Site icon MuslimahHTM News

Menjadi Insan yang Meninggalkan Jejak Kebaikan

Menjadi Insan yang Meninggalkan Jejak Kebaikan

Penulis: Ustaz Irfan Abu Naveed

Manusia dikenali dan diingati bukan sahaja semasa hidupnya, tetapi juga kerana atsar (jejak) kehidupannya. Sama sahaja, adakah jejak kebaikan atau keburukan (wal ‘iyâdzu bilLâh). Mereka yang meninggalkan jejak kebaikan akan mendapat ganjaran atas setiap kebaikan orang lain yang meniti jejak kebaikan tersebut. Begitu juga jejak keburukan. Hal ini sebagaimana pesanan yang mulia Baginda Rasulullah ﷺ,

مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بها بَعْدَهُ،مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْءٌ. ومَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بها مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

“Sesiapa sahaja yang mengerjakan dalam Islam sunnah yang baik, dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikuti dirinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Sesiapa sahaja yang mengerjakan dalam Islam sunnah yang buruk, dia mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikuti dirinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.” (HR Muslim)

Lafaz sunnat[an] hasanat[an] dan sayyi’at[an] menunjukkan keluasan cakupannya (mubham). Ia mencakup segala hal yang baik dan buruk dalam pandangan Islam. Menjadi berita gembira (bisyârah) bagi orang yang melakukan kebaikan dan menjadi sebab orang lain melakukan kebaikan yang serupa. Sebaliknya, ia menjadi ancaman dan peringatan bagi orang yang melakukan keburukan dan membuka jalan kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Dia akan terima balasan akibat membukakan pintu keburukan tersebut, wal ‘iyâdzu bilLâh. Sama sahaja, apakah keburukan lisan mahupun perbuatan.

Menjelaskan hadis di atas, Al-Hafizh al-Nawawi (w. 676 H) dalam Syarh Shahîh Muslim (VII/104) menjelaskan: “Di dalam hadis ini terdapat dorongan untuk memulakan perkara kebaikan dan menggariskan perbuatan-perbuatan terpuji serta peringatan atas perbuatan mengawal kebatilan-kebatilan dan hal-hal yang tercela.”

Sebab itu betapa buruk perbuatan menganiaya gerakan dakwah dan para pengembannya, misalnya. Betapa buruknya menstigma negatif ajaran Islam al-Khilâfah yang disanjung kedudukannya sebagai junnah (perisai) oleh Rasulullah ﷺ dan disematkan padanya sifat ‘alâ minhâj al-nubuwwah. Ini untuk menggambarkan Khilafah sebagai sistem Islam yang mengatur masyarakat dengan syariat Islam dan menyatukan mereka seluruhnya dalam satu kepimpinan.

Lebih buruk lagi, jika keburukan tersebut diikuti oleh orang lain yang terpedaya. Jadilah keburukan yang berlipat ganda sehingga berlipat ganda dosanya. Adakah tidak cukup peringatan Allah sebelumnya dalam al-Quran? Allah SWT mencontohkan mereka yang celaka kerana jejak-jejak keburukannya diikuti oleh manusia, menggariskan sikap  terhadap apa yang Allah ajarkan, dengan menstigmanya sebagai dongeng orang-orang terdahulu belaka (Lihat: TMQ An-Nahl [16]: 24-25).

Seperti yang dinukilkan oleh Imam Badruddin al-‘Aini (w. 855 H) dalam ‘Umdat al-Qârî (XXV/53) dalam pembahasan tentang dosa orang yang menyeru manusia pada kesesatan dan tambahan dosa terhadap dirinya seperti dosa yang dilakukan oleh orang yang mengikuti jejak buruk mereka. Lafaz alâ merupakan huruf tanbîh yang berfungsi sebagai tawkîd (penegasan), diikuti dengan lafaz sâ’a yang menunjukkan bentuk tafdhîl (berlebihan). Kedua-dua lafaz ini lebih menegaskan betapa besarnya celaan Allah terhadap perbuatan yang sangat buruk ini.

Lantas, apa bezanya dengan sikap ringkas mereka yang menstigma negatif khilafah sebagai ‘ajaran lapuk’ yang dianggap tidak lagi relevan dengan maksud mengingkari dan menolaknya, malah mengajak orang lain menjauhinya? Tidak cukup sampai di situ, diikuti sikap buruk menganiaya gerakan dakwah dan para pengembannya serta memprovokasi orang lain menjauhinya? Bukankah itu semua termasuk keumuman sanna sunnat[an] sayyi’at[an] yang dicela dalam hadis ini? Apakah azab yang menimpa umat-umat terdahulu akibat keburukan mereka sendiri menentang ajaran Allah dan menganiaya para rasul-Nya tidak cukup dijadikan pengajaran?

Pada masa yang sama, kematian adalah sesuatu yang pasti tiba masanya. Tidak boleh ditunda-tunda walaupun sebentar. Kematian menjadi momentum awal untuk manusia memasuki gerbang penghisaban atas segala perbuatan. Allah SWT berfirman,

وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبٗا مُّؤَجَّلٗاۗ وَمَن يُرِدۡ ثَوَابَ ٱلدُّنۡيَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡهَا وَمَن يُرِدۡ ثَوَابَ ٱلۡأٓخِرَةِ نُؤۡتِهِۦ مِنۡهَاۚ وَسَنَجۡزِي ٱلشَّٰكِرِينَ ١٤٥

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Sesiapa sahaja yang menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan dia pahala dunia itu. Sesiapa sahaja yang menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) dia pahala akhirat itu. Kami akan memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” [TQM Ali ‘Imran (3): 145]

Syeikh Ali ash-Shabuni (w. 1442 H) dalam Shafwat al-Tafâsîr (I/212) menjelaskan bahawa sesiapa sahaja yang menghendaki ganjaran dunia dari amal perbuatannya, maka Allah akan memberinya dan di akhirat dia tidak akan mendapatkan sebahagian kebaikannya. Ini mengandungi sindiran bagi orang-orang yang menghendaki harta benda (seperti binatang ternakan). Allah menjelaskan bahawa adanya harta benda dunia bagi manusia bukanlah sesuatu yang patut diimpikan. Sebabnya, perkara itu diberikan sama ada kepada orang yang baik mahupun orang yang derhaka. Sesiapa saja yang menghendaki ganjaran akhirat maka Allah memberi dia ganjaran tersebut secara sempurna, sebagaimana Dia menganugerahkan bahagiannya di dunia (lihat: TMQ Asy-Syura [42]: 20).

Menariknya, setelah menggambarkan keadaan orang yang menghendaki pahala akhirat, Allah SWT menggambarkan sejarah para pejuang kebenaran itu sendiri:

وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيّٖ قَٰتَلَ مَعَهُۥ رِبِّيُّونَ كَثِيرٞ فَمَا وَهَنُواْ لِمَآ أَصَابَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَمَا ضَعُفُواْ وَمَا ٱسۡتَكَانُواْۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٤٦

“Betapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah; tidak menjadi lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” [TMQ Ali ‘Imrân (3): 146]

Merekalah para pejuang yang meniti jejak-jejak agung Rasulullah ﷺ pembawa risalah, di atas jalan yang Allah tetapkan sebagai jalan menuju keredhaan-Nya,

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٥٣

“Sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus. Kerana itu ikutilah jalan itu. Janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan agar kalian bertakwa.” [TMQ Al-An’âm (6): 153]

Rasulullah ﷺ pernah membuat garisan di hadapan para sahabatnya dengan satu garis lurus di atas pasir, sementara di kanan-kiri itu beliau menggariskan garis-garis yang banyak. Lalu beliau ﷺ bersabda, “Ini adalah jalanku yang lurus, sementara ini adalah jalan-jalan yang di setiap pintunya ada syaitan yang mengajak ke jalan itu.” Kemudian Nabi ﷺ membaca TMQ Al-An’am [6]: 153 di atas. Wallahualam.

Sumber: Buletin Al-Wa’ie

#Nafsiyah
#JejakKebaikan
#JalanYangLurus
#GanjaranDiAkhirat
#Pahala

Exit mobile version