[AMALAN SUNNAH RAMADHAN]
BERBUKA PUASA IKUT KEPERLUAN
Daripada Umar bin al-Khattab RA katanya, Rasulullah SAW bersabda :
إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَا هُنَا ، وَأَدْبَرَ النَّهَارُ مِنْ هَا هُنَا ، وَغَرَبَتِ الشَّمْسُ ، فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ
“Apabila malam telah menghadap ke sebelah timur dan siang pula telah berlalu daripada barat kemudian matahari telah terbenam bermulalah waktu orang yang berpuasa itu berbuka.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadis:
Rasulullah SAW telah pun mengajar umatnya akan cara-cara menentukan waktu berbuka puasa, melalui perbuatan Baginda sendiri ataupun petunjuk lain seperti berpandukan peredaran matahari dan sebagainya.
Orang yang berpuasa dituntut menyediakan bahan makanan atau minuman sekadar keperluan sahaja dan tidak melampaui batasan sehingga berlaku pembaziran.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
#AmalanSunnahRamadhan
#SunnahRamadhan
#Ramadhan1444h
#RamadhanKareem

