Kesalahan Berfikir yang Sangat Serius
Penulis: Mohammad Fauzil Adhim
Ibrahim meninggal dunia. Tepat pada hari perginya putera Rasulullah SAW ini, tidak lama selepas itu, berlakunya gerhana. Wajar jika ada di antara sahabat yang mengaitkannya dengan kematian Ibrahim yang ketika itu masih kecil. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW pun bersabda,
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ من الناس وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ من آيَاتِ اللَّهِ فإذا رَأَيْتُمُوهُمَا فَقُومُوا فَصَلُّوا
“Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian seseorang, akan tetapi kedua-duanya adalah dua tanda kebesaran Allah. Maka apabila kamu melihat gerhana kedua-duanya, maka berdirilah dan kerjakan solat.” [HR Bukhari dan Muslim].
Mengaitkan dua peristiwa yang terjadi secara berturutan atau hampir berturutan dan mengatakan seolah-olah peristiwa tersebut memiliki hubungan sebab dan akibat, merupakan kesalahan berfikir yang serius yang berkemungkinan sangat besar akibatnya. Ini boleh membahayakan keselamatan fizikal dan boleh juga membahayakan keselamatan mental.
Lebih serius lagi, jika dibiarkan, kesalahan berfikir seperti ini dapat merosakkan akidah dan mengancam keimanan. Hal ini kerana, dalam keadaan seperti itu, dia merasakan imannya masih benar.
Dengan mengambil pengajaran dari hadis ini, kita mendapati pentingnya untuk menetapkan keputusan dengan jernih, memahami sebab dengan pasti dan tidak tergesa-gesa mengambil kesimpulan kecuali dengan adanya bukti (evidence) yang kuat, bukan sekadar peristiwa atau benda/perkara yang dibuktikan (proof).
Walaupun kita tidak memerlukannya, seperti yang ditegaskan dengan jelas oleh hadis Nabi SAW, adalah satu kesilapan untuk menganggap bahawa apa yang berlaku selepas itu berlaku sebagai akibat daripada kejadian terdahulu yang tidak ada kaitan dengannya dan ini dipanggil sebagai post hoc ergo propter hoc (peristiwa sesudah itu, ia terjadi kerana kejadian sebelumnya). Ini merupakan salah satu logical fallacy (kesalahan berfikir) yang sangat serius.
Kesalahan berfikir seperti ini mudah terjadi apabila kejadian sebelum dan sesudahnya ‘nampak sangat berhubungan’. Misalnya, selepas habis makan bayam, kemudian berlaku ‘batuk serius’, lalu dengan mudah mengatakan, “Ini terjadi gara-gara makan bayam. Hati-hati, bayam menyebabkan batuk yang sangat serius.” Padahal, waktu itu yang menyebabkannya sangat terganggu adalah kerana tersedak. Mujurlah bukan tersedak ayam geprek dengan 50 cili api.
Kesimpulan bahawa ‘bayam menyebabkan batuk’ barangkali lebih mudah dilihat kesalahan berfikirnya. Yang lebih sukar dilihat kesalahan berfikirnya adalah dua peristiwa yang memang sangat berkemungkinan mempunyai kaitan atau hubungan antara kedua-duanya. Misalnya, ada orang yang zahirnya kelihatan sihat dan cergas. Kemudian, selepas selesai disuntik oleh doktor, dua hari kemudian dia merasa sakit. Lalu dia segera menyimpulkan bahawa suntikan doktor menyebabkan orang jatuh sakit. Sedangkan sepatutnya masih perlu diperiksa terlebih dahulu samada terdapat kaitannya ataupun tidak.
https://muslimahnews.net/2022/10/19/13037/
Kesalahan Berfikir yang Sangat Serius

