[Soal Jawab] Falsafah Islamiyah
Oleh: Syeikh ‘Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
Soalan:
Assalamualaikum wbt.
Dalam buku Mafâhîm li Hizb at-Tahrîr halaman 35 baris 7 dan 9 disebutkan “al-falsafah al-Islâmiyah”, sedangkan sebagaimana yang sudah maklum (diketahui bersama) menurut kita bahawa di dalam Islam tidak ada falsafah dan tidak ada ahli falsafah. Boleh jelaskan?
Semoga Allah memberikan balasan kepada Anda dengan segala kebaikan. (Asad azh-Zhahiriyah)
Jawapan:
Dinyatakan dalam buku Mafâhîm halaman 35 sebagai berikut:
(Berdasarkan hal itu, perbuatan manusia itu merupakan material yang dilakukan oleh manusia secara fizik. Hanya saja, ketika manusia melakukannya, dia menyedari hubungannya dengan Allah berupa keberadaan perbuatan ini halal atau haram, lalu dia melakukannya atau tidak melakukannya berdasarkan asas ini, kesedaran dari manusia atas hubungannya dengan Allah ini adalah ruh.
Itulah yang memaksa manusia mengetahui syariat Allah untuk membezakan perbuatan-perbuatannya sehingga dia memahami yang baik dari yang buruk ketika dia mengetahui perbuatan-perbuatan yang Allah redhai dan yang Allah murkai. Dia membezakan yang tercela dari yang terpuji ketika syarak menentukan untuknya perbuatan yang terpuji dan perbuatan yang tercela. Tujuannya agar dia melihat nilai yang mesti dipegang untuk kehidupan Islami dalam masyarakat Islami sesuai apa yang ditentukan oleh syarak.
Dengan ini, ketika dia melakukan perbuatan dan menyedari hubungannya dengan Allah, memungkinkannya untuk melakukan perbuatan atau tidak melakukannya sesuai kesedaran ini. Ini kerana dia mengetahui jenis perbuatan, sifat, dan nilainya.
Dari sini, maka falsafah Islam adalah penggabungan material dengan ruh, yakni menjadikan perbuatan dilakukan menurut perintah dan larangan Allah. Falsafah ini bersifat terus menerus mengikat untuk setiap perbuatan walau sedikit atau banyak, kecil atau besar. Hal itu merupakan penerangan kehidupan (tashwîr li al-hayâh). Kerana akidah Islamiyah adalah asas kehidupan, asas falsafah, dan asas peraturan, maka peradaban Islami yang merupakan sekumpulan konsep kehidupan dari pandangan hidup Islam, dibangun di atas asas ruhiah yang satu, iaitu akidah Islamiyah, dan penerangannya untuk kehidupan adalah penggabungan material dengan ruh, dan makna kebahagiaan dalam pandangannya adalah keredhaan Allah).
Benar, ini adalah falsafah dalam makna yang Islami (penggabungan material dengan ruh), yakni kesedaran hubungan dengan Al-Khaliq. Itu merupakan istilah yang sahih dengan makna ini.
Adapun penggunaannya dengan istilah Yunani atau seumpamanya yakni (pembahasan tentang apa yang ada di sebalik kewujudan atau di sebalik material ) maka ini diingkari oleh Islam. Dalam buku At-Tafkîr pada Pendahuluan halaman 4 disebutkan,
(Umat manusia telah menempuh perjalanan panjang dalam kehidupan ini. Dari umur zaman dan umat manusia paling banyak memperhatikan hasil-hasil akal dan hasil-hasil aktiviti berfikir tanpa memperhatikan fakta akal dan fakta berfikir. Benar bahawa ada orang yang berusaha memahami fakta akal, di antara ulama kaum muslim dan cendekiawan non-muslim, dahulu dan yang terkini, tetapi mereka gagal dalam memahami fakta ini.
Ada orang yang berusaha merumuskan metod berfikir, tetapi meskipun mereka berjaya mendapatkan hasil dalam berbagai aspek metod ini berupa pencapaian-pencapaian ilmiah, tetapi mereka tersesat dari mengetahui cara berfikir dari sisi berfikir itu sendiri, dan mereka menyesatkan para pengikut yang terpesona oleh hasil kajian bersifat ilmiah. Sebelumnya, sejak masa orang-orang Yunani dan setelah mereka, mereka terdorong dalam mencapai pengetahuan tentang berfikir dan mereka mencapai apa yang disebut logik (mantik).
Mereka berjaya sampai ke sebahagian pemikiran, tetapi mereka merosakkan pengetahuan dari sisi pengetahuan itu sendiri. Mantik (logik) menjadi bencana terhadap pengetahuan dan bukannya menjadi seperti yang diinginkan menjadi jalan untuk meraih pengetahuan dan standard kesahihannya.
Mereka terdorong dalam usaha sampai ke pengetahuan tentang berfikir, mereka juga telah sampai kepada yang disebut falsafah, atau yang dikenal hubbu al-hikmah (cinta kepada kebijaksanaan), dan mendalami apa yang berada di sebalik eksistensi, yakni apa yang ada di sebalik material. Lalu mereka mengadakan pembahasan akan indahnya pengetahuan, indahnya hasil-hasil kajian. Akan tetapi, ternyata mereka jauh dari fakta, jauh dari kebenaran. Akibatnya menjauhkan dari hakikat dan jauh dari fakta sehingga menyesatkan banyak orang dan menyimpangkan pemikiran dari kebenaran – wallahu’alam bi ash-shawâb.
Jadi, pembahasan apa yang ada dalam kitab At-Tafkîr mestilah merupakan kajian yang tenang, hati-hati, dengan perenungan, dengan izin Allah menjadi jelas hakikat tentang topik falsafah.
Saya berharap, di dalam ini ada kecukupan, Wallahualam wa ahkam.
#soaljawab #mafahimislam #falsafahislamiyah

