KEKHUATIRAN UMAR BIN AL-KHATTAB RA.
Oleh: Ustaz Arief B. Iskandar
Umar bin al-Khattab ra. adalah salah seorang di antara 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga bersama-sama Abu Bakar, Uthman, Ali, Thalhah, Zubair, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah radhiyalLaahu ‘anhum (HR Ahmad, Tirmidzi dan an-Nasai).
Namun begitu, beliau tetap sangat khuatir jika kelak tidak dimasukkan ke dalam syurga-Nya hingga beliau berkata:
*”لو نادى مُنادٍ من السماء أيها الناس إنكم داخلون الجنة كلكم أجمعون إلا رجلا واحداً لَخِفْتُ أن أكون هو.”* (الحافظ أبي نعيم أحمد بن عبد الله الأصفهاني – حلية الأولياء و طبقات الأصفياء؛ ج ١/ ص ٥٣)
“Andai kelak Malaikat dari langit (syurga) memanggil, “Hai manusia, sesungguhnya kalian akan masuk syurga semuanya, kecuali satu orang,” maka sungguh aku benar-benar takut bahawa akulah orangnya (yang dikecualikan masuk syurga)” (Al -Hafizh Abi Nu’aim Al-Asbahani, Hilyah al-Awliyaa’ wa Tabaqaat al-Asfiyaa’, 1/53).
Lalu bagaimana dengan kita yang tidak dijamin masuk syurga? Adakah kekhuatiran kita melebihi kekhuatiran Umar bin al-Khattab ra.?
AstaghfirulLaah al-‘Azhiim.
Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah, ‘alayhi tawakkaltu wa ilayhi uniib.
#muhasabahselalu #muhasabahdiri #insaf
KEKHUATIRAN UMAR BIN AL-KHATTAB RA.

