Site icon MuslimahHTM News

Tadarruj dalam Perspektif Syarak (Bahagian 2/2)

[Fikrul Islam] Tadarruj dalam Perspektif Syarak (Bahagian 2/2)

 

Penulis: Ahmad Mahmud

 

Bukankah Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan Lailaha illallah Muhammad Rasulullah dan baginda mula menyampaikan kalimat itu kepada umatnya. Kalimat itu juga merupakan ucapannya yang terakhir tanpa sedikit pun perubahan. Adakah baginda mendakwahkan sesuatu yang lebih ringan dari (kalimat) itu, kemudian baginda berdakwah menyampaikannya secara bertahap sehingga akhirnya menyampaikan hukum Allah SWT  yang sebenar? Sesungguhnya kalimat itu adalah merupakan permulaan dan pengakhiran dakwah baginda SAW.

 

Bukankah Abu Bakar RA telah memerangi mereka  yang tidak mahu membayar zakat. Beliau tidak memberikan tempoh masa dan tidak juga berbaik sangka kepada mereka. Masih ingatkah kita dengan perkataannya yang masyhur, “Demi Allah, seandainya mereka tidak mahu membayar zakat kepadaku, walaupun tali kekang unta, sebagaimana mereka telah membayar kepada Rasulullah SAW, maka sesungguhnya aku akan memerangi mereka.”

 

Sedangkan umat Islam ketika itu sedang menghadapi gerakan kemurtadan dan kemaksiatan yang sangat besar. Adakah umat Islam terdahulu telah melaksanakan dakwah kepada Islam dengan mengambil fahaman tadarruj? Dan adakah mereka mengambil fahaman ini apabila mereka menerapkan Islam di negeri-negeri yang ditakluki, dimana wilayah itu berubah daripada  darul kufur menjadi darul lslam.

 

Umat Islam terdahulu tidak mempedulikan keadaan negara yang ketika itu baru memeluk Islam. Mereka tidak membenarkan orang yang baru masuk Islam meminum khamar sehingga diri mereka dibiasakan untuk tidak meminumnya, tidak terlibat dengan riba ataupun melanggan pelacur. Mereka masuk ke dalam agama Islam secara keseluruhan. Mereka semua dilarang mengamalkan riba, zina, atau meminum khamar dan segala yang diharamkan Allah SWT ke atas mereka.

 

Mereka menerapkan hukum syariah yang telah dibebankan sama ada kewajipan yang dikenakan itu berkaitan dengan individu atau jemaah, fardhu ain atau pun fardhu kifayah.

 

Adakah terdapat mana-mana buku fiqh Islam utama yang membincangkan topik (tadarruj) ini? Adakah para fuqaha atau mana-mana mujtahid kita terdahulu dan yang terpercaya membincangkan  perkara ini walaupun sedikit? Sudah sangat masyhur bahawa para fuqaha kita telah membincangkan secara mendalam setiap syariat, baik yang bersifat kulliyat mahupun perkara cabang.

 

Syariat secara umum telah menunjukkan bahawa wajibnya membawa dakwah dengan kebenaran dan jalan yang lurus. Firman Allah SWT,

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ ٱلْكِتَٰبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُۥ عِوَجَا ۜقَيِّمًا

“Segala puji  bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)”[TMQ al-Kahfi (18): 1-2]

 

Allah SWT telah memberitahu kepada kita bahawa orang-orang kafir ingin memujuk kita untuk berjalan bersama mereka supaya kita melepaskan kebenaran dan kita menerima perkara-perkara yang dianggap (pada awalnya) sebagai perkara yang ringan dan remeh terhadap kekufuran. AIlah SWT berfirman,

 

وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعْدِ إِيمَٰنِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلْحَقُّ ۖ فَٱعْفُوا۟ وَٱصْفَحُوا۟ حَتَّىٰ يَأْتِىَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِۦٓ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Sebahagian besar ahli kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri.” [TMQ al-Baqarah (2): 109]

 

Kemudian berakhir dengan hukum-hukum, sebagaimana firman Allah SWT,

وَدُّوا۟ لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ

Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap Iunak Ialu mereka bersikap Iunak (pula kepadamu).” [TMQ al-Qalam (68): 9]

 

فَلَا تُطِعِ ٱلْمُكَذِّبِينَ

“Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).” [TMQ aI-Qalam (68): 8]

 

Allah SWT telah memperingatkan kita tentang tunduk (lemah)nya kita terhadap orang-orang zalim. Firman Allah SWT,

 

وَلَا تَرْكَنُوٓا۟ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنْ أَوْلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orong-orang yang zalim, yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekaIi-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain dari Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” [TMQ Hud (11) : 113]

 

Dakwah yang benar adalah dengan mengajak kepada akidah yang sebenar dan mampu menyempurnakan keterikatan seorang muslim dengan syariatnya meskipun orang tersebut baru masuk lslam atau baru sahaja terikat dengan hukum syarak. Tiada  jalan lain bagi kita sebagai pendakwah selain dari menanamkan keimanan dalam jiwa dan menjaganya sehingga memperolehi (hasil) buah yang terbaik dengan melakukan iltizam dan takwa yang terbaik.

 

Daulah Islam tidak dibina di atas mereka yang kosong dari pemikiran Islam atau yang dipenuhi dengan pemikiran Barat. Daulah Islam juga tidak didirikan di atas mereka yang tidak menjalankan aktiviti dakwah dan mereka  yang tidak terpengaruh dengan dakwah mahupun mereka yang terpaksa menerima dakwah. Daulah Islam seperti yang telah kami sampaikan, mesti dibina atas pendapat umum yang terpancar dari kesedaran umum, yang menerima pemikiran Islam dan menerima idea untuk bertahkim kepada Islam.

 

Justeru itu, tidak perlu syarat tadarruj dengan alasan untuk mendekatkan jiwa(manusia) kepada Islam. Tidak perlu mengikut kelemahan manusia atau mengikut realiti kerana Allah SWT telah memerintahkan kita untuk mengubah jiwa (manusia) dan mengubah realiti yang ada agar selari dengan Islam.

 

Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam

 

Exit mobile version