TELADANI IMAM ABU HANIFAH YANG WARAK
Oleh: Ustaz Arief B. Iskandar
Puasa Ramadhan sejatinya melahirkan ketakwaan pada diri seorang Muslim. Takwa sejatinya melahirkan salah satu sikap mulia, yakni warak (sentiasa bersikap hati-hati kerana khuatir terjerumus ke dalam dosa).
Terkait sikap warak ada kisah menarik. Dikisahkan bahawa Imam Abu Hanifah rahimahulLaah pernah menahan diri tidak memakan daging kambing. Hal itu beliau lakukan setelah mendengar bahawa ada seekor kambing milik jiran tetangganya dicuri. Beliau menahan diri tidak memakan daging kambing selama beberapa tahun sesuai dengan usia kehidupan kambing pada umumnya hingga diperkirakan kambing itu telah mati (Syu’aib bin Saad al-Harifis, Ar-Rawdh al-Faiq, hlm. 215).
Boleh jadi Imam Abu Hanifah rahimahulLaah bertindak demikian kerana beliau khuatir–tanpa pengetahuannya–kambing itu diperjualbelikan di pasar atau di tengah-tengah masyarakat. Lalu dia tidak sengaja memakan daging kambing yang hilang tersebut.
Begitulah Imam Abu Hanifah rahimahulLaah. Beliau memiliki sikap warak yang luar biasa. Sikap warak ini sudah pastinya muncul dari rasa takut kepada Allah SWT. Rasa takut kepada Allah SWT akan melahirkan sikap warak (hati-hati), bukan sahaja saja terhadap perkara-perkara yang haram, tetapi juga terhadap perkara-perkara yang syubhat.
Itulah mengapa, kata Imam Ibnu Rajab rahimahulLaah:
وأفضلُ الأعمالِ خشيةُ الله في السرِّ والعلن – إبن رجب، فتح الباري (٦٣/٤)
Amal yang paling utama adalah sentiasa memiliki rasa takut kepada Allah, baik dalam kesunyian (waktu sendiri) mahupun dalam keramaian. (Ibnu Rajab, Fath al-Bari, 4/36).
Semoga puasa Ramadhan kali ini benar-benar makin menumbuhkan rasa takut kita kepada Allah SWT, yang melahirkan sikap warak (hati-hati) dalam diri kita. Aamiin.
#kisahteladan #ImamAbuHanifah #sikapwarak

