ANAK TANPA SISTEM KELUARGANYA ADALAH RENTAN IBARAT UMMAH TANPA SISTEM PEMERINTAHANNYA (Terjemahan)
Dunia memang huru-hara dan huru-hara ini menjelma dalam setiap lapisan masyarakat, salah satunya ialah kehidupan berkeluarga dan kehancurannya. Sebagai ahli terapi yang bekerja dengan anak-anak muda di Barat, kegagalan masyarakat pada umumnya, terlihat lebih jelas ketara dalam ruang privasi bilik perundingan saya.
Kajian mendapati bahawa cara kanak-kanak melihat dunia dirangka pertama sekali adalah berdasarkan pengalaman mereka di rumah, justeru cara ibu bapa menyusun keluarga mereka memainkan peranan penting dalam kesejahteraan remaja, sebagaimana cara ibu bapa berhubung antara satu sama lain. (H. Benson, Marriage Foundation)
Malangnya, akibat perpecahan keluarga dan semua impak negatifnya telah memberi kesan kepada semua kanak-kanak, termasuklah dari keluarga muslim. Belia muslim sedang mengalami cabaran kesihatan mental, seperti kebimbangan, gangguan mood, gangguan makan, gangguan penyesuaian, dan idea untuk membunuh diri (Basit & Hamid, 2010).
Selain itu, stigma mengenai penyakit mental dan rawatannya dalam masyarakat Islam sangat berakar umbi. Ini ditambah pula dengan budaya tidak percaya terhadap sistem kesihatan mental Barat yang didasarkan atas pandangan hidup yang berbeza.
Realitinya, ini juga bermakna anak muda muslim kadangkala melawat pusat perkhidmatan kesihatan mental tanpa pengetahuan keluarga mereka, dan anak muda ini enggan melibatkan keluarga mereka kerana merasakan masalah mereka sebenarnya berkait dengan sistem keluarga mereka. Akibatnya dari situasi ini ialah, anda selalunya hanya boleh bercakap dengan anak muda itu sahaja kerana mereka enggan memberi kebenaran untuk melibatkan sistem (keluarga). Jadi, tanpa ada pilihan lain, anda perlu cuba membantu remaja ini mengembangkan konsep yang lebih sihat tentang diri mereka dan dunia di sekeliling mereka, mengajarkan kepada mereka tingkah laku untuk membantu mereka melalui tempoh yang sukar, dan tawarkan kepada mereka teknik untuk meneruskan apa yang telah mereka pelajari.
Malangnya, anda tahu bahawa sesi satu jam seminggu tidak akan mampu mengurangkan beban interaksi harian mereka dengan keluarga, sekolah atau persekitaran kerja yang bermasalah, serta masyarakat yang gagal (keadaan persekitaran yang mereka diami penuh dengan pelbagai masalah sosial, moral dan ekonomi turut menjejaskan mereka). Anak-anak muda ini hidup dalam masyarakat yang lebih meletakkan nilai dan status seseorang berdasarkan kepada apa yang diperolehi (pendapatan/kekayaan), rupa dan apa yang mereka miliki berbanding melihat pada perwatakan individu sama ada baik dan suka menolong. Masyarakat ini menetapkan matlamat hidup yang cetek, di mana anak-anak muda diajar untuk mendapatkan pengiktirafan yang tidak realistik dan tidak rasional daripada orang lain. Dalam masa yang sama, sentiasa dihujani melalui media sosial dengan pelbagai gambaran tentang bagaimana kehidupan sempurna yang “sepatutnya.”
Sebagai seorang ahli terapi, anda berharap dan berdoa agar klien anda akan tetap membuat keputusan yang betul, mempunyai guru yang baik dan memahami, bertemu rakan yang baik dan setia, menyertai kumpulan halaqah yang menyokong di masjid. Dan yang paling penting mencari seseorang dari kalangan ahli keluarga yang mereka boleh percayai, bersandar, serta mahu terus menyokong mereka.
Demikianlah bagaimana pentingnya kehidupan berkeluarga tatkala berhadapan dengan masalah-masalah seperti ini. Sekaligus dapat dilihat betapa pentingnya untuk kita dapat terlibat dalam sesebuah sistem keluarga dari kalangan anak-anak muda seperti ini. Bukankah patut menjadi satu kemestian bagi seorang remaja yang bermasalah untuk dapat kembali pada sistem sokongannya (keluarganya) tatkala mereka berhadapan dengan isu kesihatan mental, dan bukan sebaliknya mereka ditinggalkan atau dibiarkan untuk mempertahankan diri secara sendirian dalam situasi masyarakat yang sudah toksik?
Realiti ini sebenarnya mengingatkan saya kepada keadaan ummah secara amnya, bagaimana mungkin anda boleh membantu anak muda tanpa melibatkan sistem (keluarganya). Ia adalah sistem dengan semua elemen yang berbeza; contoh: ibu bapa, adik-beradik, datuk nenek, ibu saudara dan bapa saudara, anak saudara dan sepupu yang boleh memberikan keselamatan, sokongan, tempat tinggal, pendampingan, nasihat (peneguhan secara positif) dan komunikasi yang sangat diperlukan oleh anak-anak muda ini. Ibu bapa perlulah dimaklumkan tentang kebimbangan dan masalah anak-anak mereka, dan perlu bersama-sama cuba mencari jalan untuk membantu mereka. Dan, ya, kebanyakan daripada keluarga kita memiliki sikap turun temurun yang menyukarkan dan adakalanya toksik, namun setiap keluarga mempunyai cabaran tersendiri. Bahkan mereka juga mempunyai kekuatan dan potensi untuk terus tumbuh dalam pelbagai area masing-masing.
Namun negara yang menjadi sistem sokongan ummah hari ini, merupakan sebuah sistem yang tidak membenarkan kita untuk terlibat dalam menyelesaikan masalah dengan cara sepatutnya. Justeru, Khilafah-lah (sistem pemerintahan Islam) sebenarnya yang benar-benar bebas dari sebarang kecacatan kerana ia berdasarkan aturan apa diturunkan oleh Allah (swt), Pencipta kita. Sistem negara ini berasaskan sistem kepercayaan menyeluruh yang mampu menyelesaikan semua masalah manusia dengan cara yang terbaik. Ia adalah sistem yang akan memastikan keharmonian, kemakmuran, keselamatan, dan keadilan untuk semua pihak. Allah (swt) menyediakan penyelesaian — dengan kebijaksanaan-Nya yang tidak terhingga — kepada semua masalah hidup manusia. Maka, cara untuk menghidupkan penyelesaian ini adalah melalui penubuhan negara Khilafah berdasarkan manhaj kenabian yang akan menerapkan semua ajaran Islam, nilai, prinsip, undang-undangnya dan sistem Islam (sebagai cara hidup yang komprehensif) di negeri-negeri kaum Muslim.
Tanpa penglibatan sistem negara seperti ini, kita ibarat remaja-remaja tadi, mengalami segala macam masalah, namun tidak dapat melibatkan aturan Islam dalam sistem kehidupan kita. Maka, hal ini menyebabkan kita mudah terdedah atau rentan terhadap pelbagai masalah disekeliling kita
“Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [Surah Ta-Ha: 123-124]
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
oleh Yasmin Malik
Anggota Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
#KhilafahBringsRealChange
بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي#
#KhilafahMembawaPerubahanHakiki

