[Nafsiyah] Merancang Kemenangan
Penulis: Doni Riw
Adakah kemenangan hanya milik Allah SWT, bukan rancangan manusia?
Benar bahwa kemenangan itu bukanlah disebabkan oleh kehebatan manusia. Namun, Allah SWT telah menetapkan (qadar) sunatullah sebab akibat, maka tugas manusia adalah memikirkan sebab-sebab kemenangan dan mengusahakannya.
Kita boleh melihat kisah bagaimana Rasul SAW yang memimpin 313 orang tentera Badar yang menang terhadap 1,000 tentera kafir Quraisy?
Pada awalnya, seramai 313 orang tentera yang Rasulullah SAW rancang bukanlah untuk menghadapi pasukan berjumlah 1000 orang, tetapi untuk menghadapi kafilah dagang Abu Sufyan yang hanya dikawal oleh beberapa puluh orang.
Maksudnya di sini, Rasulullah SAW sebagai manusia melakukan perkiraan matematik yang sesuai dangan sunatullah sebab akibat kemenangan.
Manusia sememangnya ditugaskan oleh Allah SWT untuk berusaha di wilayah kemampuan sebagai manusia, mengira, merancang, menentukan secara teknikal dan sebagainya. Sedangkan kekuasaan dan pertolongan yang dating Allah SWT diyakini 100% dalam konsep tawakal.
Namun begitu, merancang saja tidak akan mencukupi. Manusia mestilah melaksanakan rancangan itu dengan bersungguh-sungguh, semaksima mungkin, dan kreatif menghadapi realiti yang kadang kala berbeza dari apa yang telah dirancangan di atas kertas.
Al-Fatih merancang meriam raksasa untuk merempuh benteng Konstantinopel. Berukuran panjang 8m dan berdiameter 75cm adalah hasil perkiraan matematik setelah meneliti ketebalan tembok benteng yang akan dirempuh itu. Itulah perkiraan dalam wilayah kemampuan manusia.
Sementara mengangkat 72 buah kapal melangkah bukit Galata selama hanya semalaman adalah di luar jangkauan perancangan atas kertas. Ini merupakan tindakan dan gerak kerja di luar kotak dan melebihi kepakaran majoriti akal manusia.
Demikian juga dengan ghazwul fikr (perang pemikiran) Islam melawan sekularisme hari ini. Kemenangan berupa tegak kembalinya peradaban Islam hanya akan dapat dicapai oleh orang-orang yang memahami fikrah, jemaah, serta sunatullah kemenangan.
Semua itu hendaklah dirumuskan dalam khitoh (perancangan strategik). Kemudian hendaklah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh melalui uslub (cara) yang terbaik. Seterusnya, dinilai dan diperbaiki secara berterusan sehingga Allah SWT redha. Akhirnya, kejayaan akan hadir kepada perancang dan pelaksana terbaik. Tidakkah anda mahu menjadi sebahagian daripada sebuah perancangan yang mendapatkan kejayaan?

