[Tokoh Inspirasi] Fatimah binti Ubaidillah, Ibu Imam Syafie
Siapa yang tidak kenal dengan Imam Syafie? Ketokohan dan kepakaran Imam Syafie tersohor seantero dunia. Dia adalah pendiri mazhab fikih dan ahli dalam segala bidang keilmuan. Karya-karyanya diakui dan menjadi rujukan utama. Kehebatan sang tokoh tidak terlepas dari peranan ibunya, Fatimah binti Ubaidillah Azdiyah.
Nasabnya dari suku Al-Azd di Yaman, seperti dikuatkan oleh Al-Baihaqi. Sedangkan, menurut sejarawan lain, Fatimah adalah Ahlul Bait, keturunan Rasulullah saw. dari jalur Ubaidillah bin Hasan bin Husein bin Ali bin Abi Thalib. Beliau adalah madrasah pertama bagi Syafie. Sejak berumur dua tahun, Fatimah terpaksa membesarkan buah hatinya itu sendirian. Ini lantaran sang suami, Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie, meninggal di Gaza. Fatimah seorang yang cerdas. Dia adalah sosok yang tegar dan tidak pernah mengeluh. Ketika suaminya wafat, tidak sedikit pun harta dia warisi. Dengan keadaan serba kekurangan, dia berjuang untuk memberikan yang terbaik buat anaknya, Syafie. Keinginannya satu, kelak buah hatinya tersebut menjadi figura hebat dan bermanfaat bagi semua.
Mereka pun berpindah ke Mekah. Kota suci itu dipilih agar Fatimah dapat mempertemukan Syafie dengan keluarga besarnya dari Suku Quraisy. Syafie menuturkan, langkah ini ditempuh ibundanya kerana dia khuatir hidup Syafie sia-sia. “Ibuku mahu aku menjadi seperti keluarga di Mekah. Ibuku takut kalau aku kehilangan nama besar keluargaku apabila aku terus tinggal dan membesar di luar Mekah.” Bukan hanya itu, Fatimah mahu anaknya belajar bahasa Arab dari Suku Hudzail. Kononnya, kabilah ini terkenal dengan kefasihan bahasa. Ajaran ini kelak membekas. Imam Syafie bukan hanya dikenali sebagai ahli fikih, melainkan pakar seni sastera dengan kumpulan puisi gubahannya. Imam Asymal (pakar bahasa Arab) berkata, “Aku membaca syair-syair dari Suku Hudzail di depan pemuda dari Quraisy yang bernama Muhammad bin Idris (nama Imam Syafie).” Selain bahasa, di Mekah banyak bertaburan guru-guru agama.
Miskin
Di Mekah, Fatimah tinggal bersama Syafie kecil di Kampung Al-Khaif. Nasab mereka tinggi dan terhormat, tetapi taraf ekonomi mereka di sangat rendah. Syafie menuturkan sendiri tentang keadaan ibunya yang miskin. “Aku membesar sebagai seorang anak yatim di bawah asuhan ibuku, dan tidak ada harta pada beliau yang dapat diberikan kepada guruku. Ketika itu guruku merasa lega apabila aku menggantikannya saat dia pergi,” kenangnya.
Namun, kemiskinan tidak pernah membuatkan Syafie kisah apatah lagi patah semangat kerana sang ibunda selalu berada di sampingnya, mendoakan, mendampingi, serta memberi semangat. Imam Syafie berkata, “Tidak akan berjaya orang yang menuntut ilmu, kecuali menuntutnya dalam keadaan susah.” Dalam keadaan ini, Fatimah mengajarkan agar anaknya kelak memahami perasaan dan kehidupan masyarakat miskin. Syafie beruntung kerana dikurniai kecerdasan otak. Anugerah ini dimaksimalkan Fatimah. Dia tahu akan kemampuan daya fikir anaknya itu sangat luar biasa. Dia juga turut mengajar dan membimbing sendiri hafalan Al-Quran buah hatinya itu.
Syahdan, Syafie berjaya menghafalnya di usia tujuh tahun. Agar lebih berkualiti, Fatimah mengajak anaknya menyemak hafalan dengan Syeikh Ismail Qusthanthin di Mekah, dan belajar tafsir dengan Abdullah bin Abbas. Setelah itu, Imam Syafie mulai menghafal hadis-hadis Rasulullah. Dedikasi dan kedisiplinan Fatimah mencetak keperibadian dan intelektual sang anak begitu kuat. Sering kali, dia tidak membukakan pintu rumah dan menyuruh anaknya itu kembali mencari ilmu.
Berpisah
Muncul keinginan Syafie menuntut ilmu di luar Mekah. Ketika itu, dia berumur 15 tahun. Namun, dia dilanda kebimbangan lantaran perlu meninggalkan sang ibu seorang diri. Tetapi, justeru Fatimah memberikan sokongan penuh terhadap hasrat anaknya itu.
Ibundanya itu sangat yakin bahawa Allah Swt.-lah yang akan menjaganya. Dia membekalkan puteranya dengan rentetan doa. Kedua tangannya memeluk erat sang putera disertai dengan linangan air mata. Dia tidak hanya dikenali dengan kejayaannya mencetak generasi andal. Namun, Fatimah juga terkenal sebagai ahli ibadah, sosok yang genius, tegas, dan mempunyai disiplin yang tinggi.
Sumber: https://muslimahnews.net/2022/08/31/10730/
#tokohinspirasi #fatimah #imamsyafie #ibuimamsyafie #muslimahsolehah #pencetakgenerasi