Site icon MuslimahHTM News

Negara Merupakan Entiti Eksekutif untuk Sekumpulan Konsep, Standard, dan Keyakinan

[Soal-Jawab] Negara Merupakan Entiti Eksekutif untuk Sekumpulan Konsep, Standard, dan Keyakinan

Oleh: Sheikh ‘Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah

 

Soalan: Assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.

Sebelum pertanyaan saya, saya dan banyak ikhwah saya di dalam dakwah mendoakan kebaikan, panjang umur, dan kebaikan amal untuk anda. Amin.

Adapun pertanyaan saya adalah tentang penjelasan ungkapan yang ada dalam Muqaddimah ad-Dustûr: “Negara merupakan Entiti eksekutif untuk sekumpulan konsep-konsep, standard, dan keyakinan (al-mafâhîm wa al-maqâyîs wa al-qanâ’ât)”. Ketiga lafaz ini, apakah maksudnya yang tepat berserta contohnya?

Semoga Allah memuliakan anda dan melimpahkan keberkahan pada anda.

 

Jawapan:

 

Wa’alaikumussalam wa rahmatullah wa barakatuh.

Di awal, semoga Allah melimpahkan keberkahan pada anda dan ikhwah anda atas doa kebaikan anda semua untuk kami, dan kami juga memohon kepada Allah Swt. kebaikan untuk anda semua.

 

Pertanyaan anda menunjuk kepada redaksi yang ada dalam kitab Muqaddimah ad-Dustûr Juz I Pasal 1, iaitu, “Dan dari sini, negara didefinisikan sebagai entiti eksekutif untuk sekumpulan konsep, standard, dan keyakinan yang diterima oleh sekumpulan manusia”.

 

Berkaitan dengan redaksi ini, bukan hanya dinyatakan dalam Muqaddimah ad-Dustûr, tetapi turut dinyatakan dalam kitab-kitab lainnya seperti kitab Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyah  Juz II. Di situ dinyatakan, “Kerana entiti umat merupakan sekumpulan manusia beserta sekumpulan konsep, standard, dan keyakinan (al-mafâhîm wa al-maqâyîs wa al-qanâ’ât). Dan entiti negara merupakan sekumpulan dari manusia yang memiliki kekuasaan pemerintahan beserta sekumpulan Konsep-konsep, standard, dan keyakinan (al-mafâhîm wa al-maqâyîs wa al-qanâ’ât)”.

 

Namun, kitab yang paling banyak memuatkan redaksi ini adalah kitab Dukhûl al-Mujtama’, yang mana di dalamnya redaksi ini telah dinyatakan puluhan kali.

 

Dengan mendalami redaksi ini menjadi jelas bahawa ada perbezaan di antara tiga istilah “Konsep-konsep, standard, dan keyakinan –al-mafâhîm, al-maqâyîs, al-qanâ’ât)” secara umum dan khusus sebagaimana yang mereka katakan.

 

Penjelasan hal itu sebagai berikut:

 

 

[[ Konsep-konsep (al-mafâhîm) adalah makna pemikiran, bukan makna lafaz. Lafaz adalah ucapan (kalam) yang menunjukkan makna-makna yang kadang itu ada di realiti dan kadang tidak ada.

 

Seorang penyair ketika berkata:

Dan di antara kesatria ada seseorang yang jika engkau menyerang untuk menghancurkannya

 *** Ia bagaikan piramid besi yang amat kukuh.

(Tetapi) jika engkau lontarkan kebenaran pada kulitnya

*** Ia luluh keperkasaannya dan lemaslah ia.

 

Makna ini ada dalam realiti dan dapat difahami walaupun memahaminya memerlukan kedalaman dan kecemerlangan.

 

Akan tetapi, seorang penyair ketika berkata:

Mereka berkata: apakah ia mampu menembuskan tombak pada dua orang tentera sekaligus

*** pada hari pertempuran dan ia tidak memandangnya sebagai hal yang dahsyat.

Maka aku jawab: andai panjang tombaknya

*** satu batu, tentu akan menembus banyak tentera sepanjang satu batu.

 

Makna syair ini tidak ada sama sekali. Seseorang tidak mampu menembuskan tombak pada dua orang tentera sekaligus dengan satu tikaman, dan tidak ada seorang pun yang bertanyakan pertanyaan ini. Ia tidak mungkin menembuskan tombak pada tentera sepanjang satu batu. Makna-makna kalimat ini, dapat dijelaskan dan ditafsirkan lafaz-lafaznya.

 

Adapun makna pemikiran, jika makna yang dikandung oleh lafaz ini memiliki fakta yang dapat diindera atau dibayangkan oleh fikiran seperti sesuatu yang terindera dan dibenarkan, maka makna ini menjadi pemahaman (mafhum) pada orang yang menginderanya atau membayangkannya dan membenarkannya.

 

Sebaliknya, tidak menjadi pemahaman (mafhum) pada orang yang tidak menginderanya dan tidak membayangkannya, meskipun makna ini difahami dari kalimat yang dikatakan  kepadanya atau yang dia baca.

 

Jadi, pemahaman adalah makna-makna yang difahami dan memiliki fakta di dalam benak/fikiran, baik berupa fakta yang dapat diindera di luar atau berupa fakta yang dapat dirasakan bahawa itu ada di luar dengan penerimaan berdasarkan fakta yang dapat diindera. Selain yang demikian dari makna-makna lafaz dan kalimat tidak disebut sebagai pemahaman (mafhum), melainkan itu hanya berupa informasi.]]

Selesai.

Atas dasar itu, setiap pemikiran yang dibenarkan, maka disebut sebagai pemahaman (mafhum), tanpa mengira sempit atau luasnya makna yang dikandung oleh pemahaman itu.

 

 

Contohnya, pemahaman halal dan haram adalah pemahaman yang meliputi semua perbuatan-perbuatan manusia. Pemahaman halal dan haram merupakan standard perbuatan manusia, jadi tidak hanya berkaitan dengan satu perkara saja, tetapi pemahaman ini dalam keadaan ini merupakan standard yang dengannya pemikiran dan pemahaman lainnya diukur.

 

Contoh, pemahaman bahawa hukum asal pada sesuatu adalah mubah, merupakan standard yang dengannya banyak perkara diukur dan tidak terbatas pada satu perkara. Contoh, pemahaman tujuan tidak menghalalkan wasilah. Pemahaman ini merupakan standard untuk banyak aktiviti-aktiviti politik dan bukan aktiviti politik. Itu merupakan standard yang dengannya banyak pemikiran-pemikiran dan aktiviti politik diukur.

 

Begitulah, standard (al-miqyâs) itu dari sisi keluasannya adalah lebih umum dari pemahaman (al-mafhûm). Dan sebaliknya, standard itu lebih khusus dari pemahaman dengan kedudukan istilah pemahaman (al-mafhûm) digunakan terhadap pemikiran-pemikiran parsial (separa) sebagaimana juga digunakan terhadap standard.

 

Dengan ini menjadi jelas bahawa setiap standard merupakan pemikiran dan pemahaman bagi orang yang membenarkannya, tetapi bukan setiap pemahaman merupakan standard, sebab pemahaman itu kadangkala merupakan pemikiran cabang, dan kadangkala merupakan standard. Adapun standard (al-miqyâs), maka tidak ada kecuali merupakan perkara yang di atasnya dibangun dan diukur (di-qiyas-kan) cabang-cabang. Jadi standard (al-miqyâs) bukan berupa pemikiran cabang.

 

 

Ada sebahagian pemahaman dan standard yang wajib mencapai darjat keyakinan dalam individu dan masyarakat untuk menjaga individu dan umat itu sendiri. Hal ini seperti, pemahaman dan standard bahawa hukum asal pada perbuatan adalah terikat dengan hukum syarak (al-ashlu fi al-af’âl at-taqayyud bi al-hukmi asy-syar’iy). Dan contoh lainnya, Konsep ketaatan, seperti jihad, tawakal kepada Allah, dan sebagainya.

 

Dengan pertimbangan yang telah disebutkan di atas tentang keyakinan (al-qanâ’ât), maka setiap keyakinan adalah pemahaman atau standard, tetapi bukan setiap pemahaman atau standard merupakan keyakinan. Ini kerana pemahaman dan standard yang tidak tertancap kuat di dalam jiwa dan dalam masyarakat tidak mencapai darjat keyakinan walaupun pemahaman dan standard itu dibenarkan. Ini bermaksud, keduanya tidak mencapai darjat menancap, terpusat dan stabil, yang mana terhadapnya digunakan istilah keyakinan.

 

Ini tentu saja tidak bererti bahawa manusia itu tidak yakin dengan pemahaman atau standard itu dengan makna bahasa untuk keyakinan. Hal itu kerana mereka membenarkan pemahaman atau standard itu. Akan tetapi, pemahaman atau standard itu tidak mencapai sifat keyakinan dengan makna istilahnya, meski keduanya menjadi pemahaman dan standard.

 

Dinyatakan di kitab Nizhâm al-Ijtimâ’î halaman 11 file word:

[[ adapun sebab kekacauan pemikiran dan penyimpangan dalam pemahaman dari kebenaran ini maka hal itu kembali kepada perang besar-besaran yang dilancarkan oleh peradaban barat dan mengambil kawalan penuh terhadap pemikiran dan selera kita sekaligus mengubah pemahaman kita tentang kehidupan dan standard kita untuk sesuatu serta keyakinan-keyakinan kita yang dahulu tertancap di jiwa kita semisal girah kita terhadap Islam dan pengagungan kita kepada kesucian-kesuciannya.]]  Selesai.

 

Ringkasnya: pemikiran itu walaupun berupa pemikiran cabang dan mendapat pembenaran, maka merupakan pemahaman (mafhum). Jika pemikiran itu menjadi asas yang di atasnya dibangun pemikiran-pemikiran cabang dan terjadi pembenaran dengannya, maka pemahaman ini menjadi standard (miqyâs). Pemahaman dan standard itu jika tertancap kuat di dalam jiwa dan dalam masyarakat serta umat, maka menjadi keyakinan (al-qanâ’ât).

 

Dengan ini, telah jelas maksud dari penggunaan ketiga-tiga istilah ini dan nampak jelas pentingnya membezakannya ketika berjuang mewujudkan perubahan masyarakat dan menegakkan negara.

 

Hizb ketika berjuang di tengah umat untuk mengubah umat mestilah memahami dan menyedari pemikiran-pemikiran cabang yang ingin diubahnya menjadi pemahaman di tengah umat, dan mestilah menyedari standard-standard yang ingin diwujudkan pada umat. Ia juga hendaklah menyedari pemahaman-pemahaman dan standard-standard yang ingin dijadikannya dengan mengambil peranan mengakar yang tertancap kuat dalam jiwa dan dalam masyarakat serta umat agar menjadi keyakinan yang sukar dicabut.

 

Dengan ini, Hizb mampu menetapkan keutamaan-keutamaan dalam perjuangan sebelum tegaknya daulah dan setelah tegaknya dengan lebih memfokuskannya pada pemahaman dan standard yang lebih penting dan lebih diperlukan untuk menjaga umat dan negara, sehinggalah hizb memberi perhatian lebih besar dan berjuang untuk mengubahnya menjadi keyakinan-keyakinan yang tidak mungkin dipindahkan dengan mudah dari jiwa.

Saya berharap jawapan ini jelas.

 

Exit mobile version