Site icon MuslimahHTM News

Ketika Kekuasaan Bukan Kebanggaan

Ketika Kekuasaan Bukan Kebanggaan

 

Penulis: K.H. Hafidz Abdurrahman

 

Ketika Abu Dzar ra. meminta jawatan daripada Nabi SAW, dengan penuh kasih sayang Baginda mengingatkan, “Wahai Abu Dzar, sesungguhnya kamu lemah. Sedangkan jawatan itu satu amanah. Jawatan itu kelak pada hari Kiamat akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan sebenar-benarnya serta ditunaikan dengan sebaik-baiknya.” (HR Muslim)

 

Begitulah, Nabi SAW mengajarkan kita falsafah jawatan itu sebagai satu amanah, tanggungjawab, kewajipan, kehinaan dan penuh penyesalan. Jawatan bukanlah sebuah hak, kebanggan atau kemuliaan baik di dunia mahupun di akhirat. Ketika falsafah ini digenggam sekuatnya dan dilaksanakan sebaiknya oleh pemegang amanah, maka dia akan terselamat. Jauh sebelum menerima sebuah amanah, dia perlu mengukur kemampuannya. Layakkan dia? Jika dia merasa tidak layak atau ada yang lebih layak darinya, dia akan menolak, kerana dia tahu, kekuasaan bukanlah satu kebanggaan atau kemuliaan.

 

Umar bin al-Khattab juga berasa murka saat sebahagian Sahabat meminta beliau untuk mencalonkan puteranya, Abdullah bin Umar sebagai khalifah untuk menggantikannya. “Celakalah kamu! Tidak ada dari keluargaku yang ingin aku libatkan… cukuplah dari keluarga Umar satu orang yang diminta pertanggungjawaban terhadap urusan umat Muhammad SAW. Saya sudah membanting tulang dan meninggalkan keluargaku, jika selamat dengan hidup ala kadarnya, tanpa beban dan imbalan pun rasanya sudah bahagia.” (Ibn al-Atsir, al-Kamil fi at-Tarikh, II/219-220)

 

Begitulah keadaannya jika seorang pemimpin memahami falsafah bahawa kekuasaan bukanlah satu kehormatan melainkan kehinaan. Kerana itu, dia tidak akan pernah lalai sedikit pun terhadap urusan rakyatnya. Ketika Umar bin al-Khattab mendengar Uthman bin Al-Ash telah membawa rombongan untuk mengharungi lautan, beliau berkata, “Dia membawa mereka, sementara antara mereka dengan laut itu hanya ada papan? Demi Allah, jika sampai mereka kecelakaan, aku akan tuntut diat mereka dari Tsaqif.” Bagi Umar, tindakan Uthman itu merupakan satu kelalaian kerana dia membawa rombongan baik perahu (kapal) yang tidak layak untuk berlayar.

 

Jangankan nyawa Muslim yang disebut oleh Nabi SAW lebih berharga dari hancurnya Kaabah, bahkan haiwan yang terjatuh juga Umar takut kelak akan diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah SWT.

 

Dari Salim bin Abdillah, bahawa Umar pernah memasukkan tangannya ke dubur unta untuk memeriksanya kemudian dia berkata, “Aku sungguh sangat takut kelak akan diminta pertanggungjawaban tentang apa yang menimpamu?” (As-Suyuthi, Tarikh al-Khulafa’, hal. 110)

 

Ketika ini, falsafah jawatan itu tidak lagi menjadi amanah, tanggungjawab, kewajipan, kehinaan dan penyesalan, bahkan telah dianggap satu keuntungan, kehormatan dan segudang kemewahan seperti yang terjadi pada zaman kini. Orang bodoh, lemah serta tiada kelayakan telah berebut untuk memegang jawatan. Negara dan rakyat menjadi korban. Darah tumpah di mana-mana. Kekayaan dijarah tidak tersisa.

Exit mobile version