Site icon MuslimahHTM News

PARA PENGUASA KORUPLAH PENYEBAB KEMUNDURAN SAINS UMAT ISLAM, BUKANNYA ISLAM

PARA PENGUASA KORUPLAH PENYEBAB KEMUNDURAN SAINS UMAT ISLAM, BUKANNYA ISLAM

 

Berita:

Perusahaan Amerika Syarikat SpaceX berjaya melancarkan roket Falcon 9, yang meluncurkan sekitar lebih dari 50 satelit internet Starlink ke orbitnya. Ini merupakan pelancaran ke-10 untuk tahap pertama Falcon 9 kembali ke bumi dengan selamat. Roket tersebut mendarat di landasan pendaratan terapung. (Sumber: https://ru.euronews.com/2022/08/13/spacex-starlink-launch)

 

Komentar:

Di saat dunia Barat telah memulakan eksplorasi angkasa lepas oleh syarikat komersial swasta, industri angkasa lepas di negara-negara Muslim pula terhambat sepenuhnya. Para pemimpin di negeri-negeri Muslim, sejak puluhan tahun mereka berkuasa, belum mampu menguasai teknologi angkasa, baik dalam misi yang dikendalikan krew mahupun tanpa krew. Orang yang mempunyai pandangan dangkal akan segera menyalahkan Islam kerana kemunduran dunia Islam.

 

Pertamanya, adalah penting untuk diperhatikan bahawa perkembangan sains dan teknologi adalah manifestasi ideologi dan pandangan tertentu terhadap kehidupan, yang digunakan untuk mentadbir masyarakat. Sejarah memberikan banyak contoh perkembangan pesat sains dan teknologi dalam masyarakat selepas penerapan nilai ideologi tertentu. Dengan demikian, kemajuan tidak lebih penting daripada ideologi yang diterapkan dalam masyarakat.

 

Jika masyarakat yang tinggal di wilayah tertentu mengalami kebangkitan ideologi, lambat laun kita menjadi saksi dari pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologinya. Begitu juga sebaliknya, jika suatu masyarakat mengalami kemerosotan ideologi, hal itu turut mempengaruhi semua bidangnya, termasuk perkembangan teknologi. Kerana itu, pada dasarnya tidak perlu lagi untuk menjelaskan landasan kebangkitan ideologi ini.

 

Jadi, sebagai contoh, Islam telah memimpin masyarakat Arab di jazirah Arab abad pertengahan ke arah kebangkitan ideologi, dimana dalam masa yang singkat menimbulkan perkembangan sains dan teknologi yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam era kekhilafahan Islam. Umat Islam bukan sahaja menerapkan pencapaian dalam bidang ini dari masyarakat lain, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan sains dunia.

 

Beberapa abad yang lalu negara-negara Eropah menggunapakai idea memisahkan agama dari kehidupan sebagai asas ideologi negara mereka sendiri sehingga menghapuskan kuasa gereja yang menjadi parasit terhadap rakyatnya. Penggunaan idea ini ternyata turut menimbulkan banyak penemuan penting dalam sains dan teknologi. Situasi ini juga berlaku dalam sektor pertanian Rusia pada awal abad yang lalu apabila idea komunisme dan sosialisme, yang diterima pakai di peringkat negara, telah mengubah USSR menjadi salah satu kuasa utama dalam 20 tahun (dari tahun 1917 hingga 1939). Hubungan antara perkembangan ilmu pengetahuan dan penerapan ideologi tertentu oleh masyarakat adalah disebabkan setiap ideologi menjelaskan kaedah tertentu untuk memenuhi keperluan masyarakat; salah satunya ialah tuntutan kemajuan sains dan teknologi.

 

Oleh itu, kapitalisme telah membuat kemajuan dengan memberi kebebasan mutlak tanpa had kepada orang ramai. Pendekatan sedemikian membawa kepada perkembangan sains yang pernah dikekang oleh pemerintahan diktator dan penapisan keras oleh gereja Kristian. Perlu diingat bahawa kesan sampingan pendekatan ini adalah kemerosotan nilai rohani, moral, dan kemanusiaan yang hampir sempurna dalam masyarakat ini; indikator yang jelas adalah keruntuhan meluas institusi keluarga di negara-negara Barat.

 

Komunisme telah membuat kemajuan dengan menggunakan konsepnya bahawa “manusia seperti gerigi pada roda”. Kawalan ketat yang dilaksanakan oleh negara, dalam jangka pendek mungkin menimbulkan beberapa perkembangan, tetapi kemudian apabila negara komunisme runtuh tanpa adanya  rintangan yang bermakna, ia meninggalkan bebanan masalah yang terkumpul akibat daripada pendekatan yang salah ini.

 

Dengan demikian, bentuk-bentuk pemerintahan buatan manusia secara pasti mengarah pada fakta bahawa setelah menghasilkan satu aspek positif, aspek lain yang tak kurang pentingnya menjadi hancur.

 

Adapun Islam menganggap perkembangan ilmu pengetahuan termasuk sains dan teknologi itu universal, semua orang secara umum diperbolehkan untuk mengadopsi pengetahuan dari orang lain.

 

(أنتم لم دنياكم)

“Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.” (HR. Muslim).

 

Selain itu, Islam telah menetapkan beberapa undang-undang lain yang secara langsung memberikan stimulus bagi perkembangan ilmu pengetahuan sains dan teknologi. Sebagai contoh, salah satunya adalah prinsip yang sudah sangat dikenal berikut:

 

Islam menganggap kemaslahatan yang diwujudkan seorang Muslim bagi masyarakatnya sebagai sedekah jariah, yang mengalirkan pahala dari Allah bahkan setelah muslim tersebut meninggal dunia. Penemuan-penemuan sains juga termasuk dalam definisi ini.

 

Oleh kerana itu, umat Islam berusaha, misalnya, untuk menggali sumur agar dapat mengalirkan pahala kepada yang menggali sekalipun dia telah meninggal, disebabkan banyak orang yang menggunakannya (mendapat manfaat darinya). Umat Islam juga berusaha untuk menyumbang dalam bidang penemuan ilmiah kerana mengetahui bahawa mereka telah memudahkan kehidupan sehari-hari masyarakat. Sebagai usaha untuk melakukan amal jariah juga, banyak penguasa Muslim dan para khalifah telah mengelola dan membiayai pusat-pusat ilmu pengetahuan sains dan laboratorium, yang dahulu banyak menghiasi ibu kota Khilafah Islam.

 

Sayangnya, dalam artikel ini kami tidak dapat menyenaraikan kesemua hukum syariat yang berkaitan dengan masalah ini.

 

Adapun kemunduran ilmu sains dan teknologi dalam dunia Islam pada hari ini bukanlah disebabkan Islam; sebaliknya, perkara itu disebabkan dominasi kediktatoran sekular yang ditopang oleh Barat. Dengan mengakhiri dominasi ini dalam waktu dekat dan menerapkan konsep-konsep Islam yang menstimulus perkembangan sains, umat Islam sudah pasti akan dapat kembali memimpin dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi.

 

Ditulis untuk Pejabat Media Hizbut Tahrir oleh

Fazyl Amzaev

Ketua Pejabat Media Hizbut Tahrir di Ukraine

 

Exit mobile version