya hubungan akidah Islam dengan pelbagai pemikiran tentang kehidupan dan pelbagai aturan hukum syariat. Akibatnya, akidah Islam kehilangan dinamiknya.

Semua ini diakibatkan oleh adanya penguasaan pemikiran Barat yang sekular atas kaum muslim yang dilancarkan oleh negara-negara kafir Barat. Mereka melakukan usaha pemeliharaan dan penumpuan ideologi sekular mereka melalui ditanamkannya pelbagai sistem yang terhasil dari ideologi mereka. Untuk itu, mereka telah membuat pelbagai rancangan program pendidikan, dan memanipulasi pelbagai sarana propaganda demi menyebarkan ideologi sekular mereka.

Kerana itu, Islam hendaklah ditampilkan secara benar, sempurna, dan menyeluruh. Dengan itu, akan terlihat kepentingan akidah Islam dan keimanan sebagai pemikiran asasi yang melahirkan pelbagai hukum, sekaligus menentukan sudut pandang yang khas terhadap kehidupan. Pelbagai pemikiran tentang kehidupan akan muncul dari cahaya akidah ini.

Hal seperti ini dapat ditempuh dengan cara menanamkan kesedaran bahawa Pencipta Yang Maha Mengatur hanyalah Allah, hukum yang boleh berlaku hanya hukum-Nya semata, dan hanya kepada-Nya segenap urusan dunia dan akhirat dikembalikan. Manakala keimanan dan hukum-hukum syariat diwajibkan atas seorang muslim, akan jelas baginya kekuatan kebenaran dan dinamiknya; demikian juga kekuatan kumpulan dakwah di dalam memahami Islam dan mendakwahkannya, serta kemampuannya untuk melakukan perubahan.

Dakwah saat ini merupakan dakwah yang diwujudkan kepada kaum muslim agar mereka mahu melanjutkan kehidupan Islam, yang mesti diwujudkan melalui tegaknya Daulah Islamiyah. Asas dakwah itu sendiri adalah akidah Islam yang ditampilkan kepada umat dalam bentuk yang bersifat politik, iaitu dengan menjadikannya sebagai dasar bagi seluruh aktiviti yang sesuai dengan perintah dan larangan Allah.

Dengan demikian, yang berubah di tengah-tengah realiti masyarakat ialah bentuk-bentuk fizikalnya sahaja, sementara materinya tidak pernah berubah. Kerana itu, hukum tentang usaha menegakkan Daulah Islamiyah tidak mengalami perubahan, demikian pula kaedah untuk merealisasikannya.

Sumber: Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam

 

#fikrulislam #PemikiranIslam #Thariqah #Uslub

 

Exit mobile version