FASA 2: Perubahan Hakiki Hanya dengan Seruan pada KHILAFAH
Apa Hukumnya Mendirikan Khilafah?
Mendirikan Khilafah, Fardhu Kifayah
Sesungguhnya tidak ada ikhtilaf para ulama mengenai status kefardhuannya. Dalam hal ini adalah fardhu kifayah.
As-Syathibi mendefinisikannya sebagai fardhu yang ditujukan kepada semua orang, namun jika telah dilakukan oleh sebahagian, maka fardhu tersebut gugur dari yang lain. Namun, as-Syathibi juga menegaskan, dari statusnya sebagai hukum yang terkait dengan orang mahupun hukum lain, maka fardhu kifayah tersebut harus diberlakukan secara umum kepada semua mukalaf, supaya boleh tetap tegak. (Al-Muwafaqat fi Ushul as-Syari’ah)
Pendapat yang sama juga dikemukakan Imam an-Nawawi, Zakaria al-Anshari, al-Khathib as-Syarbini, az-Zujaji, al-Bujairimi, dan al-Jamal bin Sulaiman; semuanya dari mazhab Syafii, bahawa hukum mendirikan Imamah (Khilafah) adalah fardhu kifayah.
Dalam kitab Rawdhah ath-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin, Imam an-Nawawi menyatakan: Pasal Kedua tentang Kewajipan Adanya Imamah (Khilafah) dan Penjelasan tentang tata caranya:
Umat mesti mempunyai seorang imam (khalifah) yang menegakkan agama; membela Sunah; dan membela hak-hak orang yang dizalimi, menunaikan hak-hak, dan menempatkannya pada tempatnya. Aku (an-Nawawi) berkata,
“Mendirikan Imamah (Khilafah) hukumnya fardhu kifayah. Jika tidak ada orang yang layak, kecuali hanya satu, maka kewajipan tersebut berubah menjadi fardhu ain bagi dirinya. Dia pun mesti dicari, jika mereka tidak mulai (dengan) mengangkatnya.”
Dalam pandangan Taqiyuddin An-Nabhani, mendirikan negara (Khilafah) adalah fardhu kifayah, fardhu bagi seluruh kaum muslimin. Ini merupakan sesuatu yang pasti dan tidak ada pilihan dalam rangka menegakkannya. Mengabaikan pelaksanaannya merupakan kemaksiatan yang paling besar dan Allah akan mengazab dengan azab yang amat pedih. (Nizhamul Hukmi fil Islam, 1994)
Oleh: Ustazah Najmah Saiidah
————
#Rejab #KempenRejab2023 #PerubahanHakiki #Khilafah #demokrasi #kapitalisme #Islam #KrisisDunia #SistemIslam #khilafahawareness #islamicsystemawareness #kesedarantentangkhilafah #kesedarantentangsistemislam
#KhilafahBringsRealChange
#بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki

