Site icon MuslimahHTM News

Justifikasi Pihak yang Membolehkan Tadarruj (Bahagian 2/2)

[Fikrul Islam] Justifikasi Pihak yang Membolehkan Tadarruj (Bahagian 2/2)

 

Penulis: Ahmad Mahmud

 

KEDUA: Pendapat mereka yang menyebutkan bahawa Allah SWT telah mengharamkan khamar (arak) secara bertahap. Allah SWT berfirman,  “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah, ‘Pada kedua-duanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya Iebih besar dari manfaatnya.’” [TMQ aI-Baqarah (2): 219]

 

Dalam firman Allah SWT yang lain,

Janganlah kamu solat, sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan.” [TMQ an-Nisaa’(4): 43]

 

Kemudian firman Allah SWT,

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya (meminum) khamar (arak) dan berjudi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” [TMQ al- Maidah (5): 90-91]

 

Dari keseluruhan ayat di atas, pihak yang membolehkan tadarruj memahami bahawa arak pada mulanya hukumnya mubah berdasarkan dalil ayat yang pertama. Kemudian turun ayat yang mengecilkan skop hukum mubah tersebut dengan firman-Nya,

“Janganlah kamu solat, sedangkan kamu dalam keadaan mabuk.” [TMQ an-Nisaa’ (4) : 43]

 

Lalu, pada akhirnya arak diharamkan setelah pengecilan skop tersebut.

Apabila ayat-ayat tadi diperhatikan dengan pandangan yang syar’ie, maka tidak akan ditemukan tahap apa pun di dalam pengharaman arak. Ini kerana tidak ada hukum atas arak sebelum turunnya ayat yang mengharamkannya. Maksudnya, sebelum itu, perlakuan meminum arak dibiarkan, dengan kata lain, arak sebelum itu maskut ‘anhu (didiamkan) meskipun mereka melakukannya, sehinggalah turunnya ayat yang ketiga.

 

Yang menguatkan hal itu adalah peristiwa yang terjadi pada Saidina Umar bin Khattab RA, di mana dia telah berkata,

Wahai Allah, jelaskanlah bagi kami hukum arak dengan penjelasan yang memuaskan. Kerana arak  itu menghabiskan harta dan menghilangkan akal.

 

Lalu, turunlah ayat,

Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi.” [TMQ al-Baqarah (2): 219]

 

Umar lalu dipanggil, dan ayat tersebut dibacakan kepadanya. Kemudian dia berkata, “Wahai Allah, jelaskanIah bagi kami hukum arak dengan penjelasan yang memuaskan.” Setelah itu turunlah ayat,

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedangkan kamu dalam keadaan mabuk.”[ TMQ an-Nisaa’ (4): 43]

 

Umar lalu dipanggil, dan ayat tersebut dibacakan kepadanya. Umar pun berdoa kembali, “Wahai Allah, jelaskanIah kepada kami tentang hukum arak dengan penjelasan yang memuaskan.” Kemudian turunlah ayat,

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah.” [TMQ al-Maidah (5): 90]

 

Umar RA pun dipanggil dan ayat tersebut dibacakan kepadanya hingga ketika sampai pada bacaan,

“Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).” [TMQ al-Maidah (5): 91]

 

Umar lalu berkata, “Kami berhenti wahai Rabb, kami berhenti wahai Rabb.[HR Ahmad, Tirmidzi, Nasa’i, dan Abu Daud]

 

Saidina Umar terus memohon kepada Allah SWT agar menjelaskan tentang hukum arak dengan penjelasan yang memuaskan, yang sebelumnya didiamkan kebolehannya sebelum turunnya ayat yang pertama. Beliau memohon penjelasan meskipun telah diturunkan ayat yang pertama dan yang kedua. Hal itu menunjukkan bahawa arak tetap dibolehkan sehingga turunnya ayat pengharaman arak pada ayat yang ketiga.

 

Larangan yang terdapat di dalam ayat yang kedua difokuskan kepada solat dalam keadaan mabuk, bukan ditujukan kepada (haramnya) arak. Ayat ini berhubungan dengan solat. Jika kita perhatikan secara lebih teliti terhadap fikih ayat ini, maka ayat tersebut tidak melarang kaum muslim meminum arak kecuali dari waktu mereka bersolat.

 

Yang diharamkan bagi orang Islam ialah solat dalam keadaan mabuk, supaya mereka tahu apa yang mereka lafazkan (bacaan dalam solat). Seandainya, selepas turunnya ayat ini, tercium dari mulut seorang muslim bau arak ketika dia solat, atau dia membawa sebotol arak, atau telah meminum arak dalam jumlah yang tidak sampai membuatnya jadi mabuk, maka perkara itu tidak mengapa baginya (dibolehkan).

Allah SWT telah mencela arak pada ayat yang pertama kerana merugikan, kemudian melarang solat dalam keadaan mabuk pada ayat yang kedua. Setelah itu mengharamkan arak pada ayat yang ketiga. Hal seperti ini tidak boleh dikatakan adanya tahapan di dalam pengharaman arak (kerana tidak ada seorang pun menganggap arak itu mubah setelah turunnya ayat pengharaman arak (surah Al-Maidah), baik pada masa Rasulullah SAW mahupun pada masa sahabat, atau pada masa tabiin dan tabi’ut tabi’in. Tidak ada satu pun kitab-kitab fikih yang dikarang oleh ulama-ulama besar dan para mujtahid umat ini yang membahaskan mengenai masalah tadarruj dalam kes pengharaman arak.

 

Dahulu, futuhat Islam dilakukan hanya dengan berjalan kaki. Saat itu banyak negeri-negeri dibuka. Pada waktu itu manusia berduyun-duyun masuk ke dalam agama Allah SWT. Kaum muslim yang membuka negeri itu,  walaupun saudara-saudara mereka masih baharu memeluk Islam, mereka tidak membiarkan saudara baharu mereka minum arak melalui tahapan sebagaimana ‘tahapan’ yang telah dilalui dalam pengharaman arak.

 

Sedangkan (keadaan ketika itu menuntut) mereka dan sangat diperlukan seandainya hal itu boleh dijadikan sebagai penanda aras. Perkara ini wajar kerana para ulama kita terdahulu tidak membahaskan mengenai masalah tadarruj. Topik ini merupakan pembahasan baru yang dipaksakan  ke atas kita semua dengan alasan kerana berada dalam situasi yang tegang dan sukar—menurut pendapat sebahagian orang yang dinamakan sebagai ulama—dan mereka ingin menjadikannya sebagai metod berfikir yang tidak hanya mencakup sebahagian hukum saja, tetapi juga mencakupi agama seluruhnya.

 

Maka benarlah sabda Rasulullah SAW,

Sesungguhnya barang siapa di antara kalian yang menjumpai perbezaan yang banyak, maka berhati-hatilah kalian dari segala perkara yang menambah-nambah sesuatu yang baru (dalam masalah agama), kerana yang demikian itu adalah bid’aah. Dan setiap bid’aah (tempatnya) di dalam neraka.[HR Tirmidzi dan Abu Daud]

 

Dengan sendirinya muncul pertanyaan kepada para pendukung tadarruj, Adakah boleh bagi kita mengambil hukum sebelum Islam dengan alasan tadarruj dalam penerapan hukum?

 

Dengan tegas jawapannya adalah tidak. Alasannya, hukum pengharaman arak adalah qath’ie, yang secara syarie tidak boleh kembali kepada hukum sebelumnya. Jika kita melaksanakan hukum sebelumnya, bermaksud kita telah melaksanakan apa yang tidak diperintahkan oleh AIlah SWT kepada kita. lnilah (pendapat) yang dipegang oleh orang-orang terdahulu dan kemudian. Dengan demikian, sekarang ini arak hanya memiliki satu hukum, tidak berubah dalam keadaan apa pun dan  berdosa orang yang meminumnya.

 

KETIGA: Pendapat mereka yang menyebutkan bahawa syarak telah menyelesaikan hukum perhambaan dengan cara tadarruj.

 

Pendapat mereka yang mengatakan syarak telah menyempurnakan hukum perhambaan dengan cara tadarruj.

 

Pendapat ini adalah batil kerana Allah SWT tidak melarang adanya perhambaan, tetapi memberikan penyelesaian. Jika perhambaan kembali wujud, maka hukum-hukum yang berkaitan dengannya juga akan kembali dan perhambaan akan kembali wujud sekali lagi.

 

KEEMPAT: Pendapat mereka ialah bahawa Al-Quran telah diturunkan secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit, dan tidak turun secara sekaligus. Perkara itu—menurut mereka—menunjukkan adanya tadarruj.

 

Jawapan terhadap pernyataan ini adalah bahawa Allah ‘azza wa jalla ketika itu menurunkan hukum-hukum berdasarkan peristiwa-peristiwa yang terjadi untuk menguatkan hati.

 

Yang pertama kali diturunkan adalah mengenai masalah keimanan, kemudian  tentang syurga dan neraka, setelah itu halal dan haram. Perkara ini bukan bermaksud mengambil sebahagian Islam dan meninggalkan sebahagian yang lain.

 

Saat itu kaum muslim bertanggung jawab sebatas (ayat-ayat) Al-Quran yang  diturunkan, tidak lebih dari itu. Ketika ayat-ayat tentang keimanan turun, sedangkan ayat-ayat yang berkaitan dengan hukum belum turun, maka kaum muslim—saat itu—bertanggungjawab terhadap Islam seluruhnya, tetapi sampai pada batas-batas yang telah dijelaskan oleh nas-nas syarak.

 

Kaum muslim bertanggung jawab terhadap hukum-hukum yang berkaitan dengan individu muslim dalam setiap keadaan, baik Daulah Islam telah wujud ataupun belum ada. Sedangkan, hukum-hukum Islam yang disandarkan bebanannya kepada negara, maka ia tetap berkaitan dengan negara.

 

Inilah perintah yang mengikat kaum muslim, bukan yang lain. Sepatutnya tiada istilah menoleh ke belakang lagi.

 

Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam

 

*Semak juga bahagian 1/2

 

Exit mobile version