SN623 – Pengabaian Pemerintah
Akan Aset Pertahanan yang Lapuk
Keupayaan sesebuah negara untuk mempertahankan sempadan negaranya daripada ancaman kuasa asing merupakan suatu tabii sejak kewujudan tamadun manusia. Agar sesebuah negara dianggap sebagai merdeka dan mandiri, melindungi wilayahnya adalah penting, jika tidak,
kewujudannya akan dipersoalkan. Oleh yang demikian, sesebuah negara perlulah memberi perhatian kepada pembangunan dan kemampuan pertahanannya pada tahap yang terbaik agar sentiasa dalam siap siaga dalam menghadapi ancaman kuasa asing.
Situasi ketegangan geopolitik di Laut China Selatan antara kuasa-kuasa besar pada ketika ini yang membawa ancaman ‘asymmetric’ kepada Malaysia iaitu medan perang tidak lagi terhad kepada sempadan antara negara-negara sahaja tetapi
melangkaui dimensi serantau dan global. Berdasarkan situasi ini, Malaysia memerlukan aset-aset pertahanan yang terbaik agar mampu menghadapi sebarang kemungkinan peperangan.
Malangnya, kebanyakan aset-aset pertahanan di Malaysia sudah lapuk dan tidak mampu berfungsi dengan baik. Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza berkata, kebanyakan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dinaik taraf kerana usianya ada yang menjangkau lebih 40
hingga 50 tahun (https://www.kosmo.com.my/2022/10/29/aset tldm-perlu-dinaik-taraf-usia-lebih-40-tahun/).
Pada tahun 2018, bekas Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu mendedahkan bahawa hanya empat daripada 28 pesawat pejuang buatan Rusia yang dimiliki oleh Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang mampu terbang. Aset-aset yang usang ini selain gagal berfungsi dengan baik, turut membahayakan para tentera kita. Peristiwa kapal selam Indonesia, KRI Naggala 402 yang berumur 40 tahun, telah karam di Bali pada April 2021 ketika sesi latihan dan juga peristiwa kapal perang Tentera Laut Diraja Thailand, HTMS Sukhotai yang berumur 35 tahun telah karam akibat laut bergelora baru-baru ini telah mengorbankan ramai tentera masing-masing. Kedua-kedua peristiwa ini telah membuka mata ramai pihak bahawa aset-aset yang usang ini sangat berbahaya dan telah mengorbankan para prajurit dengan sia-sia.
Ditambah lagi, sistem perolehan aset-aset pertahanan yang penuh masalah ketirisan dan rasuah seperti skandal Kapal LCS yang didedahkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) bahawa RM9 bilion telah dibayar untuk enam buah kapal, namun sebuah kapal LCS pun masih belum berjaya diperoleh. Sungguhpun sudah dibukakan mata tentang aset-aset usang dan skandal perolehan aset pertahanan serta bahaya yang sedang
menanti, namun kerajaan PN yang lepas masih lagi tidak serius dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sistem pertahanan negara dengan memberikan peruntukan pertahanan yang sangat kecil. Hal ini seperti diungkapkan oleh Laksamana Tan Sri Mohd Reza yang dipetik dalam News Straits Times; “Di dalam tahun tahun yang mendatang, adalah harapan kami bahawa peruntukan pertahanan negara dipertingkatkan daripada 1
peratus kepada 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Tahun ini, kerajaan mengumumkan dalam Belanjawan 2023 bahawa peruntukan pertahanan adalah kurang daripada 1 peratus. Kita bekerja keras, tetapi seolah-olah
kerajaan tidak serius,” (https://defencesecurityasia.com/
pertahanan-peruntukan-rendah-serius/). Begitulah sikap tidak serius pihak kerajaan dalam mempersiapkan pertahanan negara. Sikap seperti ini akan mendatangkan bahaya kepada keselamatan rakyat di negara ini.
Hukum Mempersiapkan Pertahanan Negara
Islam bukan hanya sebagai sebuah agama, tetapi juga sebagai ideologi negara telah memperincikan semua hal dalam pengurusan negara tidak terkecuali aspek pertahanan negara. Allah SWT telah berfirman: “Siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kalian sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) agar kalian
tidak serius dalam memerhatikan aspek pertahanan negara sedangkan konflik geopolitik terutamanya di Laut China Selatan boleh merebak ke negara ini pada bila-bila masa sahaja. Mereka
langsung tidak mengambil pelajaran apa yang sedang berlaku di Ukraine. Mereka telah mengabaikan perintah Allah SWT untuk
mempersiapkan kekuatan tentera untuk menggentarkan musuh. Pelaksanaan perintah Allah SWT bukanlah bermaksud hanya membeli aset-aset pertahanan yang baru, tetapi membeli atau membina aset-aset yang boleh menggentarkan musuh pada ketika ini seperti kapal selam berkuasa nuklear, peluru berpandu antara benua dengan peledak nuclear (ICBM), misil hypersonic, sistem pertahanan udara seperti The Patriot atau S-500 dan lain lain lagi. Namun perkara ini tidak akan berlaku sekiranya negara ini terus dipimpin oleh ahli-ahli politik yang selalu mengabaikan perintah-perintah Allah SWT. Ia hanya akan berlaku sekiranya negara ini diterapkan sistem Khilafah dengan seorang Khalifah yang benar-benar melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah
SWT dengan penuh ketakwaan. Wallahualam.
Sumber: mykhilafah
#sautunnahdhah #AsetPertahanan #KekuatanNegara #SistemPertahananNegara