Site icon MuslimahHTM News

Alasan Kita Mesti Berpihak

[Nafsiyah] Alasan Kita Mesti Berpihak
Penulis: Ustaz M. Fauzil Adhim

Ada yang bertanya, mengapa kita turut sibuk memikirkan penyerangan yang berlaku ke atas Masjidil Aqsa dan tempat-tempat lain di bumi Palestin? Berkenaan dengan Baitul Maqdis, urusan saya adalah melalukan segenap usaha agar tidak menghadapi masalah di Yaumul Hisab (Hari Pertimbangan) kerana mengabaikan apa yang berlaku di Baitul Maqdis. Petunjuk Nabi ﷺ sudah sangat jelas,

لاَ تَزَالُ طَاِئفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِيْنَ لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِيْنَ لاَيَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلاَّ مَا أَصَابَهُمْ مِنَ اْلأَوَاءِ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَالِكَ قَالُوْا ياَ رَسُوْلَ اللهِ وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ بَيْتُ الْمُقَدَّسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمُقَدَّسِ

“Akan sentiasa ada sekelompok dari umatku, kelompok yang selalu menolong kebenaran atas musuh mereka. Orang-orang yang menyelisihi mereka tidak akan membuat mereka goyah kecuali orang yang tertimpa musibah al-awa’ (cubaan) sampai datang kepada mereka ketetapan Allah (pertolongan Allah) dan mereka tetap (teguh) dalam keadaan demikian. Mereka bertanya, ‘Ya Rasulullah, di manakah mereka?’ Beliau menjawab, ‘Baitul Maqdis dan sisi Baitul Maqdis.’” (HR Ahmad)

Hadis ini menyebut Baitul Maqdis dan sisi Baitul Maqdis secara khusus, sehingga tidak ada alamat lain kecuali mereka yang berjuang menolong kebenaran atas musuh mereka. Hadis ini menunjukkan kelompok—bukan individu—yang menolong kebenaran dan mereka berada di Baitul Maqdis serta sisi Baitul Maqdis, termasuk pada zaman ini.

Pilihan kita hanya dua, membenarkan perjuangan mereka atau menyelisihi mereka. Sungguh, jika kita sekadar tidak menyelisihi mereka, maka ini pertanda selemah-lemah sikap dan sakitnya iman kita.

Adapun jika kita memperhatikan hadis lain yang konteksnya lebih luas (dalam hal ini berkaitan dengan jemaah), sebagaimana hadis dari Hudzaifah al-Yamani, maka kita hanya mempunyai tiga pilihan; pertama, membenarkan perjuangan orang-orang yang sedang menolong kebenaran atas musuh mereka di Baitul Maqdis dan sisi Baitul Maqdis. Kedua, menyelisihi mereka (خَالَفَهُمْ). Ketiga, menghinakan, memusuhi, dan menjelek-jelekkan mereka (خَذَلَهُمْ). Sebahagian ulama menyatakan bahawa maknanya bukan secara khusus Baitul Maqdis, melainkan kepada negeri Syam secara luas. Adapun Baitul Maqdis merupakan baghaian dari negeri Syam yang kelak akan menyatu kembali.

Rasulullah ﷺ bersabda,

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ

“Akan sentiasa ada sekelompok orang di antara umatku yang menang di atas kebenaran, tidaklah membahayakan mereka orang yang menghinakan (menyia-nyiakan) mereka hingga datang ketetapan Allah sementara mereka sentiasa berada dalam keadaan demikian.” (HR Muslim)

Lalu siapakah yang menyelisihi para penolong kebenaran itu pada saat mereka perlu menghadapi musuh di Baitul Maqdis serta sisi Baitul Maqdis? Siapa pula yang berpaling sehingga turut menyelisihi mereka? Jawapannya, sebahagian dari kaum muslim yang tertimpa musibah al-awa. Mereka tidak membantu, malah menyelisihi. Mereka bukan menolong, justeru menghinakan, memusuhi, dan menyerukan kaum muslim yang lain agar tidak memberikan pertolongan.

Jika kelak ada yang mencemuh orang-orang yang berjuang menolong kebenaran di Baitul Maqdis dan sisi Baitul Maqdis, tidak perlu bersedih dan bersusah hati. Kuatkanlah keyakinan kerana hal ini menunjukkan kebenaran akan hadis Nabi Rasulullah ﷺ bersabda,

لاَ يَزَالُ مِنْ أُمَّتِي أُمَّةٌ قَائِمَةٌ بِأَمْرِ اللهِ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ وَلاَ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ عَلَى ذلِكَ

“Sentiasa ada segolongan dari umatku yang selalu menegakkan perintah Allah. Tidak akan mencelakai mereka orang yang menghinakan mereka (خَذَلَهُمْ) dan orang yang menyelisihi mereka (خَالَفَهُمْ) sampai datang ketetapan Allah dan mereka tetap di atas yang demikian itu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya, pembahasan mengenai hadis di atas cukup luas. Walaupun ada perbez aan pendapat di antara ulama, apakah tempat yang dimaksud adalah Baitul Maqdis saja atau negeri Syam secara keseluruhan.

Saya hanya ingin mengingatkan, bahawa dua hadis terakhir ini konteksnya lebih luas. Tidak secara khusus berkenaan dengan Baitul Maqdis, melainkan al-jamaah secara keseluruhan.

Selain itu, bahkan seandainya tidak ada kaitan sama sekali dengan Baitul Maqdis mahupun negeri Syam, tetaplah setiap muslim dengan muslim lainnya ibarat satu tubuh; ibarat satu bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi di saat ada muslim yang kehormatannya dicabul dan martabatnya diinjak-injak, maka seburuk-buruk keadaan adalah apabila kita membiarkan kezaliman itu berlalu tanpa pembelaan. Tidaklah seseorang merasa tenang dan senang melihat kaum muslim diinjak-injak kehormatannya, kecuali jika dirinya tertimpa musibah iman.

Rasulullah ﷺ bersabda,

مَا مِنْ امْرِئٍ يَخْذُلُ امْرَأً مُسْلِمًا فِي مَوْضِعٍ تُنْتَهَكُ فِيهِ حُرْمَتُهُ وَيُنْتَقَصُ فِيهِ مِنْ عِرْضِهِ إِلَّا خَذَلَهُ اللَّهُ فِي مَوْطِنٍ يُحِبُّ فِيهِ نُصْرَتَهُ. وَمَا مِنْ امْرِئٍ يَنْصُرُ مُسْلِمًا فِي مَوْضِعٍ يُنْتَقَصُ فِيهِ مِنْ عِرْضِهِ وَيُنْتَهَكُ فِيهِ مِنْ حُرْمَتِهِ إِلَّا نَصَرَهُ اللَّهُ فِي مَوْطِنٍ يُحِبُّ نُصْرَتَه

“Tidaklah seseorang yang membiarkan seorang muslim di tempat di mana kehormatannya dilanggar dan dilecehkan, kecuali Allah akan membiarkannya di tempat yang dia menginginkan pertolongan-Nya di sana. Tidaklah seseorang menolong seorang muslim di tempat yang kehormatannya dilanggar kecuali Allah akan menolongnya di tempat yang menginginkan ditolong oleh-Nya.” (HR Abu Dawud dan Ahmad)

Bagaimana pun, kita tidak dapat menutup mata bahawa hari ini yang mengalami penindasan itu adalah Baitul Maqdis dan penolong-penolongnya. Marilah kita ingat sejenak hadis berikut. Semoga Allah Taala membukakan hati kita dan menghilangkan penyakit dari iman kita.

عَنْ مَيْمُونَةَ مَوْلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم أَنَّهَا قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَفْتِنَا فِي بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَقَالَ: ” أَرْضُ الْمَنْشَرِ والْمَحْشَرِ إَيتُوهُ فَصَلُّوا فِيهِ فَإِنَّ صَلَاةً فِيهِ كَأَلْفِ صَلَاةٍ قَالَتْ: أَرَأَيْتَ إِنْ لَمْ نُطِقْ أَنْ نَتَحَمَلَ إِلَيْهِ أَوْ نَأْتِيَهُ؟ قَالَ: ” فَأَهْدِينَ إِلَيْهِ زَيْتًا يُسْرَجُ فِيهِ فَإِنَّ مَنْ أَهْدَى لَهُ كَانَ كَمَنْ صَلَّى فِيهِ

Dari Maimunah pembantu Nabi ﷺ dia berkata, ‘Ya Nabi Allah, berikan fatwa kepadaku tentang Baitul Maqdis.’ Nabi menjawab, ‘Tempat dikumpulkanya dan disebarkannya (manusia). Maka datangilah ia dan solatlah di dalamnya kerana solat di dalamnya seperti solat 1000 rakaat di selainnya.’ Maimunah bertanya lagi, ‘Bagaimana jika aku tidak mampu?’
‘Maka berikanlah minyak untuk penerangnya. Barangsiapa yang memberikannya, maka seolah ia telah mendatanginya.’” (HR Ahmad)

#perjuangan #Palestin #BaitulMaqdis #SavePalestinWithJihad

Exit mobile version