[Fikrul Islam] Demokrasi dalam Pandangan Islam
Penulis: Ahmad Mahmud
Lantas, apakah ada pemahaman demokrasi dalam Islam? Dan apakah realiti demokrasi ada dalam Islam? Kami berpendapat, seandainya fakta demokrasi itu ada dalam Islam, maka dengan yakin kita boleh mengatakan bahawa ‘demokrasi berasal dari Islam’, dan bahawa ‘Khulafa ur-Rasyidin adalah orang-orang yang pertama kali melaksanakan demokrasi’, atau ‘demokrasi adalah barang dagangan kita yang dikembalikan kepada kita’. Akan tetapi, jika realitinya tidak ada, maka demokrasi bukan berasal dari Islam. Seterusnya, wajib bagi kita untuk mengetahui hukum Islam tentang masalah demokrasi. Kami berpendapat bahawa idea demokrasi adalah selaras dengan idea yang menjadi asasnya, iaitu idea pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme). Idea ini merupakan induk demokrasi.
Demokrasi mempunyai undang-undang yang selaras dengan idea sekularisme. Termasuk pengetahuan umum, bahawa idea pemisahan agama dari kehidupan bertentangan dengan pemikiran dasar umat Islam iaitu fikrah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah mahupun fikrah lain yang muncul dan selaras dengan akidah umat Islam, iaitu firman Allah SWT.,
إِنِ ٱلْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ ۚ أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ ۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Keputusan (hukum) itu hanya kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [TMQ Yusuf(12): 40]
“Akan tetapi, kebanyakan manusia tidak mengetahui‘” bermaksud bahawa suara majoriti tidak ada nilainya atau tidak bererti jika dibandingkan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Rabb semesta alam, bahawa yang berhak membuat hukum adalah Allah sahaja. Di dalam sistem yang islami, keputusan yang tertinggi hanya di tangan Allah SWT.. Perintah, larangan, pengharaman, dan penghalalan hanyalah milik Yang Maha Tinggi dan Maha Besar Lagi Maha Mengetahui, bukan di tangan makhluk selain-Nya. Tidak ada satu individu atau jemaah yang memiliki kontribusi dalam perkara ini walaupun sedikit. Allah-lah yang berhak membuat hukum.
Firman-Nya,
إِنِ ٱلْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ
“Keputusan (hukum) itu hanya kepunyaan Allah.” [TMQ Yusuf (12): 40]
Tidak ada seorang pun yang dapat mengubah ketetapan-Nya. Firman Allah SWT.,
لَا مُعَقِّبَ لِحُكْمِهِۦ
“Tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya.” [TMQ Ar-Ra’d (13): 41]
Jadi, bagaimana mungkin gelap gelitanya demokrasi dapat bertemu dengan terang benderangnya Islam? Allah SWT telah menjelaskan di dalam ayat-Nya yang sangat jelas:
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى ٱلْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.” [TMQ Al-An’am (6): 116]
Allah SWT berfirman,
وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [TMQ Al-Baqarah (2): 216].
#FikrulIslam #PemikiranIslam
#KebatilanDemokrasi
#Sekularisme

