[Nafsiyah] Kebenaran Itu Setia
Penulis: Ustaz Felix Siauw
Para Nabi tidak pernah berundur dari amanah, kerana mereka faham betul bahawa urusan agama ini bukan tentang mereka, tetapi tentang Yang Mengutus mereka, urusan Allah Taala.
Oleh itu, apabila mereka disusahkan, difitnah dan dizalimi, dituduh, dan dilaknat semuanya ringan bagi mereka kerana mereka sedar sepenuhnya mereka hanyalah utusan.
Tugas mereka hanya menyampaikan dan memberi peringatan bahawa mereka hanya “orang tengah”, kalau ada yang menolak, ada yang melawan, urusan sebenarnya dengan Allah, bukan dengan mereka.
Rasulullah SAW tidak pernah mengeluh apabila halangan fizikal menghalangnya, baginda juga tidak pernah menyesal apabila keputusan dakwahnya menyusahkan para sahabat, walaupun baginda sangat sedih.
Allah juga telah sampaikan jalan Islam itu tidak mudah. Para Nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin adalah golongan yang paling merasakan celaan, azab, dan kesengsaraan di jalan dakwah.
Sidang boleh dirancang, keputusan juga boleh diputuskan terlebih dahulu. Ini kerana kes yang dipersidangkan itu jelas diada-adakan, membingungkan.
Kebenaran tidak akan hilang walaupun didiamkan kebenaran, akan lantang bersuara walaupun semuanya memilih untuk diam. Namun, setiap kezaliman tidak akan berlalu tanpa hisab, di dunia mahu pun di akhirat.
Keberanian Nabi mengalir dalam darah keturunannya, dan pada sesiapa yang mencintai Rasulullah dan keturunannya. Hari ini semuanya hanya penjelasan.
Ya Rasulullah, janganlah engkau larang mata ini untuk memandangmu hanya kerana kelemahan kami hari ini.
Sumber: Telegram Felix Siauw Official
#muhasabah #jalandakwah #jomdakwah #thariqahnabi #TegakKhilafah #terapislamkaffah #kebenaran

