Memahami Hadis Larangan Penetapan Harga (Bahagian 2/2)
Penulis: Ustaz Yuana Ryan Tresna
Pendapat Lain: Penelitian Teori Larangan Campur Tangan Harga Menurut Yahya bin Umar al-Maliki
Memang hal ini ada khilafiah. Sejumlah ahli fikih Islam menyokong polisi pengaturan harga, walaupun ianya hanya dilaksanakan dalam situasi penting dan menekankan perlunya polisi harga yang adil. Mazhab Maliki dan Hanafi, mengikuti pendapat ini. Ibnu Taimiyah termasuk yang menguji pendapat-pendapat ulama mazhab dan menjawab bila penetapan dilarang dan bila dibolehkan.
Antara fokus pembahasan kitab Ahkam al-Suq adalah terkait hukum-hukum pasaran yang tercermin dalam pembahasan tentang tas’ir (penetapan harga).[13] Berkaitan dengan hal tersebut, Yahya bin Umar berpendapat bahawa al-tas’ir (penetapan harga) tidak boleh dilakukan. Ia berhujah dengan pelbagai hadis Nabi Muhammad SAW riwayat Abu Daud.
Jika kita mencermati konteks hadis tersebut, jelaslah bahawa Yahya bin Umar melarang polisi penetapan harga (tas’ir). Jika kenaikan harga yang terjadi adalah semata-mata kesan interaksi penawaran dan permintaan yang semulajadi, pemerintah tidak mempunyai hak untuk melakukan campur tangan harga.
Yahya bin Umar menyatakan bahawa pemerintah tidak boleh melakukan campur tangan, kecuali dalam dua hal, yaitu: (1) Para pedagang tidak memperdagangkan barang dagangan tertentu yang sangat diperlukan masyarakat, sehingga dapat menimbulkan kemudaratan serta merosak mekanisme pasaran; dan (2) Para pedagang melakukan praktik siyasah al-ighraq atau potongan harga (dumping) yang dapat menimbulkan persaingan yang tidak sihat serta dapat mengganggu kestabilan harga pasaran.
Dengan menganalisis pelbagai pendapat para ulama dan fukaha di atas, penulis lebih menguatkan pendapat ulama mazhab Syafi’i dan Hanbali (pendapat jumhur) yang mengatakan bahawa polisi campur tangan (penetapan) harga oleh pemerintah adalah tindakan yang dilarang dalam Islam, kecuali jika terjadi keadaan tertentu yang akan menimbulkan dharar (bahaya), maka penetapan harga oleh pemerintah menjadi suatu keharusan demi menghilangkan aspek yang membahayakan (mudarat) tersebut.
Adapun dalam keadaan normal, penjual dan pembeli diberi kebebasan untuk menentukan harga berdasarkan mekanisme pasaran, mekanisme permintaan dan penawaran, dengan prinsip sama-sama ada keredhaan di antara kedua-dua belah pihak.
Polisi Intervensi Harga Berbeza dengan Intervensi Pasaran
Campur tangan pasaran dibolehkan dalam Islam, bahkan dipraktikkan sendiri oleh Rasulullah SAW. Ketika berlaku hal-hal yang menyebabkan mekanisme pasaran terganggu, maka polisi campur tangan diperlukan. Berikut adalah beberapa contoh penyelewengan pasaran dalam Islam yang wajib dicegah dan pelakunya dijatuhkan hukuman:
· Talaqqi rukban, iaitu mencegah masuknya pedagang desa ke kota (entry barrier) kerana mengakibatkan pasaran tidak kompetitif;
· Mengurangi timbangan kerana barang yang dijual dengan harga yang sama untuk jumlah yang lebih sedikit;
· Menyembunyikan barang cacat kerana penjual mendapat harga yang baik untuk kualiti yang buruk;
· Menukar kurma kering dengan kurma basah kerana takaran kurma basah ketika kering tidak sama dengan kurma kering yang ditukar;
· Menukar satu takar kurma kualitis bagus dengan dua takar kurma kualiti sederhana kerana setiap kualiti kurma memiliki harga berbeza;
· Transaksi najasy, iaitu penjual menyuruh orang lain memuji barangnya atau menawar dengan harga tinggi agar orang lain tertarik;
· Ihtikar (menimbun), iaitu mengambil keuntungan di atas keuntungan normal dengan menjual lebih sedikit barang;
· Ghaban faa-hisy besar, iaitu menjual di atas harga pasaran akibat ketidaktahuan pembeli akan harga pasaran.
Bentuk Kezaliman dari Polisi Intervensi Harga oleh Pemerintah
Dalam polisi ekonomi konvensional,[14] bentuk polisi kawalan harga yang sering digunakan adalah menetapkan harga lebih tinggi dari harga keseimbangan pasaran yang disebut floor price (harga dasar). Polisi ini juga disebut dengan polisi harga minimum atau polisi harga terendah. Motif polisi ini adalah melindungi pengeluar dari kerugian akibat harga yang dibentuk oleh pasaran yang dianggap rendah oleh pemerintah. Maka, akan terjadi kelebihan penawaran (excess supply) di pasaran. Masalah utama dari polisi harga floor price adalah terjadinya kelebihan penawaran (excess supply).
Penetapan harga minimum akan menimbulkan gangguan dalam pasaran dan perekonomian, salah satunya adalah munculnya pasaran gelap (black market). Kemunculan pasaran gelap sentiasa disertai dengan amalan rasuah yang kotor dan kesepakatan pihak yang berkepentingan. [15]
Selain floor price, polisi penetapan harga yang sering dilakukan adalah ceiling price atau penetapan harga maksimum. Bertolak belakang dengan floor price yang menjadikan harga pasaran yang dianggap terlalu rendah sebagai dasar untuk penetapan tingkat harga minimum untuk melindungi pengeluar, maka ceiling price didasarkan pada harga pasar yang dianggap terlalu tinggi oleh pemerintah sehingga harus ditetapkan tingkat harga maksimum untuk melindungi pengguna agar barang yang dijual dapat dijangkau oleh daya belinya.
Maka, di pasaran akan terjadi kelebihan permintaan (excess demand). Dengan adanya polisi harga maksimum, pengguna mendapat tambahan surplus namun sama seperti kes floor price kedua-dua belah pihak sama-sama mengalami kerugian kehilangan surplus yang tidak dapat dinikmati oleh kedua-duanya (dead weight loss). Implikasinya, kelebihan permintaan ini akan mendorong timbulnya pasaran gelap yang selanjutnya menimbulkan korupsi, kesepakatan ketidakteraturan harga barang dan amalan rasuah.[16]
Secara umum, penetapan harga baik di bawah atau di atas harga pasaran akan menyebabkan gangguan dalam perekonomian apabila penetapan harga tersebut dilakukan pada keadaan genuine factors,[17] ertinya alasan untuk intervensi harga bukan pada keadaan darurat yakni apabila tidak dilakukan penetapan harga akan menimbulkan kerugian yang lebih besar bagi masyarakat umum.
Kesimpulan
Pertama, hadis larangan intervensi harga ini sahih kerana disandarkan terms (marfu’) kepada Nabi SAW; lengkap memiliki sanad dan matan, serta terdapat dalam kitab mashadir al-ashliyah. Para perawi dari hadis ini juga merupakan para perawi yang tsiqah. Dari teks matannya, diketahui bahwa hadis tersebut diriwayatkan secara lafzhi dan sebagiannya secara ma’nawi. Jika dicermati, di antara matan-matan hadis “larangan campur tangan harga” sebagaimana tercantum di atas, di dalamnya tidak terdapat tanaqudh ataupun ta’arudh. Demikian juga hadis ini termasuk hadis marfu’, qauli, dan haqiqi.
Kedua, dari sisi kehujahan hadis, hadis larangan campur tangan harga merupakan hadis makbul dengan kategori sahih, kerana diriwayatkan oleh perawi yang tsiqah, sanadnya muttashil (liqa’), matannya marfu’ (idhafah pada Nabi), tidak ada illat (penambahan pengurangan, dan penggantian), dan tidak ada kejanggalan (tidak bertentangan dengan Al-Quran, hadis sahih, dan akal sihat).
Berdasarkan kaedah, hadis larangan campur tangan harga juga merupakan hadis makbul yang ma’mul bih, kerana banyaknya lafaz matan hadis yang sama (baik lafzhi mahupun ma’nawi), yang semua lafaznya muhkam (lafaz dan maknanya jelas dan tegas).
Ketiga, kandungan hukum hadis ini adalah bahawa polisi penetapan harga oleh pemerintah dilarang dalam Islam. Kandungan mufradat dan maksud lafaz dari hadis ini sangat menarik kerana menggunakan uslub kinayah (kiasan). Latar belakang hadis ini berkaitan dengan terjadinya gejolak harga di Madinah. Meskipun jumhur ulama mengatakan haram bagi pemerintah melakukan campur tangan harga, tetapi ada sebahagian ulama (mazhab Hanafi dan Maliki) yang membolehkan campur tangan harga dengan catatan tertentu.
Keempat, penetapan harga oleh pemerintah baik di bawah atau di atas harga pasaran akan menyebabkan penyelewengan dalam perekonomian apabila penetapan harga tersebut dilakukan pada keadaan genuine factors, ertinya polisi campur tangan harga akan menimbulkan kerugian yang lebih besar bagi masyarakat umum, seperti akan mendorong timbulnya pasaran gelap yang selanjutnya menimbulkan kekorupan, kesepakatan, ketidakteraturan harga barang dan praktik rasuah.
Kelima, larangan penetapan harga dalam hadis tersebut konteksnya adalah larangan pihak ketiga, yakni pemerintah (kerana Rasulullah SAW pada ketika itu sebagai penguasa) untuk melakukan campur tangan harga pada mekanisme pasaran antara permintaan dan penawaran.
Keenam, campur tangan harga berbeza dengan campur tangan pasaran. Campur tangan pasaran dalam erti usaha pemerintah memastikan agar pasaran berjalan normal adalah keharusan. Hal itu dilakukan dengan normalisasi penawaran (supply) dan penghapusan pelbagai bentuk kejahatan di pasaran seperti monopoli, penimbunan, penipuan, dan lain-lain. Kenaikan harga-harga barang yang terjadi hari ini perlu dikaji penyebabnya. Jika ada hal yang membuatkan pasaran terganggu, maka pemerintah wajib melakukan normalisasi.
Ketujuh, adapun pada kes kenaikan harga minyak pada ketika ini, posisi pemerintah bukan sebagai pihak ketiga (di luar dari posisi sebagai penjual/supply dan pembeli/demand), tetapi justeru sebagai penjual. Maka, hadis ini tidak dapat diterapkan. Kerana justeru pemerintahlah yang menetapkan harga jual dengan pertimbangan tertentu. Oleh kerana polisi pemerintah dari aspek yang mendasar hingga teknikal wajib dimuhasabah kerana terbukti melanggar syariat (dalam hukum kepemilikan, dan lain-lain) dan menghasilkan polisi yang membebankan rakyat.
[1] Pasar adalah tempat bertemunya permintaan (dari pembeli) dan penawaran (dari penjual).
[2] Abdul Azim Islahi, Economic Concept of Ibn Taimiyah, (Leicester: The Islamic Foundation. 1998), hlm. 97-101.
[3] Distorsi pasar (market distortion) adalah gangguan/interupsi pada mekanisme pasar yang ideal. Mekanisme pasar ideal adalah mekanisme pasar yang dibentuk oleh kekuatan permintaan dan penawaran.
[4] Abu Daud, Sunan Abi Daud, (Riyadh: Bayt al-Afkar al-Duwaliyah. tth.), hlm. 311; Ibnu Majah, Sunan Ibn Majah, (tt.: Dar Ihya al-Kutub al-Irbatiy. tth.), hlm. 443; Tirmidzi, Sunan al-Tirmidzi, (Riyadh: Maktabah al-Ma’arif li al-Nasyr wa al-Tauri’. tth. ), cet. ke-1, hlm. 141.
[5] Umar Ibn Ali Ibn al-Mulqan, Al-Badr al-Munir fi Takhrîj al-Ahadis wa al-Atsar al-Waqi’ah fi al-Syahr al-Kabir, (tt: t.pn, t.th), juz 6, hlm. 508.
من حَدِيث أنس رَضي اللهُ عَنهُ «أَن السّعر غلا …» الحَدِيث ، كَمَا ذكره الرَّافِعِيّ رَوَاهُ أَحْمد وَأَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيّ وَابْن مَاجَه وَقَالَ التِّرْمِذِيّ : حسن صَحِيح . وَقَالَ الشَّيْخ تَقِيّ الدَّين فِي آخر «الاقتراح» : إِسْنَاده عَلَى شَرط مُسلم . وَرَوَاهُ ابْن حبَان فِي «صَحِيحه» بِلَفْظ عَن أنس «غلا السّعر عَلَى عهد رَسُول الله – صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسلم – فَقَالُوا : يَا رَسُول الله ، غلا السّعر فسعر لنا سعرًا . فَقَالَ : إِن الله هُوَ الْخَالِق الْقَابِض الباسط الرازق ، وَإِنِّي لأرجو أَن لَا.
[6] Hasyiyah al-Sanadiy ‘ala Ibn Majah, juz 4, hlm. 422., dengan teks sebagai berikut:
(غَلَى السِّعْر (بِالْكَسْرِ الَّذِي يَغْرَمُ عَلَيْهِ الثَّمَن. )فَسَعِّرْ (بِالتَّشْدِيدِ أَيْ عَيِّنْ السِّعْر لَنَا. )هُوَ الْمُسَعِّر (الَّذِي يُرْخِصُ الْأَشْيَاء وَيُغْلِيهَا أَيْ فَمَنْ سَعَّرَ فَقَدْ نَازَعَهُ فِيمَا لَهُ تَعَالَى وَلَيْسَ لِأَحَدٍ أَنْ يُنَازِع. )بِمَظْلِمَةٍ (بِكَسْرِ اللَّام هِيَ مَا تَطْلُبُهُ مِنْ عِنْد الظَّالِم مِمَّا أَخَذَهُ مِنْك.
[7] Al-Mubarakfuriy, Tuhfah al-Ahwadzi, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, t.th), juz 4, hlm. 452.
باب [ 1314 ] قوله (غلا السعر) بكسر السين وهو بالفارسية نرخ أي ارتفع السعر (سعر لنا) أمر من تسعير وهو أن يأمر السلطان أو نوابه أو كل من ولي من أمور المسلمين أمر أهل السوق أن لا يبيعوا أمتعتهم إلا بسعر كذا فيمنع من الزيادة عليه أو النقصان لمصلحة (إن الله هو المسعر) بتشديد العين المكسورة قال في النهاية أي أنه هو الذي يرخص الأشياء ويغليها فلا اعتراض لأحد
ولذلك لا يجوز التسعير انتهى (القابض الباسط) أي مضيق الرزق وغيره على من شاء كيف شاء وموسعه (وليس أحد منكم يطلبني بمظلمة) قال في المجمع مصدر ظلم واسم ما أخذ منك بغير حق وهو بكسر لام وفتحها وقد ينكر الفتح انتهى
وقد استدل بالحديث وما ورد في معناها على تحريم التسعير وأنه مظلمة ووجهه أن الناس مسلطون على أموالهم والتسعير حجر عليهم
والإمام مأمور برعاية مصلحة المسلمين وليس نظره في مصلحة المشتري برخص الثمن أولى من نظره في مصلحة البائع بتوفير الثمن وإذا تقابل الأمران وجب تمكين الفريقين من الاجتهاد لأنفسهم وإلزام صاحب السلعة أن يبيع بما لا يرضى به مناف لقوله تعالى (إلا أن تكون تجارة عن تراض) وإلى هذا ذهب جمهور العلماء وروي عن مالك أنه يجوز للإمام التسعير.
[8] Abdul Muhsin al-Ibad, Syarh Sunan Abi Daud, (t.t: t.pn., t.th), juz 18, hlm 60.9
هذا الحديث مثل الذي قبله، وفيه أن هذا إلى الله عز وجل، فهو الذي يخفض ويرفع ويبسط ويضيق، وهذه من أفعال الله عز وجل يفعل ما يشاء ويحكم ما يريد سبحانه وتعالى، وهو الذي يأتي بالخير ويأتي بالنعم، وإذا شاء أن تقل فكل ذلك يرجع إلى مشيئة الله سبحانه وتعالى. ولو ألزم التجار بسعر معين، فقد تكون السلع دخلت عليهم بأثمان غالية، فإذا ألزم التاجر أن يبيع بأقل مما اشترى فهذا يعني أنه ألزم بالخسارة، وفي ذلك ظلم له. قوله: [ (إن الله هو المسعر القابض الباسط الرزاق) ]. هذه من أفعال الله عز وجل، والقابض الباسط متقابلان، أي: تضييق الرزق وتوسيعه. والمسعر يعني أن الله هو الذي بيده كل شيء، وهو الذي يحصل منه كثرة الرزق بأيدي الناس ولا يحتاجون إلى طلب تسعير، وقد يحصل خلاف ذلك فيحتاج الناس إلى التسعير، لكن التسعير فيه ظلم للناس كما عرفنا، لكن لا يقال: إن من أسماء الله المسعر؛ لأن هذا من أفعال الله عز وجل، فالنبي صلى الله عليه وسلم يخبر عن الله بهذه الأشياء، ولا يقال: إن هذا من أسماء الله. والقابض الباسط متقابلان، قال الله: يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ [الشورى:12]، فكل منهما مرتبط بالآخر. والله هو النافع الضار لكن لا يقال: من أسماء الله النافع الضار، فالله عز وجل يوصف بأنه نافع وضار، أعني: يخبر عنه بأنه نافع ضار، لكن لا يقال: إن من أسمائه النافع الضار. والرزاق جاء في القرآن في قوله تعالى: إن الله هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ. ]الذاريات:58]، وأما الرازق فجاء في هذا الحديث، وهو إخبار عن أفعال الله سبحانه وتعالى …
[9] Yusuf Qardhawi, Bagaimana Memahami hadis Nabi (Jakarta: t.pn, 1993), hlm. 466-467.
[10] Abdul Azim Islahi, Economic Concept of Ibn Taimiyah (Leicester: The Islamic Foundation, 1998), hlm. 111.
[11] Ibnu Qudamah al-Maqdisi, Al-Mughni Syarah Matn al-Kharaqi (Kairo: Thab’ah Maktabah al-Qahirah, 1970), juz 4, hlm. 164; Khathib al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifati Ma’ani Alfazhi al-Minhaj (Beirut: Thab’ah Dar al-Ma’rifah, tt.), juz 2, hlm. 38.
[12] Abdul Azim Islahi, Economic, hlm. 111.
[13] Yahya bin Umar, Ahkam al-Suq al-Nazhar wa al-Ahkam fi Jami’ Ahwal al-Suq (Tanpa Tempat: Tanpa Penerbit, 2012), 27-85
[14] Istilah “konvensional” menjadi konvensi untuk penyebutan sistem ekonomi selain Islam, khususnya sistem ekonomi kapitalisme yang banyak dipraktikkan oleh negara-negara di dunia.
[15] Adiwarman A. Karim, Ekonomi Mikro Islami (Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada, 2010), hlm. 159.
[16] Adiwarman A. Karim., hlm. 156; Anwar Nasution, Financial Institutions and Policies in Indonesia, (Singapore: ISEAS. 1983), hlm. 67.
[17] Genuine factors adalah faktor-faktor alami yang membentuk pasar dalam suatu perekonomian, yaitu permintaan yang bersifat alami (genuine demand) dan penawaran yang juga bersifat alami (genuine supply).
Memahami Hadis Larangan Penetapan Harga (Bahagian 2/2)

