[Fikrul Islam] Pengaruh-Pengaruh Ibadah
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Pengaruh ibadah terhadap muslim adalah:
1) Memperkuat hubungan seorang muslim dengan Rabb-nya. Dia bersimpuh di hadapan Rabb-nya minimum lima kali dalam sehari semalam, bermunajat, serta mengharap pertolongan dan bantuan-Nya di setiap rakaatnya dengan membaca,
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ – ٥ اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَۙ – ٦
“Hanya kepada-Mu jualah kami menyembah dan hanya kepada-Mu jualah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.” [TMQ Al-Fatihah (1): 5—6]
Di samping itu, seorang muslim sentiasa berpuasa, membaca Al-Quran, menzakatkan hartanya, bersedekah, dan bersiap siaga di sempadan Daulah Islamiyah tatkala berjihad di jalan Allah.
2) Bagi seorang muslim, aktiviti ibadah akan melahirkan ketenangan jiwa, kerana seusai menunaikan ibadah, dia menyedari bahawa dirinya wajib taat pada Rabb-nya dan dia akan mendapat balasan dengan sebaik-baiknya balasan sehingga dia akan merasakan ketenangan sampai akhir hayatnya.
3) Ibadah akan memperkuat sebahagian sifat akhlak pada diri seorang muslim sebagai bahagian yang tidak terpisah dari ibadah. Misalnya, solat dapat memperkuat sifat akhlak berupa tawaduk (rendah hati), khusyuk, serta menjauhkannya dari perbuatan keji (al-fahsya) dan kemungkaran (al-munkar).
Adapun shaum Ramadhan dapat memperkuat kesucian (al-‘iffah), kejujuran, dan kesabaran. Manakala jihad dapat memperkuat kesabaran pada diri seorang muslim, rela menanggung derita, dan menumbuhkan keberanian.
Sedangkan zakat dapat memperkuat sifat kedermawanan, memberikan pertolongan, dan mengutamakan orang lain. Sedangkan solat berjemaah dan berhaji dapat memperkuat ikatan ukhuwah islamiyah dan sifat tawaduk.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam.
#fikrulislam #PengaruhIbadah #PemikiranIslam

