Kewajipan Mendirikan Khilafah
Oleh: Ustazah Najmah Saiidah
Dalil-dalil Syariat tentang Wajibnya Khilafah
Kerana merupakan istilah Islam, maka Khilafah adalah sebahagian dari ajaran Islam sebagaimana solat, puasa, zakat, haji, dan lainnya. Apalagi menegakkan Khilafah, adalah wajib menurut syariat Islam. Ini kerana, tanpa Khilafah sebahagian besar syariat Islam akan terabaikan. Lebih-lebih lagi, kewajipan mendirikan Khilafah di muka bumi ini sangat rinci dalil-dalinya secara syarie, di antaranya:
- Dalil al-Quran
Dalil Al-Quran antara lain surah an-Nisa` (4) ayat 59; surah al-Maidah (5) ayat 48;
Selain itu Allah SWT berfirman, وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً…
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sungguh Aku akan menjadikan di muka bumi khalifah…’” (TMQ al-Baqarah [2]: 30).
Imam al-Qurthubi menyatakan, wajib atas kaum muslim untuk mengangkat seorang imam atau khalifah. Beliau lalu menegaskan,
“Tidak ada perbezaan pendapat mengenai kewajipan (mengangkat khalifah) tersebut di kalangan umat dan para imam mazhab; kecuali pendapat yang diriwayatkan dari al-‘Asham (yang tuli terhadap syariat, [baca]) dan siapa saja yang berpendapat dengan pendapatnya serta mengikuti pendapat dan mazhabnya.” (Al-Qurthubi, Al-Jaami’ li Ahkaam Al-Quran, 1/264).
Allah SWT berfirman, ‟Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah, taatilah Rasul, dan ulil Amri di antara kalian.” (TMQ Al-Nisâ’: 59)
Allah memerintahkan kita mentaati ulil amri. Maka, berdasarkan dalalah al-iltizam, perintah mentaati ulil amri juga merupakan perintah mewujudkannya agar kewajipan tersebut terlaksana.
Dengan demikian, ayat tersebut turut mengandung petunjuk wajibnya mengadakan ulil amri (Khalifah) dan sistem syarie-nya (Khilafah), yang juga disebut nama (al-ism) dan dirinci konsepnya (al-musamma) dalam Al-Quran dan hadis-hadis nabawiyah.
- Dalil Sunnah
Kata “Khilafah” banyak dinyatakan dalam hadis,
“Sesungguhnya (urusan) agama kalian berawal dengan kenabian dan rahmat, lalu akan ada Khilafah dan rahmat.” (HR al-Bazzar).
Kata Khilafah dalam hadis ini memiliki pengertian: sistem pemerintahan, pewaris pemerintahan kenabian.
Ini dikuatkan oleh sabdanya, “Dulu Bani Israel dipimpin dan diurus oleh para nabi. Jika para nabi itu telah wafat, mereka digantikan oleh nabi yang baru. Sungguh setelah aku tidak ada lagi seorang nabi, tetapi akan ada para Khalifah yang banyak.” (HR Bukhari dan Muslim).
- Dalil Ijmak Sahabat
Sungguh para Sahabat ra. telah bersepakat wajib untuk mengangkat seorang imam (khalifah) setelah zaman kenabian berakhir. Bahkan, mereka menjadikan usaha mengangkat imam/khalifah sebagai kewajipan paling penting.
Menurut Imam ath-Thabari dalam Tarikh al-Umam wa al-Muluk, generasi awal Islam yang hidup pada kurun terbaik telah memberikan perhatian yang sangat besar terhadap urusan KeKhilafahan. Para Sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, khalifah sebelumnya wafat atau kerana ada sebab-sebab syarie lainnya. Ini menunjukkan bahawa Khilafah adalah wajib.
Sangat jelas, berdasarkan dalil-dalil, Khilafah adalah ajaran Islam. Khilafah adalah sebahagian dari syariat Allah SWT, menegakkannya adalah perintah Allah dan Rasul-Nya yang wajib ditunaikan umat Islam. Tidak ada alasan yang dapat diterima akal sihat untuk menolak Khilafah. Oleh demikian, menolak dan menentang Khilafah sama saja dengan menolak dan menentang ajaran Islam, sama saja dengan mencabar Allah dan Rasul-Nya.
————
#Rejab #KempenRejab2023 #PerubahanHakiki #Khilafah #demokrasi #kapitalisme #Islam #KrisisDunia #SistemIslam #khilafahawareness #islamicsystemawareness #kesedarantentangkhilafah #kesedarantentangsistemislam
#KhilafahBringsRealChange
بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي#
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki
