Site icon MuslimahHTM News

PERTOLONGAN ALLAH SWT KEPADA ORANG-ORANG YANG BERBAIK SANGKA DAN TIDAK PUTUS ASA

PERTOLONGAN ALLAH SWT KEPADA ORANG-ORANG YANG BERBAIK SANGKA DAN TIDAK PUTUS ASA (Terjemahan)

﴿وَكَانَ حَقّاً عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ﴾

“…Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman” [Surah Ar-Rum: 47]

Keadaan umat Islam yang menyakitkan dan kehidupan mereka yang sengsara di seluruh pelusuk muka bumi tidak tersembunyikan daripada sesiapa pun. Di mana sahaja anda mengalihkan pandangan anda, anda akan melihat negara-negara berperang melawan mereka, tanah air mereka dan keupayaan mereka. Malah penguasa mereka sendiri merupakan `penjenayah’ yang menguasai mereka. Anda akan turut melihat peperangan, kemiskinan, kelaparan, ketidakamanan dan sekatan dilakukan ke atas mereka dalam perkara-perkara terkait urusan ibadah dan ritual agama mereka. Ramai orang Islam, menyedari realiti pahit ini, merasa berputus asa dan kecewa. Mereka telah hilang harapan bahawa keadaan akan berubah, bahawa kegelapan malam akan berlalu, dan bahawa fajar akan menyingsing. Sesungguhnya, ada yang berputus asa kepada manusia dan menafikan kebaikan dan kewajaran daripada mereka, sehingga mereka putus asa lalu berhenti daripada terus bekerja untuk mengubah realiti yang menyakitkan ini. Malah sebahagian pula mula mengejek orang-orang yang masih bekerja melakukan perubahan serta usaha-usaha yang dilakukan.

Peraturan asas bagi seorang Muslim, walaupun dalam realiti yang menyakitkan ini, adalah bahawa dia tidak boleh berputus asa dan hilang harapan terhadap rahmat Allah. Allah (swt) telah melarang berputus asa dan kecewa; sebagaimana firman Allah (swt):

﴿إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ﴾

…Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” [Surah Yusuf: 87].

Berputus asa adalah sikap yang buruk kepada Allah SWT, sebagaimana dalam firman-Nya:

﴿وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنْسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَى بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَؤُوساً﴾

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.” [Surah Al-Israa’: 83].

Dan sebagaimana seorang Muslim tidak boleh berputus asa dari rahmat dan pengampunan Allah, dia juga tidak boleh berputus asa sesama manusia dan menyangka bahawa jika dia mengucapkan selamat tinggal kepada mereka adalah lebih baik. Ini kerana umat Islam adalah umat yang baik; kebaikan dan harapan tidak berkurangan dari keturunannya, seperti dalam sabda Rasulullah SAW:

إِذَا قَالَ الرَّجُلُ هَلَكَ النَّاسُ فَهُوَ أَهْلَكُهُمْ

Apabila ada seseorang yang berkata; ‘Celakalah manusia’, maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka.” (HR Muslim No: 4755)

Dan ia bermaksud yang paling binasa di antara mereka, dan telah diriwayatkan bahawa “celakalah mereka” dengan tuduhan, dan maksudnya adalah untuk menjadikan mereka binasa, bukan bahawa mereka telah binasa secara realitinya.

Orang Islam perlu ingat bahawa kuasa dan kekuatan Allah (swt) melebihi semua kekuasaan para penzalim dan penindas, dan bahawa apa yang kita lihat sebagai sukar atau mustahil adalah mudah bagi Allah. Keyakinan ini adalah teras akidah, yang mewajibkan umat Islam untuk mempercayainya dengan keyakinan yang teguh yang tidak dicemari oleh sebarang keraguan, bahkan tidak bercampur-baur dengan keraguan. Hal ini sebagaimana umat Islam terdahulu dalam peperangan Al-Ahzab, walaupun kaum kuffar bersatu memerangi mereka dan mereka kekurangan dari segi kekuatan fizikal, namun mereka yakin dengan kemenangan Allah.

Allah (swt) berfirman:

﴿وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَاناً وَتَسْلِيماً﴾

Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:” Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.” [Surah Al-Ahzab: 22].

Berbeza dengan kedudukan kaum munafik dan para pendusta, yang mana telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

﴿وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُوراً﴾

Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja,” [Surah Al-Ahzab: 12].

Saya teringat aka napa yang telah disampaikan tentang Umar al-Mukhtar, bahawa dia telah diberitahu bahawa: “Itali memiliki pesawat (perang), tetapi kita tidak.” Dia berkata: “Adakah mereka terbang di atas atau di bawah Arasy?” Mereka berkata: “Di bawahnya, wahai Omar.” Dia berkata: “Siapa yang berada di atas Arasy bersama kita (yakni Allah), maka janganlah apa yang di bawahnya membuatkan kita takut.”.”

Ujian dan penelitian adalah salah satu Ahkaam (hukum) Allah dalam Alam Semesta untuk membezakan yang buruk dari yang baik, dan menyokong mereka yang mendukung-Nya (agama-Nya). Allah (swt) berfirman:

﴿أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ﴾

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” [Surah Al-Baqara: 214].

Walaupun di tengah-tengah ujian dan tribulasi, keyakinan orang beriman kepada Tuhannya dan kemenangan-Nya untuk hamba-hamba-Nya pasti muncul. Sebagaimana; Nabi kita Musa A.S, apabila dia dan orang-orang yang bersamanya keluar, lalu Firaun mengikuti mereka sehinggalah mereka berakhir di laut. Nabi Musa dan kumpulannya tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri, tetapi dia tetap yakin akan kemenangan Allah, Allah (swt) berfirman:

﴿فَلَمَّا تَرَاءَى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَى إِنَّا لَمُدْرَكُونَ قَالَ كَلَّا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ﴾

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: “Sesungguhnya kita akan dapat ditawan”. Nabi Musa menjawab: “Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku”. [Surah Ash-Shu’ara: 61-62].

Manakala Nabi kita Muhammad (saw), tatkala dia dikejar oleh kafir Quraisy, dia telah menjanjikan Suraqah dengan dua gelang Kisra (Raja Parsi), dan meyakinkan Abu Bakar semasa mereka berada di dalam gua bahawa Allah bersama mereka dan bahawa Dia akan menyokong mereka. Dari Abu Bakar As-Siddiq (ra), dia berkata: “Aku melihat kaki orang-orang musyrik ketika kami berada di dalam gua, dan mereka berada di atas kepala kami. Aku berkata: “Wahai Rasulullah, jika salah seorang dari mereka melihat ke bawah kakinya, dia akan melihat kita”. Beliau (saw) berkata: «يَا أَبَا بَكْرٍ، مَا ظَنُّكَ بِاثْنَيْنِ اللَّهُ ثَالِثُهُمَا» “Wahai Abu Bakar! Bagaimana pendapatmu tentang dua orang yang ketiganya adalah Allah?”

Sepanjang sejarah, umat Islam telah melalui banyak masa yang sukar dan realiti pahit, sebagaimana kita juga, sehingga disangkakan bahawa Islam dan umat Islam tidak akan wujud lagi, seperti usaha pendudukan tentera Salib di Baitulmaqdis dan pencerobohan Mongol dan Tartar ke atas wilayah-wilayah Islam. Namun, ternyata Allah memudahkan bagi umat ini orang-orang yang setia kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, dan menjaga batas-batas-Nya, maka Dia memberi mereka kemenangan serta kekuasaan ke atas musuh mereka. Allah (swt) berfirman:

﴿وَكَانَ حَقّاً عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ﴾

“…Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman” [Surah Ar-Rum: 47].

Manusia secara fitrahnya menyukai berita gembira, dan jiwanya ditenangkan dengan berita sedemikian, dan ia memberi motivasi yang kuat kepada mereka untuk bertindak. Maka sebenarnya, berita gembira kemenangan bagi Islam dan umat Islam serta kekuasaan mereka atas dunia sangatlah banyak. Ini termasuklah firman Allah:

﴿وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” [An-Nur :55].

Dan khabar gembira dari Rasulullah SAW tentang kembalinya Khilafah selepas kekuasaan yang menindas:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلاَفَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكاً عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكاً جَبْرِيَّةً فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلاَفَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ نُبُوَّةٍ. ثُمَّ سَكَتَ

Rasulullah (saw) bersabda: ‘Akan ada nubuwwah (kenabian) di tengah-tengah kalian selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki, lalu Dia mengangkatnya (berakhir) bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya. Kemudian ada kekhilafahan di atas jalan kenabian selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya. Kemudian ada kerajaan yang menggigit selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya. Kemudian ada pemerintahan yang menindas (diktator) selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya. Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian. Kemudian baginda diam”. [HR Ahmad No 17680].

«لَيَبْلُغَنَّ هَذَا الْأَمْرُ مَا بَلَغَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ، وَلَا يَتْرُكُ اللَّهُ بَيْتَ مَدَرٍ وَلَا وَبَرٍ إِلَّا أَدْخَلَهُ اللَّهُ هَذَا الدِّينَ، بِعِزِّ عَزِيزٍ أَوْ بِذُلِّ ذَلِيلٍ؛ عِزّاً يُعِزُّ اللَّهُ بِهِ الْإِسْلَامَ، وَذُلّاً يُذِلُّ اللَّهُ بِهِ الْكُفْرَ»

Sesungguhnya agama ini akan sampai ke semua tempat yang sampai padanya siang dan malam. Allah tidak akan melewatkan satu rumahpun baik di kota atau pedesaan, kecuali Allah akan memasukkan agama ini ke dalamnya, dengan kemuliaan orang yang mulia atau dengan kehinaan orang yang hina. Mulia kerana Allah memuliakannya dengan Islam, dan hina kerana Allah menghinakannya dengan kekafiran.” [HR Ahmad]

Allah dan Rasul-Nya tidak akan menyalahi apa yang mereka janjikan, dan kami memohon kepada Allah (swt) bahawa janji ini akan segera berlaku, dan kami akan menjadi saksi pada hari tersebut.

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh

Bara’ah Manasrah

#KhilafahBringsRealChange

‎بالخلافة_يحصل_التغيير_الحقيقي#

#KhilafahMembawaPerubahanHakiki

Exit mobile version