Site icon MuslimahHTM News

Ramadhan dan Kesatuan Umat

[TSAQAFAH] Ramadhan dan Kesatuan Umat

 

Penulis: Najmah Saiidah

 

Bahagia dan syukur tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah Swt. kerana kita kembali menapaki Ramadhan, bulan mulia penuh berkah. Akan tetapi, di sebalik kebahagiaan ini, sering kali terselit was-was, apakah umat Islam di seluruh dunia akan mengawali dan mengakhiri Ramadhan pada hari yang sama?

 

Hati kecil kita jelas berharap agar awal dan akhir Ramadhan, Aidilfitri, mahupun Aidiladha boleh dilaksanakan serentak di seluruh dunia dan kaum muslim di seluruh dunia berada dalam kepemimpinan yang satu, iaitu Islam.

 

Namun, kita bersyukur, tahun ini (2023) kita dapat mengawali Ramadhan bersama-sama, walaupun dengan alasan berbeza. Sebahagian menggenapkan Syaaban 30 hari (istikmal) dan sebahagian masih memantau munculnya hilal pada Rabu (22-3-2023) dengan melakukan sidang isbat pada Rabu malam.

 

Di Bawah Satu Komando

 

Namun, perbezaan alasan mahupun waktu mengawali dan mengakhiri Ramadhan saat ini sudah tidak lagi menjadi masalah. Sepertinya, masyarakat sudah terbiasa dengan perbezaan ini dan masing-masing cuba memahami serta menghormati perbezaan antara satu sama lain.

 

Padahal, jika kita berkaca pada apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat, maka sesungguhnya mereka memulakan shaum Ramadhan dan mengakhirinya secara bersamaan. Fenomena dan keadaan alam pun sesungguhnya menguatkan hal tersebut. Jarak terjauh tidak akan membezakan hari. Rentang waktu terlama di belahan dunia ini adalah 12 jam, tidak sampai melebihi satu hari atau 24 jam. Lebih-lebih lagi, bulan itu cuma satu. Tentu saja awal dan akhir bulan pun sepatutnya satu atau sama.

 

Allah Taala dan Rasulullah SAW juga memerintahkan kita untuk mengawali dan mengakhiri Ramadhan dengan rukyatulhilal atau melihat awal terbitnya Ramadhan. Saat ini pula sesungguhnya umat Islam di seluruh dunia dapat mengawali dan mengakhiri Ramadhan pada hari yang sama.

 

Tentu saja ini hanya boleh diadakan bilamana umat Islam dipersatukan dalam satu komando dan kepemimpinan dunia. Kepemimpinan dan komando yang satu ini tidak lain adalah kekhalifahan Islam yang telah disyariatkan Islam dan terbukti selama belasan abad mampu menyatukan umat Islam di seluruh dunia. Kaedah syarak menyatakan, “Amrul imaan yarfaul khilaf,” perintah seorang imam/pemimpin akan menghilangkan perbezaan/perselisihan.

 

Walhasil, perbezaan dalam mengawali dan mengakhiri Ramadhan boleh di atasi ketika umat memiliki satu kepemimpinan. Lebih-lebih lagi, Allah memang menjadikan Ramadhan, Aidilfitri, dan Aidiladha sebagai simbol kesatuan umat Islam.

 

Umat Islam di seluruh dunia dipersatukan dengan melaksanakan shaum Ramadhan dan dengan menjalankan solat `Eid (hari raya). Lalu ketika Zulhijjah, sebahagian umat Islam dari seluruh dunia berkumpul di Mekah dan sekitarnya untuk berhaji, sedangkan kaum muslim lainnya shaum Arafah pada 9 Zulhijjah dan menunaikan solat `Eid keesokan harinya. Diteruskan pada tiga hari tasyrik dengan aktiviti menyembelih haiwan korban.

 

Berlangsung secara Bersamaan 

 

Sepatutnya, seluruh aktiviti ini dijalankan secara bersamaan oleh seluruh kaum muslim di seluruh dunia, tanpa kecuali. Banyak sekali hadis Rasul yang memerintahkan kita, kaum muslim, untuk memulakan Ramadhan ataupun berbuka (Aidilfitri) secara serentak di seluruh belahan dunia mana pun.

 

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِين

“Berpuasalah kalian dengan melihatnya (bulan) dan berbukalah kalian dengan melihatnya (bulan). Maka apabila tertutup mendung, sempurnakanlah Syaaban menjadi 30 hari.” (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ra.).

 

لاَ تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْا الْهِلاَلَ وَلاَ تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ

“Janganlah kalian berpuasa hingga melihat hilal dan janganlah berbuka (Aidilfitri) hingga melihatnya (hilal).” (HR Bukhari dari Ibnu ‘Umar ra.).

 

Imam Ahmad mengatakan,

يَصُومُ مَعَ الْإِمَامِ وَجَمَاعَةِ الْمُسْلِمِينَ فِي الصَّحْوِ وَالْغَيْمِ

“Berpuasalah bersama Imam bersama jemaah kaum muslim, baik dalam keadaan cuaca cerah atau mendung.”

 

Hadis-hadis ini memerintahkan seluruh umat Islam (dhamir-nya jamak) dalam memulakan dan mengakhiri puasa Ramadhan. Siapa pun umat Islam dari seluruh dunia boleh melihatnya. Manusia tidak boleh memutlakkan bahawa bulan itu mesti terlihat di Indonesia, Malaysia atau di tempat tertentu setiap tahunnya. Ini kerana bulan, bumi, dan benda-benda langit terus bergerak. Kekuasaan Allah dengan segala keMaha-kuasaan-Nya untuk menampakkan bulan di hujung belantara Afrika, di padang Arab Saudi, di lautan Antartika, ataupun di sudut ufuk mana pun di belahan dunia sesuai kehendak-Nya.

 

Jika ada seorang muslim yang menyaksikan hadirnya bulan baru, kemudian diambil sumpahnya dan orang tersebut menyanggupinya untuk bersumpah, kaum muslim yang lain hendaklah mengikutinya. Di sinilah berlaku rukyat global sebagaimana pendapat jumhur ulama.

 

Pada masa Rasulullah SAW, pelaksanaannya secara terpimpin oleh Rasul, lalu dilanjutkan oleh khulafaurasyidin dan khulafa selanjutnya. Secara terpusat, pengambilan keputusan rukyatul hilal oleh pimpinan umat Islam (khalifah) tetap terjaga dan memang penentuan awal Ramadhan merupakan hak dan kekuasaan imam, ketua negara, atau khalifah. Jelaslah dapat dilihat di sini betapa peranan khalifah sangat penting untuk mempersatukan umat Islam dalam satu komando.

 

Selanjutnya, jika kita menelusuri lebih dalam tentang Ramadhan, sesungguhnya pemeliharaan persatuan ini juga boleh diwujudkan ketika Ramadhan. Kenapa tidak, kerana sebelum datangnya Ramadhan, salah satu ke­biasaan yang lazim dilakukan dan sangat dianjurkan adalah ber­maaf-maafan. Dengan ber­maaf-maafan, seluruh per­soalan yang ada, serta ko­munikasi yang selama ini goyah, menjadi kembali terjalin.

 

Ber­maaf-maafan juga mengukuhkan ikatan hati di antara se­s­ama kaum muslim. Benih-benih perpecahan dan per­be­zaan pendapat menjadi pupus se­­telah semuanya saling memaafkan. Ikatan per­saudaraan men­jadi tumbuh kian kuat. Hal ini juga merupakan usaha membersihkan hati atas se­gala penyakit sehingga ketika me­masuki Ramadhan kita bera­da dalam keadaan suci.

 

Ibadah shaum yang dijalani merupakan usaha me­­numbuhkan kepedulian terhadap sesama manusia, yakni kepedulian untuk saling berbahagi dan mera­sa­kan keadaan sau­dara kita yang mengalami keter­ba­tasan dalam hidup. Semangat keber­sa­maan juga menguat kerana shaum menumbuhkan empati dan semangat berkongsi.

 

Selain itu, ketika Ramadhan, kita sangat dianjurkan untuk melaksanakan iba­dah solat berjemaah. Ja­ngan­kan iba­dah wajib, yang sunnah seperti Tarawih dan Witir juga di­kerjakan ber­je­maah. Hal itu tentu meng­uatkan semangat keber­samaan yang sebelumnya telah ada me­lalui momen tersebut. Selu­ruh persoalan yang ada dapat disimpulkan secara bersama-sama, yakni ke­­tika semua pihak menge­de­pan­kan pentingnya semangat ke­sa­tuan.

 

Bukan sekadar itu, di akhir Ramadhan, salah satu ibadah yang wajib ditunaikan agar shaum sempurna adalah kewajipan membayar zakat fitrah. Ini jug­a mengajarkan kita tentang kepedulian sosial dan me­nguatkan rasa saling memberi k­e­­pada yang lebih memerlukan.

 

Semua itu diperkuat oleh pe­laksanaan solat `Eid yang dianjurkan untuk dilak­sanakan di tanah lapang. Ini sebagai sa­rana menyempurnakan se­mangat kebersamaan yang telah dipupuk sepanjang Ramadhan. Se­mua peringkat masyarakat ikut serta me­nu­ju ke tanah lapang untuk melak­sanakan solat `Eid. De­wasa, kanak-kanak, remaja, hingga wanita yang sedang berhalangan, juga dianjurkan hadir men­dengarkan ceramah.

 

Dari semua paparan di atas, kita dapat melihat betapa Allah Taala telah menata Ramadhan dan Aidilfitri sebagai usaha sistematik untuk mewujudkan kesatuan sekaligus mem­per­kuat kesatuan umat dan ke­ber­samaan di kalangan kaum muslim. Inilah salah satu hikmah ibadah shaum yang telah Allah ciptakan agar umat Islam bersatu.

 

Khatimah

 

Hanya saja, kesatuan umat ini secara hakiki hanya akan dapat diwujudkan ketika umat Islam berada dalam komando seorang pemimpin, iaitu khalifah yang menerapkan syariat Islam secara kaffah terhadap seluruh umat dan menjalankan dakwah secara nyata.

 

Ketika saat ini kepemimpinan yang satu tersebut belum terwujud, langkah konkrit yang perlu kita lakukan adalah berjuang secara maksima untuk menegakkan Khilafah di muka bumi ini dengan melakukan proses pencerdasan dan penyedaran ke tengah-tengan umat akan pentingnya institusi Khilafah.

 

Dengan demikian, umat akan rindu untuk menerapkan syariat Islam di muka bumi ini dan akan berperanan aktif berjuang untuk tegaknya syariat dan Khilafah. Wallahualam.

 

#RamadhanMubarak #Ramadhan #rukyatulhilal #kesatuanumat #RamadhanberkahdenganKhilafah

Exit mobile version