Site icon MuslimahHTM News

Kejatuhan Ringgit Akibat Ketidakadilan USD

[SAUTUN NAHDHAH | SN616] Kejatuhan Ringgit Akibat Ketidakadilan USD

 

Awal bulan September ini kita dikejutkan oleh kejatuhan nilai ringgit ke paras terendah yang pernah dicatatkan sejak krisis kewangan 1997 di mana kadar tukaran 1USD adalah bersamaan dengan lebih RM4.50. Kemerosotan nilai ringgit berlaku apabila ramai pelabur beralih kepada matawang yang lebih selamat ekoran prospek ekonomi global  yang  tidak  menentu.  Pakar  Ekonomi,  Dr  Nungsari Ahmad Radhi berkata kedudukan mata wang dolar AS yang semakin mengukuh berbanding mata wang di kebanyakan negara disebabkan negara itu secara agresif menaikkan kadar faedah sekali gus menarik dana bagi mengukuhkan dolar AS. [Sinar  Harian,  08  September 2022].  Manakala  seorang  lagi penganalisis memberitahu Bernama, dengan permintaan yang terus memihak kepada dolar AS, ringgit akan terus merosot. “Pelabur tidak melihat ringgit sebagai mata wang yang kompetitif buat masa ini. Kami berpendapat ringgit mungkin terus berada pada tren yang lebih lemah sehingga kerajaan mengumumkan  langkah-langkah  untuk  meningkatkan ekonomi,” katanya. [Sinar Harian, 12 September 2022].

 

Di sebalik kejatuhan nilai ringgit, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pula dilihat cuba mempertahankan dasar kerajaan dan lebih gembira apabila nilai ringgit yang rendah boleh meningkatkan eksport negara. Beliau berkata, prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain di dunia. “Yang penting, sebagai sebuah negara pengeksport, nilai ringgit yang rendah berbanding dolar AS juga memberi kesan positif kepada pendapatan eksport negara [Sinar Harian , 13 Sept 2022]. Siapa yang untung jika eksport negara meningkat? Adakah beban kewangan rakyat dapat dikurangkan dengan peningkatan eksport? Yang pasti, para pemain industri dan kapitalislah yang untung kerana barang-barang mereka laku di luar negara.

 

Impak kejatuhan ringgit kepada rakyat

 

Walaupun Menteri Kewangan mengatakan kejatuhan ringgit baik untuk pengeksport tempatan, namun majoriti rakyat Malaysia terpaksa menanggung kesan negatifnya. Kemerosotan nilai ringgit akan menyebabkan :

  1. 1. Barangan import yang mahal – Barangan yang diimport yang dijual di Malaysia akan menjadi lebih mahal kerana Malaysia perlu mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut kerana kejatuhan nilai tukaran ringgi
  2. 2. Harga barangan akan naik – Oleh sebab kos import yang tinggi tadi, maka harga barangan keperluan turut naik. Malaysia banyak mengimport barangan keperluan terutamanya  makanan  di mana  lebih  kurang  70  peratus bekalan makanan Malaysia diimpo Selain itu, bekalan makanan tempatan tidak juga murah kerana sebahagian besar baja untuk tanaman makanan seperti sayur-sayuran dan makanan ternakan seperti dedak juga diimport. Ini telahpun kita lihat beberapa bulan yang lalu apabila harga ayam naik mendadak akibat harga dedak yang tinggi.
  3. 3. Inflasi – Akibat daripada purata harga barang keperluan harian yang meningkat seperti makanan dan barangan lain,

 

maka rakyat akan merasai beban inflasi yang meningkat. Pada masa yang sama, pendapatan rakyat tidak meningkat atau meningkat terlalu sedikit dan tidak berkadaran dengan peningkatan inflasi. Apabila inflasi bertambah tinggi, Bank Negara mungkin akan menaikkan OPR lagi, seterusnya akan menyebabkan bayaran bulanan hutang meningkat yang akan menambahkan lagi beban rakyat.

 

  1. 4. Kuasa beli  rakyat  di  luar  negara  berkurang  –  Nilai tukaran ringgit yang berkurangan menyebabkan kuasa beli rakyat Malaysia di luar negara menurun. Rakyat Malaysia di luar negara atas urusan belajar, bekerja, melancong ataupun yang lain perlu mengeluarkan perbelanjaan yang lebih besa Mahasiswa di luar negara juga akan terkesan kerana kuasa beli mereka mengecil dan terpaksa mengikat perut untuk meneruskan pengajian.

 

Apakah punca kejatuhan ringgit?

 

Sejak Presiden Biden melakukan provokasi terhadap Rusia pada akhir tahun lepas, perang Ukraine-Russia mula tercetus sejak Februari yang lepas. Biden mahu menundukkan dan mengalahkan Putin dengan mengadakan sekatan ekonomi atau embargo terhadap Rusia. AS mengobarkan kempen agar negara-negara di seluruh dunia tidak melakukan urusan perdagangan dengan Rusia. Faktanya Rusia merupakan pengeluar utama petroleum dan gas asli dunia, begitu juga dengan gandum dan baja. Ukraine pula hanyalah merupakan pengeluar utama gandum dan baja.

 

Akibat dari embargo ini, bekalan minyak, gas asli dan makanan menjadi ‘kurang’ bukan kerana bekalan  benar-benar kurang tetapi ia merupakan akibat dari sekatan oleh AS dan Eropah. Kekurangan bekalan  menyebabkan harga minyak, gas asli dan makanan naik mendadak dan ini turut berlaku di negara Uncle Sam sendiri. Keadaan bertambah buruk memandangkan AS telah mencetak wang sehingga USD 4 trillion dalam pakej rangsangan ketika pandemik Covid yang lepas dan mencetuskan inflasi yang amat tinggi. Inflasi sehingga hampir 9 peratus di AS menyebabkan rakyat AS merasai tekanan kos sara hidup dan kos tenaga yang meningkat. Mereka sangat marah dengan presiden mereka sendiri dan Biden mengakui bahawa AS sedang menghadapi dua musuh ketika ini, iaitu Rusia dan Inflasi. Ternyata kempen perang Biden di Ukraine nampaknya seperti senjata makan tuan.

 

Demi menurunkan inflasi dengan cepat, cara paling mudah bagi AS adalah melalui dasar monetarinya. AS telah menaikkan kadar faedah (interest rate) bagi dolar AS secara agresif. Kadar faedah dolar yang tinggi bermakna mana-mana pihak yang menyimpan wang dalam USD akan mendapat dividen yang lebih tinggi pada masa akan datang. Oleh sebab itulah ramai para pelabur seluruh dunia berebut-rebut untuk menukarkan matawang mereka kepada dolar dan menyimpannya di AS demi keuntungan yang menggiurkan ini. Permintaan USD yang tinggi telah menyebabkan matawang lain termasuk ringgit ditinggalkan. Permintaan wang fiat  USD  yang  berlebihan  tanpa  sandaran  komoditi  seperti emas dan perak justeru akan menyebabkan USD dinilai secara berlebihan berbanding nilai asal (overvalued).

 

Solusi daripada Islam

Wang fiat ialah matawang yang tidak disandarkan kepada emas atau perak, tetapi dijamin oleh kerajaan yang mengeluarkannya. Berbeza dengan nilai emas dan perak yang diperoleh dari nilai intrinsiknya, nilai wang fiat ditentukan oleh hubungan antara penawaran dan permintaan wang tersebut serta stabiliti kerajaan yang mengeluarkannya. Jika permintaan meningkat, maka nilai wang tersebut naik sehingga boleh menjadi berlebihan (overvalued). Sebaliknya, jika penawaran menjadi terlalu banyak, maka nilai wang tersebut akan jatuh sehingga boleh hilang nilainya (hyperinflasi). Sejak AS menaikkan kadar faedah USD, permintaan USD yang tinggi menyebabkan nilai USD meningkat, sedangkan permintaan ringgit berkurang lalu nilai ringgit pula merosot. Inilah masalah kadar tukaran matawang dalam wang fiat, di mana matawang yang dominan akan melemahkan matawang yang lain menyebabkan berlakunya ketidakadilan perdagangan antarabangsa. Matawang dominan sentiasa mempunyai kuasa beli yang lebih berbanding matawang lain.

 

Dalam Islam Rasulullah  SAW  tela menetapkan emas da perak sebagai standar matawang. Ukuran nila barang dan tenaga dikembalikan kepada standard emas dan perak.  Semua bentuk transaksi ekonomi dan muamalah dijalankan atas standard ini. Malah baginda telah menentukan standard berat timbangan emas  dan  perak  berdasarkan  timbangan  penduduk  Mekah. Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Timbangan tersebut adalah timbangan penduduk Mekah” [HR Abu Dawwud dan an-Nasa’i]

 

Negara Islam Khilafah akan menerapkan sunnah Baginda SAW dalam menerapkan sistem matawang emas dan perak, bukan sistem wang fiat seperti mana yang diterapkan sekarang. Selain itu, sistem matawang emas dan perak juga akan memastikan kadar nilai tukar matawang antara negara adalah tetap. Nilai tukar yang tetap akan mendorong peningkatan  perdagangan  antarabangsa  kerana  para pedagang  tidak  takut bersaing.    Malahan sistem matawang dwilogam ini juga akan membatasi semua matawang di antara negara di dunia dengan standard emas dan perak. Dengan system ini, masalah kebergantungan kepada matawang dominan (hard currency) dapat dihilangkan dan keadilan dalam perdagangan antarabangsa dapat diraih.

 

Khatimah

 

Sesungguhnya sistem matawang fiat ini telah dimanipulasikan   oleh   AS   demi   melindungi   ekonominya daripada runtuh. Tindakan-tindakan AS dalam menguatkan USD  telah  mengakibatkan  negara-negara  lain  mengalami kesan negatif dan rakyat mereka menjadi sengsara. Sehingga kini,  negara-negara  lain  termasuk  Rusia  dan  China  masih belum mampu menghapuskan dominasi USD yang tidak adil dalam ekonomi global. Hanya dengan berdirinya Daulah Khilafah,  sistem  matawang  Islam  bersandarkan  emas  dan perak akan diterapkan   dan mengakhiri dominasi USD. Insyallah.

 

Exit mobile version