ANJURAN MEMBACA DAN MENTADABBURI AL-QURAN
“Jibril telah menemui Rasulullah saw. pada setiap tahun di bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan dan baginda membaca al-Quran bersama-sama Nabi saw.” (HR Bukhari 1803 dan Muslim 2807)1
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, beliau berkata “Rasulullah saw bersabda:
عَن اَبيِ هُرَيَرةَ رَضَيِ اللٌهُ عَنهُ أنَ رَسُولَ اللٌهِ صَلَيِ اللٌهٌ عَلَيهِ وَسَلَم قَالَ مَا اجٌتَمَعَ قَومُ فيِ بَيتٍ مِن بُيُوتِ اللٌهِ يَتلُونَ كتَابَ اللٌهِ وَيَتَدَا رَسُونَه فِيمَا بَيْنَهُم إلا نَزَلتْ عليْهمُ السَكِينَةُ وَغَشِيتهُمُ الرَّحمةُ وَحَفَتهمُ الملآئكةُ وَذَكَرَهُمُ اللٌهُ فِيمَن عِندَهُ. (رواه مسلم وابو داوود)
“Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah, lalu mereka membaca kitab Allah dan mempelajarinya, melainkan akan turun ketenangan kepada mereka; mereka akan diliputi rahmat; mereka akan dinaungi para malaikat; dan Allah akan menyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (HR Muslim no.38)2
Membaca dan mengkhatam al-Quran adalah amalan yang paling dicintai Allah. Ibnu Abbas RA menceritakan bahawa suatu hari, ada seorang sahabat yang bertanya kepada Rasulullah SAW. ”Wahai Rasulullah, amalan apakah yang paling dicintai Allah?” Beliau menjawab, ”Al-hal wal murtahal.” Orang ini bertanya lagi, ”Apa itu al-hal wal murtahal, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, ”Iaitu yang membaca al-Quran dari awal hingga akhir. Setiap kali selesai dia mengulanginya lagi dari awal.” (HR Tirmizi).
Catatan: Selain mentadabburi al-Quran, para sahabat dan salafus soleh juga berlumba-lumba mengkhatamkan bacaan al-Quran di bulan mulia ini.
Sumber:
1. Kitab Feqah Mazhab Syafie (Jilid 2)
2. Ringkasan Riyadhus Solihin
#AmalanSunnah
#sunnahramadhan
#Ramadhan1444h

