Site icon MuslimahHTM News

Pendidikan Anak: Bersikap Adil terhadap Anak

[Keluarga] Pendidikan anak: Bersikap Adil terhadap Anak

 

Penulis: Naila Zayyan

 

Ayah Ibu, setiap ibu bapa mesti menyayangi anak mereka. Ibu bapa yang mempunyai anak lebih dari seorang kadangkala berhadapan dengan syarat mesti dapat berlaku adil kepada anak-anaknya baik dari segi pemberian (hibah) mahupun nafkah. Rasulullah SAW bersabda,

 

“Adillah kepada anakmu, adillah kepada anakmu, adillah kepada anakmu!” [HR Abu Dawud, Nasa’i, dan Ibnu Hibban dihasankan oleh Al-Albani dalam Silsilah Shahihah No. 1240].

 

Adil tidak bermakna sama rata atau sama dalam kuantiti. Namun, adil bermaksud kadar mengikut keperluan setiap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa mempunyai tiga orang anak, ada yang masih bayi, umur sekolah rendah, dan sekolah menengah rendah. Sudah tentu keperluan abang yang berada di sekolah menengah jauh lebih besar daripada adik-adiknya. Oleh itu, mesti diterangkan kepada anak-anak bahawa keperluan mereka berbeza dan tidak boleh cemburu antara satu sama lain.

 

Adil dalam Hibah dan Nafkah

 

Berkenaan dengan hibah ibu bapa kepada anak-anak (hibah), jumlahnya mestilah sama untuk semua anak-anak, tidak boleh dibeza-bezakan, tidak boleh pilih kasih. Jadi, pada asasnya hibah mesti diberi secara adil atau sama rata. Walau bagaimanapun, adalah dibenarkan untuk membezakannya disebabkan oleh syarat-syarat tertentu.

 

Contohnya ada anak cacat sehingga tidak dapat bekerja, atau sibuk belajar sehingga tidak dapat bekerja, atau mempunyai anak ramai sehingga gaji tidak mencukupi. Atau juga keadaan lain, misalnya ada anak yang derhaka dan suka melakukan perbuatan maksiat, maka ibu bapa tidak boleh memberi hibah kepada anak tersebut.

 

Pemberian ini adalah hak anak-anak bersama. Anak-anak mesti saling redha antara satu sama lain jika ibu bapa ingin menghibahkan harta kepada salah seorang anak. Ini tidak menjadi masalah tetapi komunikasi yang baik diperlukan supaya pada masa hadapan hibah tersebut tidak menimbulkan masalah.

 

Rasulullah SAW bersabda,

اعْدِلُوا بَيْنَ أَوْلادِكُمْ فِي النُّحْلِ، كَمَا تُحِبُّونَ أَنْ يَعْدِلُوا بَيْنَكُمْ فِي الْبِرِّ وَاللُّطْفِ

“Bersikaplah adil di antara anak-anak kalian dalam hibah, sebagaimana kalian menginginkan mereka berlaku adil kepada kalian dalam berbakti dan berlemah lembut.” [HR Al-Baihaqi dalam As-Sunan al-Kubra No. 12.003]

 

Manakala bagi nafkah ibu bapa kepada anak mestilah bersesuaian dengan keperluan anak di mana jumlahnya berbeza-beza.

 

Mengenai hibah, terdapat hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari kisah An-Nu’man bin Basyir, bahawa ayahnya datang membawanya kepada Rasulullah SAW  dan berkata,

 

“Sungguh aku telah memberi pemberian berupa seorang budak milikku kepada anakku ini.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “ Adakah semua anakmu kau beri seperti (anakmu) ini?” Dia menjawab, “ Tidak.” Maka Rasulullah SAW bertanya, “ Adakah engkau senang apabila mereka (anak-anakmu) semuanya berbakti kepadamu dengan sama?” Dia menjawab, “ Aku mahu (wahai Rasulullah).” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “ Kalau begitu, jangan kau lakukan (pilih kasih).” [HR Bukhari kitab Al-Hibah: 12, Muslim kitab Al-Hibah: 9, 10, 17 dan Tirmidzi kitab Al-Ahkam: 30]

 

Jangan Pilih Kasih kepada Anak

 

Lain pula kalau soal kasih sayang. Ibu bapa tidak sepatutnya membezakan antara seorang anak dengan anak yang lain. Kasih sayang ibu bapa mestilah diberikan sama rata kepada anak-anak dan tidak boleh dibeza-bezakan. Jika ada kecenderungan ibu bapa lebih menyayangi seorang anak, cuba jangan tunjukkan di hadapan anak.

 

Kita pastinya tidak menjangkakan jika ada anak yang sedih atau terguris hati kerana perangai ibu bapa yang cenderung lebih menyayangi seorang anak berbanding anak yang lain. Jadi seboleh-bolehnya kita menjaga perasaan anak-anak kita.

 

Insyaallah setiap anak memiliki keistimewaan, kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Seboleh-bolehnya ibu bapa cuba berlaku adil dari segi kasih sayang ini dan tidak menunjukkan pilih kasih.

 

Syeikh Abdul Ghani Al-Nablisi berkata, “Sikap pilih kasih ibu bapa terhadap anak-anak akan menimbulkan permusuhan, dengki dan kebencian di antara anak-anak itu sendiri, kemudian akibat yang seterusnya ialah terputusnya hubungan kekeluargaan yang disebabkan oleh pilih kasih orang tua.”

 

Teladan Rasulullah SAW dalam Hal Adil kepada Anak

 

Rasulullah SAW adalah teladan bagi kita semua. Baginda menjadi pendakwah, bapa, dan ketua negara.

 

Sebagai seorang ayah, baginda sangat besar cintanya dan menyayangi Fatimah RA, anak perempuannya. Baginda juga merupakan ketua negara yang wajib melaksanakan sistem sekatan dalam Islam kaffah. Apabila seseorang melanggar hukum syariah Islam, maka mesti diberi pembalasan walaupun pelakunya adalah anak kesayangannya.

 

‘Aisyah RA menyampaikan,

 وَأَيْمُ اللهِ، لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا

“Demi jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya, seandainya Fatimah puteri Muhammad mencuri, aku akan memotong tangannya.” [HR Al-Bukhari No. 6788 dan Muslim No. 1688]

 

Begitulah ketegasan Rasulullah SAW dalam melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Nikmat dari keadilan baginda dirasai berkah oleh seluruh rakyat di negara Islam kerana melindungi segenap elemen masyarakat dan agama tanpa melupakan rasa kasih sayang kepada seluruh ahli keluarga terutama anak-anaknya.

 

Exit mobile version