Site icon MuslimahHTM News

[Hadis Ramadhan] Mengkhatamkan Bacaan Al-Quran

[Hadis Ramadhan 9] Mengkhatamkan Bacaan Al-Quran

 

Allahu Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ.

“Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil).” (TMQ Al-Baqarah: 184)

 

Dalam hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam disebutkan,

 

حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ، عَنْ أَبِي حَصِينٍ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ:

 

كَانَ يَعْرِضُ علَى النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ القُرْآنَ كُلَّ عَامٍ مَرَّةً، فَعَرَضَ عليه مَرَّتَيْنِ في العَامِ الذي قُبِضَ فِيهِ.

 

Telah menceritakan kepada kami Khalid bin Yazid, telah menceritakan kepada kami Abu Bakr, dari Abu Hushain, dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah, dia berkata:

 

“Jibril biasa menyemak bacaan al-Quran Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sekali pada setiap tahunnya. Namun pada tahun wafatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, Jibril melakukannya dua kali” (HR. Bukhari 4998)

 

Salah satu faktor yang menyebabkan bulan Ramadhan menjadi bulan paling mulia adalah kerana al-Quran diturunkan pada malam hari di bulan tersebut. Menurut pendapat para ulama, hadis di atas menggambarkan betapa Nabi Shallalhu ‘Alaihi wa Sallam mengkhatamkan bacaan Al-Quran di setiap bulan Ramadhan. Bahkan di bulan Ramadhan terakhir sebelum beliau wafat, Jibril menyemak (check/memeriksa) bacaan Al-Quran Rasulullah sebanyak dua kali. Melalui hadis inilah para ulama zaman dahulu berlumba-lumba mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadhan. Para ulama lebih menyibukkan diri mereka untuk mengkhatamkan Al-Quran berbanding mengajar seperti biasanya selain di bulan Ramadhan, bahkan tidak sedikit dari mereka yang menutup sementara pengajiannya dalam rangka mengkhatamkan Al-Quran.

 

Seperti kita ketahui bahawa pahala puasa di bulan Ramadhan adalah berlipagt ganda dibandingkan puasa sunnah di bulan selainnya. Satu huruf al-Quran bernilai satu kebaikan dan dilipat gandakan menjadi 10, walaupun dibaca oleh orang yang tidak berpuasa. Jika dibaca oleh orang yang berpuasa, tentu pahalanya lebih berganda, tidak mungkin sama dengan orang yang sedang tidak berpuasa. Inilah yang menjadi motivasi para ulama dahulu untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran lebih dari satu kali di bulan Ramadhan.

 

Diantara para ulama yang biasa mengkhatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan, diantaranya:

 

  1. Imam Syafi’i Rahimahullahu Ta’ala mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali selama bulan Ramadhan. Jika 60 kali, maka beliau mengkhatamkan Al-Quran dua kali setiap hari.
  2. Imam Bukhari mengkhatamkan al-Quran di siang hari dan setelah solat tarawih beliau khatam setiap tiga malam.
  3. Qatadah Ibn Da’amah (Tabi’in) murid dari Ibn Mas’ud, Anas Ibn Maik dan Ibn Abbas, beliau mengkhatamkan Al-Quran setiap 3 hari, dan untuk sepuluh hari terakhir, beliau mengkhatamkannya setiap hari.

 

Dan masih banyak lagi para ulama terdahulu yang melakukan hal yang sama. Wallahu A’lam. (Sumber: Pusat Kajian Hadis)

 

Sumber: Pusat Pendidikan Ma’had Khadimus Sunnah Bandung

Exit mobile version