Site icon MuslimahHTM News

MENGHINDARI POPULARITI

MENGHINDARI POPULARITI

‎ إِيَّاكَ وَالشُّهْرَةَ ، فَمَا أَتَيْتُ أَحَدًا إِلَّا وَقَدْ نَهَانِي عَنِ الشُّهْرَةِ

“Hindarilah olehmu kemasyhuran (populariti), tidaklah aku mendatangi seseorang (dari ulama) melainkan dia melarangku dari kemasyhuran”. (Imam Sufyan Ats-Tsauri)

Kemasyhuran senantiasa menjadi musuh keikhlasan. Disebabkan itu, wajar jika para ulama senantiasa bersungguh-sungguh berpesan agar menghindari kemasyhuran.

Selain qaul di atas, Sufyan Ats Tsauri juga berkata,
“Waspadalah, janganlah engkau mencintai kedudukan, kerana zuhud pada kedudukan itu lebih sulit daripada zuhud pada dunia” (Hilyatul Aulia).

Ibrahim bin Adham berkata: “Tidaklah tulus kepada Allah, orang yang mencintai kemasyhuran” (Hilyatul Aulia).

Hal ini diperkuat oleh pesan Nabi saw,

عن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه مرفوعاً: «إن الله يحب العبد التَّقِيَّ، الغَنِيَّ، الخَفِيَّ».

Dari Sa’id bin Abi Waqash ra, Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa yang kaya lagi tidak menampakan dirinya” (HR Muslim)

Dihindarinya kemasyhuran kerana ada potensi ujub di dalamnya. Adapun ketika seseorang menjadi dikenali manusia akibat perbuatan baik dan manfaatnya bagi manusia, maka orang tersebut tidaklah bersalah. Sebab kemahsyuran tersebut bukanlah sesuatu yang dia usahakan.

Dalam situasi atau contoh lainnya, ketika usaha mencapai kemahsyuran itu merupakan sebahagian daripada tuntutan dakwah yang mahu tidak mahu perlu dilakukan, maka pada hemat al-faqir hal itu dapat diizinkan, selama yang bersangkutan dapat menjaga diri dari ujub dan menjaga keikhlasannya. Ini kerana, pada zaman fitnah ini, berleluasanya para pelaku kemungkaran menjadi terkenal sehingga dapat mempengaruhi orang ramai untuk berbuat keburukan. Kadang kala, untuk menangkis hal tersebut, maka orang-orang soleh perlu dipopularkan agar dikenali oleh manusia sehingga manusia dapat mengambil faedah kebaikan darinya, untuk menandingi kemungkaran yang disebarkan oleh para influencer keburukan. Sekali lagi, dengan syarat, mereka mestilah siap untuk menjaga keikhlasan hatinya.

Kerana itu, jelas kemasyhuran yang dilarang adalah kemasyhuran yang diperoleh demi masyhur itu sendiri, atau demi motif-motif duniawi lainnya. Adapun jika kemasyhuran tersebut diusahakan dalam rangka gerakan perbaikan umat, demi menjadi corong dakwah bagi umat, hal tersebut boleh menjadi amal soleh, mengikuti hukum tujuannya.

Wallahu a’lam.


Sumber: Cinta Quran Center

Exit mobile version