Site icon MuslimahHTM News

Maksud (Tujuan) Ibadah

[Fikrul Islam] Maksud (Tujuan) Ibadah

Penulis: Muhammad Husain Abdullah

 

Allah telah mensyariatkan ibadah untuk mengatur hubungan manusia dengan Rabb-nya sehingga Dia sahaja yang mengetahui maksud dari ibadah tersebut. Dia juga yang berhak memberi pahala jika ibadah itu ditunaikan. Dengan demikian, tidak boleh bagi kita menetapkan maksud (tujuan) dari ibadah kecuali berlandaskan kepada dalil syarak dari Allah SWT, kerana Dialah yang telah mensyariatkan ibadah. Di antara tujuan-tujuan ibadah adalah sebagai berikut:

 

Allah telah menyebutkan hikmah dari solat, iaitu dalam firman-Nya,

… اِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَاۤءِ وَالْمُنْكَرِ…

” … sesungguhnya solat itu akan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar….” [TMQ Al-‘Ankabut (29): 45]

 

Dengan demikian, solat yang dilakukan ikhlas kerana Allah akan menjauhkan seseorang dari mengerjakan semua perbuatan kemungkaran dan keburukan.

 

Allah SWT. berfirman,

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ

“Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertakwa.” [TMQ Al-Baqarah (2): 183]

 

Maksudnya: Telah difardhukan atas kalian berpuasa agar kalian berhati-hati terhadap apa-apa yang diharamkan. Oleh kerananya, janganlah kalian melakukan perbuatan haram itu (seperti berdusta, memberi kesaksian palsu, berzina, dan segala bentuk keharaman yang lain).

 

Allah SWT. berfirman,

لِّيَشْهَدُوْا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللهِ فِيْٓ اَيَّامٍ مَّعْلُوْمٰتٍ…

” … supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari tertentu….” [TMQ Al-Hajj (22): 28]

 

Maksudnya: Agar mereka mengambil manfaat dengan perdagangan dan saling mengenal pada saat haji di sela-sela mengingati Allah. Hal tersebut bererti pelaksanaan syiar-syiar haji.

 

 

Zakat adalah menyerahkan sebahagian harta yang telah sampai nisabnya, pada setiap tahun, dari orang-orang kaya kepada orang-orang yang berhak (mustahik), seperti orang-orang fakir dan miskin.

 

Allah SWT. berfirman,

خُذْ مِنْ اَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيْهِمْ بِهَا…

“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka. Dengan zakat itu kamu akan membersihkan dan menyucikan mereka.” [TMQ At-Taubah (9): 103]

 

Jadi, tujuan dari zakat adalah untuk membersihkan jiwa (tathhir al-nafs) orang-orang kaya dari kekikiran dan menyucikannya (tazkiyatun nafs) di hadapan Allah sehingga bagi yang menunaikannya akan mendapat pahala yang melimpah.

 

 

Jihad adalah suatu kaedah (thariqah) yang telah diwajibkan Allah atas umat Islam dalam rangka mengemban dakwah kepada manusia yang lain. Jihad dimaksudkan untuk menghilangkan segala jenis rintangan yang bersifat fizik yang akan menghalangi sampainya Islam kepada manusia. Rintangan inilah yang akan menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke dalam agama Islam.

 

Allah SWT. berfirman,

وَقٰتِلُوْهُمْ حَتّٰى لَا تَكُوْنَ فِتْنَةٌ وَّيَكُوْنَ الدِّيْنُ للهِ…

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka.” [TMQ Al-Baqarah (2): 193]

 

Dengan demikian, maksud jihad adalah mengemban Islam kepada segenap manusia hingga agama Allah sahaja yang menjadi berkuasa.

 

Selain yang telah disebutkan di atas, terdapat juga tujuan umum dari keseluruhan ibadah, yakni menghapuskan dosa (takfir al-dzunub).

 

Allah SWT. berfirman,

…اِنَّ الْحَسَنٰتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّاٰتِۗ…

” … sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik (al-hasanat) itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk….” [TMQ Hud (11): 114]

 

Sedangkan pelaksanaan ibadah adalah bahagian dari kebaikan (al-hasanat) itu sendiri.

 

Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam.

#FikrulIslam #PemikiranIslam #ibadah #tujuanibadah

Exit mobile version