[TAFSIR] Kewajipan Memerangi Musuh bagi Kaum Muslim (Tafsir surah Al-Baqarah: 216)
Penulis: Kholishoh Dzikri
Segala puji bagi Allah yang telah menggerakkan awan dan menurunkan hujan, yang telah memenangkan para mujahidin di berbagai medan tempur dan menghancurleburkan tentera kafir yang bersekutu.
Allah Swt. telah berfirman di dalam kitab-Nya yang mulia:
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah suatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [TMQ Al-Baqarah (2): 216]
Secara bahasa, kata al-jihâd bererti mengerahkan segala kemampuan. Dalam pengertian syarie, al-jihâd menunjuk secara khusus pada makna perang. Dengan demikian, jihad fi sabilillah adalah mengerahkan segala kemampuan dalam perang di jalan Allah, baik secara langsung mahupun memberikan bantuan berupa harta, pendapat, memperbanyak logistik, atau lainnya. (Taqiyuddin an-Nabhani, Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah, jilid 2, hal. 147).
Pada ayat ke-216 surah Al-Baqarah, ditegaskan bahawa Allah telah mewajibkan kaum muslim memerangi orang-orang kafir, padahal perang adalah pekerjaan yang sangat berat sebab perang itu akan menghabiskan harta, dan menghilangkan jiwa begitu banyak. Namun, kadang-kadang sesuatu yang dibenci di dalamnya terdapat kebaikan dan manfaat yang besar, dan sesuatu yang disenangi di dalamnya terdapat hal-hal yang tidak baik dan tidak bermanfaat atau membahayakan, maka janganlah merasa tidak senang terhadap kewajipan berperang melawan musuh.
Ini kerana di dalamnya terdapat kebaikan, cepat atau lambat. Sudah menjadi sunnatullah atau tabiat, bahawa solusi suatu masalah perlu melalui jalan yang berat, sebagaimana penyembuhan penyakit, perlu menelan ubat yang pahit.
Ayat ini adalah ayat yang pertama diturunkan mewajibkan berperang, diturunkan pada 2 H. Pada zaman sebelumnya, iaitu fasa Mekah, Allah belum mengizinkan berperang, sebab pada waktu tersebut kekuatan kaum muslim belum mencukupi. Setelah Nabi saw. berhijrah, barulah diizinkan memerangi kaum musyrikin yang memerangi Nabi saw. dengan diturunkan ayat ke-39 surah Al-Hajj:
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا…
“Telah diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya…”
Setelah itu barulah Allah Swt. mewajibkan berperang. (Al-Maraghi, 1969, I: 132).
Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa meninggal dunia sedangkan ia tidak pernah ikut berperang dan ia juga tidak pernah berniat untuk berperang, maka ia meninggal dunia dalam keadaan jahiliyah.” (Muttafaqun ’alaih).
Imam Ibnu Katsir menyatakan, “Ayat ini merupakan penetapan kewajipan jihad dari Allah Swt. bagi kaum muslim, supaya mereka menghentikan kejahatan musuh di wilayah Islam.”
Az-Zuhri mengatakan, “Jihad itu wajib bagi setiap individu, baik yang berada dalam medan peperangan mahupun yang sedang duduk (tidak ikut berperang). Orang yang sedang duduk, apabila dimintai bantuan maka dia wajib memberikan bantuan. Jika diminta untuk berperang maka dia wajib ke depan dan berperang, dan jika tidak diperlukan maka hendaklah dia tetap siaga di tempatnya.”
Telah menjadi sunnah Allah Swt. bahawa hal-hal yang seronok, yang menyenangkan, di belakangnya terdapat hal-hal yang membahayakan. Misalnya, meninggalkan jihad di jalan Allah, atau berperang melawan musuh, pada permulaannya tidak menimbulkan mangsa, baik jiwa mahupun harta, dan tampak sangat aman dan tenteram, tetapi sebenarnya di belakang ketenangan tersebut terdapat bahaya yang mengancam, seperti penguasaan penjajah terhadap negara-negara kaum muslim dan harta mereka, seperti kita saksikan sekarang, betapa sombong negara-negara yang dikuasai orang-orang kafir terhadap negara-negara muslim, mereka dengan senang hatinya menuduh orang-orang muslim sebagai teroris.
Memang, perang pada dasarnya dibenci manusia kerana sangat berat dan menyukarkan, mengakibatkan luka atau kematian, kesukaran dalam perjalanan dan keberanian menghadapi musuh. Akan tetapi, perang yang dibenci itu boleh jadi membawa keberuntungan, yakni kemenangan di dunia berupa penguasaan terhadap musuh dan semua isi negerinya serta kemenangan di akhirat berupa mati syahid.
Hanya Allah Swt. sahaja yang mengetahui hikmah segala bentuk peristiwa yang terjadi. Kita wajib yakin bahawa Allah tidak memerintahkan sesuatu, melainkan untuk kebaikan dan kemaslahatan umat Islam sendiri. Wallahualam.
Sumber: Suaramubalighah.com
#tafsir #jihad

