[Nafsiyah] Sisa waktu untuk Berdakwah
Sering kali kita mengoptimumkan dalam meluangkan masa untuk memenuhi urusan peribadi kita, sedangkan perkara yang berkaitan dakwah boleh menjadi sambilan. Iaitu menunggu waktu lapang untuk tujuan berdakwah, mencari sisa waktu di saat keletihan untuk mengikuti kajian Islam sehingga akhirnya tertidur dalam majlis.
Jadi, benarkah untuk berhadapan Allah SWT dan Islam, kita hanya mencari waktu yang tersisa? Sedangkan waktu paling berkualiti hanya dihabiskan untuk dunia? Benarkah hal ini yang sering kita lakukan, wahai pejuang Islam?
“Barangsiapa yang meninggalkan hal-hal yang bermanfaat bagi dirinya, padahal memungkinkan baginya untuk meraihnya (tetapi dia tidak mahu berusaha meraihnya), maka dia akan mendapat ujian dengan disibukkan dalam hal-hal yang membahayakan dirinya.” [Kitab Taisiir Karimir Rahman, hlm. 60—61].
Saudariku, dakwah itu berjalan dalam dua hala secara serentak. Dakwah itu menghilangkan kerosakan dan melakukan kebaikan. Dakwah itu menghancurkan kezaliman dan membangunkan keadilan. Dakwah itu meninggalkan kegelapan menuju cahaya. Bagaimana mungkin kita memberikan waktu sisa untuk berdakwah dalam perkara yang begitu serius?
Aktivis dakwah sewajarnya mesti memiliki kesedaran politik agar tidak terseret oleh badai yang memalingkan. Agar tidak terbuai dengan kelazatan sesaat. Agar tidak terlena dengan lekanya permainan.
Inilah sisi penting dalam perjuangan Islam yang mesti disedari oleh para pejuangnya. Masihkah kita memberikan sisa waktu untuk menyumbang di dalam dakwah?
Sumber: muslimahnews.id

