Site icon MuslimahHTM News

Pembakaran Al-Quran adalah Ekspresi Dasar Anti-Islam sejak bertahun-tahun di Eropah – Bahagian 2

Pembakaran Al-Quran adalah Ekspresi Dasar Anti-Islam sejak bertahun-tahun di Eropah – Bahagian 2

#QuranBurning #Islamophobia

 

Semua bentuk demonstrasi yang bersifat provokatif dan serangan terhadap Al-Quran ini berlaku dengan kebenaran pihak berkuasa dan di bawah pengawalan pihak polis. Perdana Menteri Norwegian membela hak para demonstran untuk menodai Al-Quran, dan pada hari ini pihak berkuasa Swede, dan Dato Bandar The Hague mempertahankan hak untuk berdemonstrasi menentang Islam dan menodai Al-Quran.

 

Adalah naif untuk menganggap bahawa penyerangan terhadap Kitab Allah hanya dilakukan oleh segelintir individu yang bodoh, kerana tindakan melampau seperti ini boleh berlaku dengan izin dan dukungan dari pihak berkuasa. Selain itu, sentimen anti-Islam telah mampu berkembang dalam iklim yang diciptakan oleh dasar anti-Islam negara-negara Barat selama berpuluh tahun terhadap Islam dan Muslim.

 

Serangan terhadap Islam dan Al-Quran tidak akan berhenti. Oleh kerana itu, kita wajib menyuarakannya dengan lantang dan jelas. Jika kita, sebagai orang beriman, tidak membela Kitab Allah, yang kita anggap sebagai Petunjuk Terakhir bagi umat manusia, kalam Allah, pemisah antara kebenaran dan kebatilan, siapa lagi yang akan membelanya? Diam bukanlah pilihan!

 

Membela Kitab Allah bukan hanya kewajipan dalam agama tetapi juga keperluan mutlak, kerana sikap pasif dan diam hanya akan mendorong musuh-musuh Islam dan memotivasi mereka untuk terus memperlecehkan Islam.

 

Dipetik dari penulisan Okay Pala dalam Kenyataan Media https://www.hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/press-releases/the-netherlands/24112.html

#RajabCampaign #KhilafahBringsRealChange
#بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki

Exit mobile version