TIGA TAHAP DOA DAN UJIAN: APA HUBUNGANNYA DENGAN SYAABAN?
Oleh: Ustaz Hafidz Abdurrahman
Al-‘Allamah Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah menjelaskan
للدعاء مع البلاء ثلاث مقامات:
أحدها: أن يكون أقوى من البلاء فيدفعه.
الثاني: أن يكون أضعف من البلاء فيقوى عليه البلاء، فيصاب به العبد، ولكن قد يخففه وإن كان ضعيفاً.
الثالث: أن يتقاوما ويمنع كل واحد منهما صاحبه. (الجواب الكافي)
Doa dan ujian (bala’) itu mempunyai tiga tahap.
Pertama, doa lebih kuat berbanding bala’, sehingga mampu menangkal bala’.
Kedua, doa lebih lemah berbanding bala’, sehingga boleh dikalahkan oleh bala’. Kerana itu, seseorang ditimpa bala’, tetapi doanya meringankan bala’nya, walaupun doanya itu lemah.
Ketiga, doa dan bala’ itu sama-sama bertarung, sehingga masing-masing saling menangkal empunya.
Itulah keutamaan doa. Dalam kitab Madza fi Sya’ban, karya Abuya Sayyid Muhammad diulas, bahawa Syaaban adalah bulan istighfar (memohon ampunan), bulan selawat, kerana surah al-Ahzab: 56 (perintah berselawat) turun pada bulan Syaaban.
Dengan memohon ampunan dan memperbanyak selawat, hajat kita dijauhkan dari bala’ akan diijabah oleh Allah.
Begitu juga hajat mendapatkan kemudahan akan dimudahkan oleh Allah
Syaaban juga bulan diijabahnya keinginan Nabi Muhammad untuk menghadapkan wajahnya ke Kaabah, Baitullah, di Mekah, ketika solat, setelah sebelumnya menghadapkan wajahnya ke Baitul Maqdis, Palestin.
Syaaban juga bulan al-Quran, kerana itu para ulama meninggalkan pekerjaan mereka, dan fokus membaca dan menelaah al-Quran.
Dengan semuanya itu, Allah akan buka berbagai pintu keberkahan dan kebaikan, dari langit dan bumi. Dijauhkan dan bala’.
Itulah kemuliaan Syaaban. Bahkan Nabi memperbanyakkan puasa, kerana Syaaban juga bulan diangkatnya doa ke langit. Nabi ingin, saat doanya diangkat, Baginda dalam keadaan berpuasa.
Kerana Syaaban adalah bulan diangkatnya doa, dibukakan pintu langit, maka ketuklah pintu-Nya dengan kuat, kuatkanlah doa kita, insya Allah, akan diijabah oleh Allah.
اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

