[Nafsiyah] Kezaliman dan Pelakunya Pasti Musnah
Penulis: Felix Siauw
Keadilan itu merupakan asas bagi tertegaknya sebuah negara. Andai keadilan itu tidak dirasakan dan tidak diterapkan, maka boleh dipastikan negara itu tinggal menunggu kehancurannya.
Lawan bagi adil adalah zalim, dan Allah menegaskan bahawa kezaliman dan pelakunya akan musnah. Walaupun kini kezaliman itu dipertontonkan secara jelas dan terang-terangan.
Kita naif kalau kita menganggap perjuangan dakwah itu tidak ada halangannya. Bahkan para Nabi, syuhada, siddiqin, solihin, telah menunjukkan contoh pada kita, bahawa jalan lurus itu pasti penuh dengan luka dan duka.
Menyampaikan kebenaran yang datang dari Allah itu pasti pahit. Jangankan cucunya, malah datuk kepada sebaik-baik manusia juga terus-menerus ingin dihina oleh manusia. Allah turut dipermain-mainkan.
Tapi begitulah senario di jalan Allah. Ada yang Allah pilih untuk menjadi sebab kemenangan bagi kaum yang beriman. Ada yang Allah pilih untuk menjadi sebab kejatuhan bagi kezaliman dan pengikutnya.
Menumpahkan darah, menyeksa, memfitnah, merekayasa, menangkap, dan memenjarakan. Itulah keputusan mesyuarat di Darun Nadwah, di mana mereka fikir mereka boleh menang dengan kezaliman.
Dalam Sirah Nabawiyah, itu merupakan satu sebab sebelum pertolongan Allah dengan penghijrahan ke Madinah. Ketika kezaliman sudah tidak lagi malu-malu, lalu terburu-buru agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua orang.
Ketika ulama dipakaikan baju tahanan, sementara para penjahat dibiarkan memakai baju seragam. Saat itulah keadilan langsung mendatangi Allah untuk meminta janji-Nya, untuk ditegakkan.
Setiap orang hanya melaksanakan tugasnya. Dan tugas kita ialah menjaga tinta pena agar tetap basah, selalu berzikir, dan berdoa memohon agar darah kita tetap merah.
Pentas ketamadunan telah ditetapkan, tirai persembahan telah ditanggalkan, jangan berundur dari kebenaran. Supaya esok anak-anak kita masih memiliki contoh, tentang MANUSIA YANG TIDAK TERBELI.

