WAJIB MENGGUGAT PENGHINAAN ATAS SYIAR ISLAM
Oleh: Ustaz Irfan Abu Naveed
Umat Islam tidak boleh diam, wajib kritik dan protes atas berbagai kes penghinaan terhadap ajaran dan syiar Islam baik penghinaan dalam bentuk lisan, ucapan mahupun tulisan. Semuanya sama sahaja. Dalam kaedah disebutkan:
الكتاب مثل الخطاب
“Tulisan (dihukumi sama) seperti seruan lisan.”
Bahkan al-‘Allamah al-Syeikh Nawawi al-Bantani (w. 1314 H) menjelaskan al-qalam (pena/tulisan) merupakan salah satu bentuk “lisan” (alat pengungkapan maksud) dari seseorang:
لأن القلم أحد اللسانين للإنسان ولأن الكتابة به تدل على عبارة اللسان
“Kerana al-qalam (pena/tulisan) merupakan salah satu lisan bagi manusia, dan kerana penulisannya menunjukkan ungkapan lisan.” [1]
Dimana orang yang secara sedar menghina sesuatu yang qathie, yang wajib diagungkan dalam Islam, mencakup syiarnya; Al-Quran, panji tauhid, dan ajarannya; khilafah, jihad, termasuk juga perkara yang qathie, wajib dimuliakan; Rasulullah ﷺ, pada hakikatnya jatuh pada kekufuran, kerana perbuatan menghina itu semua bertentangan dengan keterangan qathie yang menegaskan kemuliaan Rasulullah ﷺ dan risalah yang diembannya:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ {١٠٤}
“Dan tidaklah Kami mengutus engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi semesta alam.” [TMQ Al-Anbiyâ’ (21): 107]
Abu Ali al-Daqqaq r.a. berkata:
الساكت عن الحق شيطان أخرس، والمتكلِّم بالباطل شيطان ناطق
“Orang yang diam dari kebenaran adalah syaitan yang bisu sedangkan orang yang berucap dengan kebatilan adalah syaitan yang berbicara.”.
[1] Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani al-Syafie, Mirqât Shu’ûd al-Tashdîq Syarh Sullam al-Taufîq, Jakarta: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, cet. I, 1431 H, hlm. 132.

