Takziah Buat Turkiye dan Syria
Kami dari Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh penduduk Turkiye yang sedang ditimpa gempa bumi teruk yang mengorbankan ramai nyawa. Beribu-ribu bangunan musnah akibat dua gempa bumi kuat dan berpuluh-puluh gempa susulan pada Isnin. Gempa bumi magnitud 7.8 magnitud awal melanda pada 4:17 pagi waktu tempatan, diikuti gempa bumi kedua 7.5 magnitud melanda kawasan sama pada 1:24 tengah hari waktu tempatan. Sehingga pagi ini, jumlah keseluruhan yang cedera meningkat kepada 3,531 di seluruh Syria dan 14,483 di Turki ye. (Astro Awani)
Kita memohon kepada Allah SWT agar merahmati orang-orang yang telah kembali kepada Allah SWT.
Semoga Allah SWT memberikan mereka peringkat Jannah yang tertinggi.
إِلَى ٱللَّهِ مَرْجِعُكُمْ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌ ٤
Kepada Allah jualah kamu kembali. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [TMQ Hud (11): 4]
Semoga seluruh rakyat Turki dan Syria sabar dan redha atas ujian ini.
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّهَا قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ:
“إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا”.
إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا.
Dari Ummu Salamah sesungguhnya dia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Setiap orang Islam yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah iaitu:
“Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berikanlah aku pahala kerana musibah yang ku hadapi ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik. Nescaya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik.” [HR Muslim].
#GempaBumiTurki
#Musibah
#salamtakziah
#DoaUntukTurki

