[Fikrul Islam] Iman kepada Al-Qadar (Bahagian 1/2)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Al-qadar secara bahasa mempunyai beberapa makna, di antaranya adalah qaddara al-amra, yang bermakna dabbarahu (mengaturnya). Juga bermakna qaddara al-syaia bi al-syaiy, yang bererti qasahu (menganalogkannya). Erti lain adalah qaddara rizqahu yang bermaksud dhayyaqa ‘alaihi rizqahu (mempersempit rezekinya), yakni ja’alahu qaliilan (menjadikan sedikit).
Secara istilah, al-qadar adalah ketetapan Allah atas segala sesuatu sejak azali. Dengan kata lain bahawa Allah telah menetapkan segala sesuatu yang akan terjadi—baik perbuatan mahupun bukan—sebelum Allah menciptakan semuanya. Allah Swt. berfirman,
فَاَنْجَيْنٰهُ وَاَهْلَهٗٓ اِلَّا امْرَاَتَهٗ قَدَّرْنٰهَا مِنَ الْغٰبِرِيْن
“Maka kami menyelamatkannya dan keluarganya, kecuali isterinya. Kami telah menentukan dia termasuk orang yang tertinggal (dibinasakan).” [TMQ An-Naml (27): 57].
Maksudnya, “Kami telah menuliskan hal itu dan menetapkannya sejak azali.” Dan dalam firman-Nya,
قُلْ لَّنْ يُّصِيْبَنَآ اِلَّا مَا كَتَبَ اللّٰهُ لَنَاۚ
“Katakanlah, ‘Sekali-kali tidak akan menimpa kepada kami kecuali apa yang telah dituliskan bagi kami.’” [TMQ At-Taubah (9): 51]
Maksudnya, segala sesuatu yang telah ditetapkan bagi kami sejak azali sebelum kami diciptakan. Dan dalam firman-Nya,
مآ اَصَابَ مِنْ مُّصِيْبَةٍ فِى الْاَرْضِ وَلَا فِيْٓ اَنْفُسِكُمْ اِلَّا ف كِتٰبٍ مِّنْ قَبْلِ اَنْ نَّبْرَاَهَاۗ اِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللّٰهِ يَسِيْرٌۖ
“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.” [TMQ Al-Hadid (57): 22]
Maksudnya, tiada suatu bencana yang menimpa bumi dan diri manusia, kecuali telah tertulis dalam kitab Lauhul Mahfuz yang juga bererti bahawa sesungguhnya Allah mengetahuinya sebelum menciptakannya. Ini adalah al-qadar yang wajib kita imani, baik atau buruknya berasal dari Allah, sebagaimana yang disebut dalam hadis yang mulia, yakni,
…وَتُؤْمِنُ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ، قَلَ : صَدَقْتَ
“…dan engkau beriman kepada al-qadar, baik dan buruknya. Kemudian (malaikat) mengatakan, ‘Anda benar.’”
Ketika kita membahas masalah qadha dan qadar, maka kami perlu menjelaskan bahawa yang dimaksud qadha dan qadar adalah perbuatan manusia dan khasiat berbagai benda. Ini kerana masalah yang dibahas adalah perbuatan-perbuatan manusia dan hal-hal yang lahir (al-mutawallid) dari perbuatan tersebut, yakni berbagai khasiat yang ada pada sesuatu yang digunakan oleh manusia; apakah semua itu (perbuatan dan khasiat) diciptakan dan diadakan oleh Allah? Atau diciptakan oleh manusia?
Masalah ini telah menjadi perdebatan panjang di antara berbagai kelompok umat Islam, seperti Muktazilah, Jabariah, dan Ahlus sunnah dalam kurun waktu yang lama tanpa menghasilkan jawapan yang memuaskan. Sebelum masuk kepada pembahasan qadha dan qadar, saya akan menjelaskan makna-makna kata “qadha” terlebih dahulu.
Dalam bahasa dinyatakan qadhaa-yaqdhii-qadhaa-an al-syaya, yakni membuatnya dengan suatu aturan dan kemampuan. Juga dikatakan qadha bain al-khushumain, yakni mengadili dan menyelesaikan sengketa kedua belah pihak yang bersengketa. Juga dinyatakan al-amra amdhaahu, yakni melaksanakan sesuatu.
Kata “qadha” telah tercantum pada beberapa ayat Al-Quran dalam berbagai konteks. Firman Allah Swt.,
بَدِيْعُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۗ وَاِذَا قَضٰٓى اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهٗ كُنْ فَيَكُوْنُ
“…apabila Dia telah menetapkan (qadha) sesuatu urusan, maka Dia hanya mengatakan kepadanya, ‘Jadilah’, lalu jadilah ia.” [TMQ Al-Baqarah (2): 117]
Maksudnya, ketika telah menetapkan perkara. Dan dalam firman-Nya,
هُوَ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ طِيْنٍ ثُمَّ قَضٰٓى اَجَلًا …
“Dia yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu Dia menentukan (qadha) ajal…” [TMQ Al-An’am (6): 2]
Maksudnya, Allah telah menjadikan ajal bagi makhluk yang telah diciptakan-Nya dari tanah. Dan dalam firman-Nya,
وَقَضٰى رَبُّكَ اَلَّا تَعْبُدُوْٓا اِلَّآ اِيَّاهُ…
“Dan Tuhanmu menetapkan bahawa janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya…” [TMQ Al-Israk (17): 23].
Maksudnya adalah memerintahkan suatu perkara yang pasti (qathie). Allah Swt. berfirman,
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَّلَا مُؤْمِنَةٍ اِذَا قَضَى اللّٰهُ وَرَسُوْلُهٗٓ اَمْرًا اَنْ يَّكُوْنَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ اَمْرِهِمْ…
“Tidak layak bagi seorang lelaki yang beriman dan wanita yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan (qadha) suatu perkara, malah ada pilihan lain dalam urusan mereka…” [TMQ Al-Ahzab (33): 36]
Maksudnya adalah memerintahkan dengan suatu perintah dan menghukumi dengan suatu hukum. Allah Swt. berfirman,
فَقَضٰىهُنَّ سَبْعَ سَمٰوٰتٍ…
“Maka Dia jadikan (qadha) tujuh langit…” [TMQ Fushshilat (41): 12]
Maksudnya adalah Allah menjadikan langit sebanyak tujuh langit. Dan dalam firman-Nya, …وَلٰكِنْ لِّيَقْضِيَ اللهُ اَمْرًا كَانَ مَفْعُوْلًا…
“…supaya Allah menentukan (yaqdhiya) suatu urusan yang mesti terlaksana…” [TMQ Al-Anfal (8): 42].
Maksudnya, untuk menetapkan suatu urusan yang wajib untuk dilakukan.
Allah Swt. berfirman,
…وَقُضِيَ الْاَمْرُ…
“…dan diputuskan (qudhiya) perkaranya…” [TMQ Al-Baqarah (2): 210].
Maksudnya, telah menyempurnakan suatu perkara. Allah Swt. berfirman,
… وَكَانَ اَمْرًا مَّقْضِيًّا
“…dan adalah urusan itu telah ditetapkan.” [TMQ Maryam (19): 21].
Maksudnya, urusan itu telah diputuskan oleh Allah, dan hukumnya telah ditetapkan dengan adanya perkara tersebut, yakni perbuatan yang terjadi di luar kemahuanmu (memaksamu) kerana hal itu bahagian dari qadha Allah. Selain itu masih banyak ayat yang lain.
Atas dasar itu, kata “qadha” merupakan lafaz yang mengandungi banyak makna (musytarak), di antaranya adalah ‘membuat sesuatu berdasarkan aturan/ketetapan, menyempurnakan urusan dan menentukan sesuatu dengan ketetapan, dan menetapkan urusan, memerintahkan sesuatu urusan dan menyempurnakan urusan, menutup keberadaan sesuatu, dan lain-lain sebagaimana yang telah disebutkan pada ayat-ayat di atas.
Berdasarkan hal ini, maksud dari kata “qadha” yang tercantum dalam ayat-ayat di atas, berbeza dengan masalah qadha dan qadar yang selama ini diperdebatkan oleh kalangan ahli ilmu kalam (mutakallimun). Ayat-ayat dan hadis-hadis di atas menceritakan tentang sifat-sifat Allah dan tentang “perbuatan” Allah. Sedangkan qadha dan qadar membahas tentang perbuatan hamba.
#fikrulislam #rukuniman #qadha #qadar #perbuatanmanusia #ketetapanAllah
Iman kepada Al-Qadar (Bahagian 1/2)

