[Tokoh Inspirasi] Kisah Abu Qilabah
Salah seorang yang dekat dengan Nabi Muhammad saw. adalah Abu Qilabah. Selain empat sahabat Nabi, yakni Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin Khattab, Uthman bin Affan, dan Thalhah bin Ubaidillah, sosok Abu Qilabah merupakan seorang lelaki yang terakhir kali wafat. Nama penuh beliau ialah Abdullah bin Zaid al-Jarmi. Beliau sangat dikenali sebagai ahli ibadah.
Kisah kematiannya diungkap oleh Abdullah bin Muhammad seperti berikut. Dalam satu peperangan di daerah Syam, Abdullah yang merupakan tentera muslim terlepas dari rombongan dan terdampar di kawasan tanah lapang di pesisiran. Hari demi hari bekal makanannya makin berkurang, dalam masa yang sama dirinya tidak tahu hendak ke mana. Hingga akhirnya, dia melihat satu khemah yang berdiri di atas tanah lapang.
Tanpa berfikir panjang, Abdullah menghampiri khemah tersebut. Dia melihat seorang lelaki tua yang tidak mempunyai kedua tangan dan kaki. Abdullah juga mendapati bahawa pendengaran orang tersebut juga tidak normal, mata rabun, dan hanya lidah sahaja yang masih boleh berbicara.
Secara diam-diam Abdullah mendengar dan meneliti setiap kata yang keluar dari mulut orang tua tersebut. “Wahai Allah, berilah petunjuk agar aku dapat terus memuji-Mu, sehingga aku dapat bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan. Sungguh, Engkau telah melebihkan diriku atas kebanyakan manusia,” kata orang tua itu.
Tidak dapat menahan rasa hairan, Abdullah yang sebelumnya sudah mengucapkan salam dan berkata, “Wahai, Tuan. Aku mendengarmu tadi berkata demikian. Dan kau baru saja menyatakan, Allah telah melebihkanmu atas banyak orang. Nikmat Allah mana yang telah engkau syukuri?” Orang tua itu menjawab, “Adakah kau tidak nampak apa yang telah Allah lakukan padaku? Demi Allah, seandainya ada halilintar datang menyambar tubuhku, atau gunung-gunung menindihku, laut menenggelamkanku, dan bumi menelan tubuhku, aku tetap bersyukur.” Lalu, orang tua itu menunjuk bibirnya. “Aku memang tidak dapat berbuat apa-apa untuk menolongmu. Aku justeru tidak dapat bergerak walau bahaya datang mengancamku. Namun, aku mempunyai seorang anak lelaki. Dia yang menolongku, membantuku untuk berwudhuk, menyuapku makanan dan memberiku minum saat ku dahaga,” lanjutnya.
Pelik. Abdullah bahkan tidak melihat orang lain pun dalam khemah ini. Orang tua ini seperti tahu apa yang difikirkan Abdullah. Lantas, pemilik khemah ini menjelaskan lebih lanjut. “Namun, sudah tiga hari aku tidak mendengar khabarnya. Aku kehilangan dirinya. Wahai musafir, bolehkah kau menemukannya?” ucap pemilik khemah di tengah daerah pesisir pantai yang tidak ada satu orang lain pun di situ.
Dengan baik hati, Abdullah pun menolong orang tua tersebut. Dia mencari anak yang hilang itu, hingga sekian lama mencari, dia melihat pemandangan yang memilukan. Anak lelaki yang dicari sudah tidak bernyawa, meninggal akibat diterkam binatang buas. “Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un. Bagaimanakah aku akan memberitahukan berita ini kepada orang tua itu?”
Dengan wajah terkejut ketika menemukan anak lelaki tersebut sudah tidak bernafas, Abdullah memberanikan diri untuk menyampaikan berita ini. Bagaimanapun, orang tua itu perlu tahu apa yang sudah terjadi kepada anak lelaki yang dicarinya tersebut. Bagaimanapun juga, hanya Allah Swt.-lah yang dapat menentukan nasib seseorang.
Abdullah pun masuk ke dalam khemah, ” Asalamualaikum,” ujarnya. “Wa ’alaikumus-salam. Engkaukah gerangan yang tadi menemuiku?” tanya orang tua ini. “Ya,” kata Abdullah. “Bagaimana pencarianmu? Adakah engkau berjaya menemukan anakku?” tanya orang tua itu.
Namun, Abdullah seperti tidak sanggup menyatakan apa yang terjadi kepada anaknya. “Adakah Tuan pernah mendengar kisah Nabi Ayyub as.?” Abdullah cuba untuk mulai memberi penjelasan. “Ya, dia merupakan salah seorang rasul yang mulia.” “Adakah kau tahu bagaimana Allah SWT. menguji Nabi Ayyub as. dengan harta, keluarga bahkan anak-anaknya? “Ya, sudah pasti aku tahu,” jawab orang tua ini yang hairan dengan persoalan-persoalan ini. “Kemudian, adakah kau juga tahu bagaimana Nabi Ayyub as. menyikapi ujian-ujian yang diberikan Allah SWT?” tanya Abdullah. “Dia selalu bersabar, bersyukur, dan memuji Allah,” jawab orang tua tersebut. “Bahkan, Nabi Ayyub as. pun dijauhi sahabat-sahabatnya?” “Benar, dia juga tetap bersyukur kepada Allah Swt.. Apa maksudmu menceritakan perihal Nabi Ayyub as. secara tiba-tiba?” Akhirnya orang tua itu bertanya akan maksud dari perbincangan dengan Abdullah.
“Aku telah menemukan anakmu. Namun sayang, saat kutemukannya, dirinya sudah tidak bernafas. Jasadnya ada di antara gundukan pasir dan diterkam kawanan binatang buas. Semoga Allah SWT. melipatgandakan pahala engkau yang bersabar atas musibah ini,” jelas Abdullah.
“Segala puji bagi Allah. Dia telah menciptakan bagiku keturunan yang tidak bermaksiat kepada-Nya,” jawab orang tua itu. Selang beberapa waktu, orang tua sekaligus pemilik khemah tersebut meninggal dunia. “Inna lillah wa inna ilaihi roji’un,” ujar Abdullah.
Kini, Abdullah bingung. Apa yang perlu dilakukan terhadap jasad orang tua ini. Membiarkannya pun tidak sampai hati, belum lagi jika ada kawanan binatang buas yang datang, jasad orang tua itu akan diterkam buas.
Abdullah pun menutup jasadnya dengan kain yang ditemukan di dalam khemah tersebut. Dia bergegas keluar untuk meminta bantuan. Hingga beberapa waktu, Abdullah melihat dengan samar-samar beberapa orang yang jauh di sana. Mereka menunggangi kuda. Salah satu dari mereka kelihatan kemas.
Tanpa berfikir panjang, Abdullah terus menjerit dan melambaikan tangan kepada mereka dari kejauhan. Orang-orang yang menunggangi kuda tersebut menyedari panggilan Abdullah. Mereka pun mendekatinya. Mereka berkata, “Wahai saudara, apa yang terjadi padamu?” Abdullah terus menceritakan apa yang telah terjadi dan meminta kepada mereka untuk menolong menguruskan jasad orang tua tersebut. Lantas, mereka memasuki khemah dan bertanya, “Siapakah dia?” “Aku juga tidak mengenalnya, dia dalam keadaan sakit dan sangat memerlukan bantuan,” jawab Abdullah.
Lalu, rombongan penunggang kuda yang berjumlah empat orang itu terus membuka penutup wajahnya, mungkin saja salah seorang dari mereka mengenalinya. Saat penutup wajah terbuka, wajah mereka tersentak lalu menangis. Abdullah pun bingung dengan keadaan itu. Salah seorang dari mereka berkata, Subhanallah, wajah yang sentiasa bersujud kepada Allah. Mata yang selalu menunduk atas apa yang diharamkan Allah. Tubuhnya selalu sujud tatkala orang-orang dalam keadaan tidur.”
Dengan hairan, Abdullah pun bertanya, “Kalian kenal dengan orang tua ini?” “Kau tidak mengenalnya?” mereka bertanya balik kepada Abdullah. Abdullah jelas tidak tahu siapa orang tua yang dia temukan seorang diri di dalam khemah itu. Dia lantas bertanya, “Siapakah orang tua ini. Mungkin Tuan-tuan boleh memberitahuku?”
Namun, orang-orang itu kemudian memperkenalkan diri terlebih dahulu. Mereka adalah utusan khalifah yang memang ditugaskan untuk mencari tahu keberadaan orang tua tersebut. Kemudian mereka berkata, “Dia adalah Abu Qilabah al-Jarmi, sahabat Rasulullah saw. Lelaki ini, pernah dimintai oleh khalifah untuk menjadi seorang hakim. Namun, dia menolak jawatan tersebut.” “Dia membawa bersama seorang anak lelaki. Tadi kami menemukan jasad puteranya dimakan singa,” cerita pendamping utusan khalifah.
Akhirnya, Abdullah faham. Sahabat Nabi Muhammad saw. yang meninggal ini adalah Abu Qilabah yang tidak mahu terlibat menjadi ulama penguasa. Maka dari itu, dia lebih baik pergi dan tinggal di padang pasir tandus bersama anaknya. Abu Qilabah wafat pada 104 H. Utusan khalifah yang dimintai pertolongan oleh Abdullah pun menguruskan jenazah Abu Qilabah dan menyembahyangkannya. Lalu, mereka kembali ke negerinya dengan membawa khabar buruk diiringi hati yang sedih.
Sumber: https://muslimahnews.net/2022/09/21/11784/
#tokohinspirasi #abuqibalah #sahabatnabi #ahliibadah

