Site icon MuslimahHTM News

Persoalan Terkait Berbilang Parti/Jemaah Islam (Bahagian 1/4)

[Fikrul Islam] Persoalan Terkait Berbilang Parti/Jemaah Islam (Bahagian 1/4)

Penulis: Ahmad Mahmud

 

Dalam beberapa topik yang telah dibahas sebelumnya di dalam buku ini, kami berusaha memberikan konsep yang komprehensif yang dapat dijadikan sebagai program oleh setiap harakah, parti, atau jemaah dakwah. Kami memang tidak membahasnya secara terperinci, tetapi hanya memberikan prinsip-prinsipnya yang perlu diperhatikan. Dalam hal ini, kami menyerahkan penjelasan rinci mengenai parti dakwah ini kepada para mujtahidnya masing-masing.

Sekarang ini, di lapangan dakwah terdapat banyak sekali lontaran pemikiran yang tidak berlandaskan pada asas yang benar dan banyak sekali parti dakwah yang tidak memenuhi syarat-syarat yang dituntut oleh syariat. Beberapa parti yang ada itu tidak lain sekadar merupakan perkumpulan umat Islam yang rela melakukan aktiviti yang bersifat parsial (sebahagian), yang tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah yang ada, sekalipun bersifat sebahagian, serta melalaikan pandangan yang komprehensif menurut syariat.

Beberapa parti dakwah tersebut pada dasarnya tidak mengemban Islam secara benar, yakni yang memungkinkan Islam dapat diterapkan secara sempurna di tengah-tengah kehidupan umat Islam. Parti dakwah seperti ini sangat banyak jumlahnya. Pada giIirannya, mereka menjadikan beberapa “kedai dan tanah pertanian” kehabisan segala usahanya, serta menjadikan orientasi dan aktiviti yang sahih hilang pada diri umat Islam.

Di antara banyak parti Islam ini, hanya ada sedikit sekali yang memiliki pandangan yang jauh ke depan untuk mencapai berbagai tujuan Islam dan berusaha merealisasikannya. Seandainya kita menghilangkan “tanah-tanah pertanian dan kedai-kedai” ini dari perhatian kita, seraya memfokuskan pandangan kita pada beberapa parti dakwah besar yang memiliki pandangan jauh ke depan dan aktiviti yang komprehensif, Ialu apa sebenarnya yang dikehendaki oleh syariat?

Apakah wujud satu parti dakwah yang meliputi segala aktiviti dan menunaikan apa yang dituntut oleh syariat? Atau adakah syariat membolehkan adanya banyak harakah (gerakan), selagi ianya berada di dalam batas-batas syariat, yang berusaha melakukan perubahan? Bagaimana pandangan yang benar mengenai aktiviti dakwah yang bersifat sebahagian, komprehensif, atau keseimbangan di antara keduanya? Bagaimana pula pandangan yang sahih mengenai gerakan dakwah yang bersifat Iokal atau internasional?

 

Sesungguhnya masalah kesatuan dan keragaman amal islami adanya satu atau banyak jemaah/parti dakwah telah banyak menyita perhatian serta menimbulkan sikap pro dan kontra. Ada yang berpendapat mengenai perlunya kesatuan amal islami dalam melakukan perubahan melalui satu harakah saja dan ada pula yang membolehkan amal tersebut dilakukan oleh banyak harakah.

 

Seandainya kita mengembalikan setiap cabang pembahasan ke akarnya, kita pasti akan dapat membezakan antara dalil-dalil syariat dan dalih-dalih yang hanya berfungsi sebagai pembenar saja. Seandainya kita pun memperhatikan pendapat yang mewajibkan kesatuan amal islami melalui satu harakah, kita pun pasti akan melihat bahawa kewajipan itu berada dalam dua tajuk:

 

Tajuk pertama: Kesatuan amal islami merupakan kewajipan syariat.

Tajuk kedua: Kesatuan amalan islami merupakan keperluan harakah.

 

Pertimbangan bahawa kesatuan amal islami merupakan kewajipan syariat didasarkan pada dalil-dalil berikut:

 

  1. Adanya isyarat kesatuan umat Islam dan kesatuan umat secara keseluruhan berdasarkan firman Allah Swt. berikut: “Sesungguhnya umat kalian ini adalah umat yang satu dan Akulah Tuhan kalian semua. Oleh kerana itu, hendaklah kalian menyembah-Ku.” [TMQ AI-Anbiya’ (21): 92]

 

“Sesungguhnya umat kalian ini adalah umat yang satu dan Aku-lah Tuhan kalian semua. Oleh kerana itu, hendaklah kalian bertakwa kepada-Ku.” [TMQ Al-Mukminun (23): 52]

 

  1. lsyarat di atas juga didasarkan pada sabda Rasulullah saw. berikut,

 

“Perumpamaan orang-orang mukmin itu dalam kasih sayang mereka adalah ibarat satu tubuh; jika salah satu anggotanya ada yang sakit maka seluruh tubuh akan merasakan gelisah dan demam.” (HR. Bukhari, Muslim, dan Ahmad)

 

Adanya isyarat khusus mengenai akan kewajipan adanya kesatuan dan larangan untuk berbeza pendapat berdasarkan firman Allah Swt. berikut,

 

“Janganlah kalian menjadi seperti orang-orang yang berpecah-belah dan berselisih setelah datang kepada mereka beberapa bukti yang nyata. Mereka itulah orang-orang yang layak mendapatkan azab yang pedih.” [TMQ Ali ‘Imran (3): 105]

 

“Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikit pun tanggungjawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan.” [TMQ Al-An’am (6): 159]

 

  1. Adanya kewajipan untuk membentuk satu parti dakwah, bukan banyak parti dakwah berdasarkan sabda RasuIullah saw berikut,

 

“Akan ada kebinasaan demi kebinasaan. Oleh kerana itu, siapa saja yang ingin memecah-belah urusan umat ini, sedangkan mereka dalam keadaan bersatu, maka bunuhlah dia, siapa pun orangnya.” (HR Muslim)

 

“Rasulullah saw. telah mengundang kami dan kami pun membaiat beliau. Beliau lantas menyatakan apa yang perlu kami lakukan, iaitu agar kami membaiat beliau untuk selaIu mendengar dan taat di dalam keadaan susah mahupun senang, serta di dalam keadaan sempit ataupun lapang; agar lebih mengutamakan beliau; dan agar kami tidak merebut kekuasaan yang sah. Beliau kemudian berkata, ‘Kecuali jika kalian melihat kekufuran yang nyata dan kalian memiliki bukti yang nyata di hadapan Allah’.” (HR Muslim)

 

“Jemaah itu adalah rahmat dan perpecahan itu adalah azab.” (HR Imam Ahmad)

 

“Tangan Allah selalu bersama orang-orang yang berjemaah.” (HR At-Turmudzi dan An-Nasa’i).

 

Bersambung ke bahagian 2/4 : https://wp.me/pdmUzG-1qR

 

Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam

 

#fikrulislam #parti #jemaah #kesatuanumat

Exit mobile version