Laporan Webinar Istimewa Rejab 2023: Tadabbur Surah At Tahrim ayat 6
18 Feb 2023 – Kuala Lumpur Lajnah Mubalighah MHTM telah mengadakan “Tadabbur Istimewa Rejab Surah At-Tahrim ayat 6 yang bertemakan Kepentingan didikan agama yang sempurna dalam keluarga, yang telah disampaikan oleh Ustazah Aisyah Ismail. Fokus penyampaian Ustazah Aisyah terhadap cabaran realiti umat hari ini dari sudut ekonomi, sosial dan pendidikan khususnya dalam membentuk keluarga muslim sejati. Setiap individu dalam keluarga memainkan peranan yang penting untuk mempelajari ilmu agama kerana dengannya setiap anggota keluarga akan sailing harmoni melaksanakan amanah dan peranan masing-masing. Seterusnya, membentuk masyarakat yang memiliki kesedaran melaksankan syariat Islam dan menjalankan amar makruf nahi mungkar. Sudah pasti, negara turut memainkan peranan yang sangat penting menerapkan syariat Islam Kaffah bagi memastikan kelestarian kesejahteraan setiap umat.
Alhamdulillah para peserta yang hadir memberi respon yang positif. Semoga perkongsian ini menjadi titik mula untuk masyarakat khususnya para peserta yang hadir berusaha bersama-sama menuju perubahan hakiki dengan melaksanakan syariat Islam sepenuhnya.

