[Isu semasa] Pencegahan Atau Rehabilitasi: Bencana Banjir di Pakistan
“Pakistan sedang mengalami siklus monsun yang ke lapan, padahal biasanya negara ini hanya memiliki tiga hingga empat siklus hujan, peratusan aliran banjir dahsyat sangat mengejutkan. Banjir ini belum pernah terjadi sebelumnya dan merupakan bencana kemanusiaan yang paling mengerikan sepanjang dekad ini “Ketika ini, keutamaan Pakistan adalah bencana kemanusiaan yang disebabkan oleh iklim dengan perkadaran yang dahsyat ini”, dilaporkan dari kenyataan Sherry Rehman, Menteri Perubahan Iklim Pakistan. (CNN)
Ahli politik cuba untuk menyalahkan perubahan iklim sebagai penyebab seluruh kejadian ini. Di satu sisi, perubahan iklim mungkin memang memiliki peranan, namun hal itu tidak menghilangkan tanggungjawab pemerintah atas ribuan orang yang menderita dan mengalami kecederaan akibat banjir ini.
Kita tidak boleh lupa bahawa Pakistan telah dilanda banjir demi banjir (dan hujan monsun) sejak 2011. Kita juga tidak boleh mengingkari fakta bahawa kesan daripada banjir-banjir tersebut dapat diminimalisasi, jika tidak dapat sepenuhnya dicegah, seandainya pemerintah memberikan perhatian pada daerah-daerah yang terkesan dan memastikan bahawa semuanya dipersiapkan untuk dapat bertahan dari banjir, serta ada langkah-langkah yang berlaku sebagai tindakan penanganan yang segera.
Mengapa kita tidak bersedia?
Banjir ini telah menghancurkan insfrastruktur di daerah-daerah yang terkesan; menyapu habis jalanan dan jambatan, menghancurkan berbagai perniagaan dan memutuskan laluan-laluan yang menjadi akses utama. Mereka yang terkesan dari bencana ini telah kehilangan segalanya – rumah, mata pencarian, dan dalam beberapa kes, nyawa mereka.
Menurut sebuah laporan, operasi bantuan bencana mengalami penundaan kerana militer Pakistan atau kementerian dalam negeri perlu terlebih dahulu meminta persetujuan untuk usaha bantuan dan rencana evakuasi penuh. Pihak Berkuasa Tindak Balas Bencana Daerah, yang dibentuk untuk bertindak terhadap kerosakan akibat banjir di daerah-daerah seluruh negeri, menghadapi kekurangan kaki tangan, kekurangan dana, serta kelengkapan sedia ada yang buruk.
“Usaha-usaha bantuan mengalami hambatan terutama di daerah utara di mana helikopter tidak dapat dikerahkan kerana keadaan pergunungan yang mengaburkan pandangan…, dan alat-alat berat yang diperlukan untuk melakukan operasi penyelamatan dan menangani tanah longsor sepanjang bencana alam, tidak tersedia di daerah perbukitan Gilgit-Baltistan, Khyber-Pakhtunkhwa, Balochistan, dan Azad Jammu, dan Kashmir”. (Express Tribune)
Meskipun telah mengetahui jelas bahawa hujan monsun adalah kejadian tahunan, mereka belum membangun sistem peringatan yang efektif. Dengan tidak adanya sistem penilik julat (rangefinder) yang tepat, pemerintah tidak mampu memberikan peringatan awal tentang banjir di daerah perbukitan di negara ini, seandainya terjadi banjir besar yang menyebabkan tanah longsor, dan anggaran cuaca negara itu hanya mampu mencakupi 7-15 hari perkiraan cuaca yang akurat dengan tingkat akurasi 65% hingga 70%, sehingga menambah berat langkah-langkah pencegahan agar dapat tetap bertahan di tengah bencana alam.
Sistem penilik julat dan peringatan awal yang tidak disediakan di beberapa wilayah negara ini seperti di Punjab selatan, Balochistan, Khyber-Pakhtunkhwa, Azad Jammu dan Kashmir, dan Gilgit-Baltistan sebagai pemberitahuan peringatan banjir Pakistan tidak selalu memiliki sistem penerbangan untuk pengurusan bencana yang memadai.” (Express Tribune)
Pencegahan mestilah menjadi keutamaan bukan menjadi renungan
Fokus saat ini adalah pada penyelamatan dan rehabilitasi. Tetapi untuk mencegah bencana tahunan ini, pemerintah Pakistan hendaklah memperhatikan tindakan pencegahan – membangun daerah Sindh dan Baluchistan agar kedua daerah itu mampu bertahan menghadapi hujan monsun tahunan.
“Infrastruktur Karachi sangat rentan terhadap bencana-bencana terkait iklim… Krisis ini diperburuk oleh pengelolaan banjir yang buruk dan penanganan bencana yang tidak efektif.” (Bank Dunia)
Mereka belum memperbaiki infrastruktur saluran pembuangan atau sistem saliran yang memungkinkan kota-kota seperti Karachi mampu mengelola banjir di perbandaran. Saluran air tersumbat oleh pencerobohan. Selain itu, Bendungan Sukkur, yang mengarahkan air ke serangkaian saliram, bertahun-tahun diabaikan tanpa penyelenggaraan sehingga tidak mampu menampung jumlah hujan saat ini. Lumpur belum dihilangkan kerana kurangnya peralatan sehingga saliran belum dikeruk sejak 2010. Ini bermakna, lapisan lumpur bermeter-meter membentuk timbunan dan hanya menyisakan sedikit ruang bagi air untuk mengalir, mengakibatkan limpahan yang memberi kesan kepada kawasan bandar.
Hal ini juga dapat menyebabkan banjir di sungai Indus. (Express Tribune)
“Kami akan mengusahakan kebangkitan kembali program-program IMF, dan Insya Allah kami akan melakukan penjimatan, dan memotong PSDP (Public Sector Development Funds)”, kata Menteri Kewangan, Miftah Ismail (Business Standard)
Pemerintah menyalahkan kurangnya perbendaharaan negara untuk pendanaan dan usaha pembinaan dan baik pulih semula sehingga terjadi pengabaian tersebut, sementara Pemerintah Pakistan terus mengejar IMF untuk pinjaman bersyarat lainnya.
Tanggungawab para penguasa sangat besar dan tidak dapat dilimpahkan kepada rakyat
Semoga Allah membalas kebaikan umat Islam, yang memberikan dukungan kepada Muslim Pakistan dari seluruh dunia. Mereka sedar akan kesukaran yang dialami oleh rakyat Pakistan dan melakukan yang terbaik untuk secara sendiri untuk mengirimkan bantuan keperluan asas bagi mereka yang terkesan di Sindh dan Balochistan. Namun, perbuatan dan jasa baik umat ini tidak akan membebaskan para penguasa dari tanggungjawab mereka.
Aisyah (ra) meriwayatkan, “Aku mendengar Rasul SAW bersabda di rumahku bahawa,
«اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ»
“Ya Allah, siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan ummatku lalu dia mempersulit urusan mereka, maka persulitlah dia. Dan siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan ummatku lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolong pulalah dia.” [HR. Muslim].
Rasulullah SAW juga bersabda:
«مَا مِنْ وَالٍ يَلِي رَعِيَّةً مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَيَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لَهُمْ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ» “
Tidaklah seorang hamba yang diserahi Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia meninggal dunia dalam keadaan curang terhadap rakyatnya, kecuali Allah mengharamkannya masuk syurga.” [HR. Bukhari]
Para penguasa akan diminta pertanggungjawaban atas setiap tindakan dan kebijakan mereka pada Hari Pembalasan. Mereka akan ditanya mengapa mereka tidak mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa rakyat Pakistan terlindung dari bencana yang begitu mengerikan.
Mengapa mereka mengambil pinjaman-pinjaman berasaskan bunga (ribawi), yang secara jelas menghalang mereka untuk membangun negara dan mengurang risiko terkait dengan bencana alam?
Mengapa mereka menjual sumber alam milik kaum Muslimin kepada perusahaa-perusahaan asing, bukannya menggunakannya untuk kebaikan rakyat?
Mengapa mereka terus mengemis bantuan dari musuh-musuh umat, yang mengeksploitasi kaum Muslimin dan menjarah sumber alam kita, sehingga menyebabkan kita terjebak di dalam jeratan Sistem Kapitalis?
Tidakkah renungan tentang penghisaban ini membuat mereka takut?
Padahal, hal itu telah membuatkan Umar (ra), yang dikenal kerana keberaniannya berasa takut, sementara dia telah melakukan yang terbaik untuk mengikuti hukum Allah dan menerapkan Islam.
Dawud bin Ali meriwayatkan: Umar bin al-Khattab, radhiyallahu ‘anhu berkata, “Jika seekor biri-biri yang hilang di bawah penjagaanku mati di tepi sungai Eufrat, aku berharap Allah Ta’ala akan bertanyakan tentang hal itu di hari kiamat.”
Sepatutnya, hal ini membuat kita berfikir. Jika kita sebagai umat berusaha untuk memenuhi Sunnah (Semoga Allah meredhai kita), bagaimana kita boleh menerima para penguasa kita yang sebaliknya lalai dalam memenuhi fardhu (kewajipan) mereka? Kita sepatutnya meminta pertanggungjawaban para penguasa kita dan berjuang mendirikan kembali Negara Khilafah. Dengan demikian, kita dapat membantu saudara-saudara Muslim kita, baik ketika ini mahupun di masa yang akan datang.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir oleh
Fatima Musab
Ahli Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir
#Pakistan #BanjirPakistan2022 #banjirpakistan #banjir

